Pageviews

11 Januari 2018

Hidup ini datangnya seketika cuma

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hidup ini datangnya seketika cuma


Hidup ini datangnya seketika cuma
Untuk yang seketika itu buatlah baik banyak-banyak
Tak perlu hiraukan orang yang tidak dengar cakap kita
Biarkan kita dengar cakap dia andai itu yang membuatkan dia bahagia dan dengar semula cakap kita.

Hidup ini datangnya tidak lama
Biarpun telah puluhan tahun kau lalui
Belum tentu esok lusa kau ada lagi
Doakan saja semoga dipanjangkan umur dalam kesejahteraan dan mendapat rahmat
Biarkan umur yang panjang itu membawa manfaat buat makhluk sekitar
Usah jadikan umur yang panjang itu membawa derita kepada insan lain




Hidup ini begitu singkat
Semalam itu kita ada
Hari ini belum tentu kita ada sepenuhnya
Esok kita akan menjadi kenangan... andai kita tiada lagi
Innalillah....

Kematian tidak pernah meminta izin
Juga tidak pernah mengenal batas waktu
Kerana itu... dikesempatan yang ada ini
Usahakan yang terbaik buat semua
Biar kenangan itu yang baik-baik
Kita tidak minta disanjung dan dipuja
Tetapi cukuplah kenangan yang ada mengenai kita itu kenangan yang baik dan manis... tidak menyakitkan hati insan yang mengenangnya

Cukuplah dengan apa yang telah berlaku
Kerana ianya telahpun berlaku
Tidak perlu diulang lagi
Hentikan hasad dan iri itu
Jika boleh dikutip semula sisa hasad itu... kutiplah di mana kau tebarkan layarnya.

Hidup ini...tinggal sisa & saki baki yang kita tidak tahu bila ia akan berakhir.
Oleh itu jadilah kita orang yang paling bahagia & membahagiakan.
Orang yang ceria & menceriakan

Semoga hidup kita ini sentiasa dikelilingi kebaikan tanpa rasa hasad dan rasa iri.
Kerana hasad dan iri itu menyakitkan... bukan diri sendiri tetapi siapa saja yang terlibat
Kita tidak pernah terfikir hasad itu mampu membakar jiwa yang lain-lain lagi.....


Nukilan salzarida
Tanggal 11 Januari 2018, Khamis 23 Rabiulakhir 1439
Disaat menjelangnya pertemuan bermata-mata......debaran ini amat menyakitkan.
Semoga mendapat ketenangan dan kemudahan dalam meneruskan kehidupan menjelangnya perhitungan itu....

Hidup ini datangnya seketika cuma

New Year Giveaway whoot whotttt

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


New Year Giveaway whoot whotttt


Macam-macam nama yang boleh diletak untuk buat giveaway. Dan... ianya antara hendak buat dengan tidak saja.  Serta bagi kita pula antara nak sertai atau tidak.  Semuanya terletak atas diri sendiri.  Jika kuat semangat kita, maka kita rajin buat giveaway dan sebaliknya.  Untuk New Year Giveaway whoot whotttt ...SZ pun sebenarnya berbelah bagi juga antara nak sertai atau tidak.
Sebabnya idea nak mengarang tak berapa nak ada.  

Di bawah adalah banner New Year Giveaway whoot whotttt.  Untuk menyertainya senang jer bukan susah mana pun... Klik saja banner di bawah untuk details.

New Year Giveaway whoot whotttt


Giveaway ini dijangka tamat pada 30 Januari 2018.

Sebelum tu, jom kita tengok dulu  hadiah yang ditawarkan kepada rakan blogger yang terpilih.


- 2x aloevera Nature Republic original from Hermo


- 2 Travel pouch


dan....

Vitamin C plus Shaklee jika penyertaan lebih 110 orang


Jom berikan sokongan kepada rakan blogger.  Jangan lupa klik banner di atas untuk menyertai New Year Giveaway whoot whotttt


Terima kasih atas sokongan anda semua untuk entri ini, New Year Giveaway whoot whotttt

Antara kesabaran dan kekuatan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Antara kesabaran dan kekuatan



Selamat pagi, selamat siang Khamis.  
Syukur masih diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan pada hari ini.



Kesabaran adalah kekuatan terbesar manusia
yang tampaknya sederhana dan kadang terabaikan.

*Semoga kita mampu menempuhi kehidupan ini dengan penuh kesabaran.


Terima kasih atas kesabaran membaca entri ini, Antara kesabaran dan kekuatan.