Pageviews

13 Disember 2017

Hidup dengan bahagia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Hidup dengan bahagia


Selamat pagi semuanya.  Alhamdulillah, masih berpeluang menjalani hidup dengan penuh kebaikan dan kegembiraan.  Biarpun hari ini hari Rabu yang lazimnya dikenali dengan Wordless Wednesday atau Hari Tanpa Kata, di kalangan rakan-rakan blogger.  Namun, Sz hendak juga berkata-kata di blog pada hari ini... Tiba-tiba pula ada idea nak menulis kan... hahahah

Tak menulis rasa seperti tidak lengkap.  Jadi, kita menulis bila rasa perlu dan tidak perlu menulis bila rasa tiada apa yang hendak ditulis... gitew ke?



Jom kita jalani hidup ini dengan penuh kegembiraaan.
Jangan sesekali kita bandingkan hidup kita dengan hidup orang lain.
Kerana apa yang kita nampak itu tidak sama dengan apa yang dialami oleh orang lain.
Kerana langkah dan cara hidup kita adalah berbeza dan tidak serupa.
Namun kita masih di landasan hidup yang betul kan?

Percayalah hidup ini adalah perjalanan dan bukan pertandingan.
Pertandingan yang diada-adakan itu juga kadang-kadang kita nampak tidak adil.

Justeru... tetaplah kita jalani hidup kita dengan bahagianya dan tetaplah menjadi baik hingga ke akhir hayat.  Terutamanya buat baik kepada ahli keluarga dan kaum kerabat kita.


Terima kasih atas kesudian singgah baca entri ini, Hidup dengan bahagia.

12 Disember 2017

Cara mengatasi perasaan yang lemau dan galau

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Cara mengatasi perasaan yang lemau dan galau


Semoga hari ini dan hari esok adalah hari yang terbaik dan penuh dengan kebahagiaan.  Kita sentiasa mengharapkan yang terbaik dalam setiap langkah hidup kita.  Namun segala halangan atau rintangan yang terjadi janganlah dianggap sebagai penghalang untuk kita hidup bahagia.  ðŸ˜Š

Hari ini, tiba-tiba saja rasa down sangat-sangat.  Akak sedang cari punca satu persatu... tetapi tidak ketemu jawapan yang pasti.  Adakah kerana pagi tadi tak dapat sarapan tosei dan teh tarik?  Tak kan lah kan... apa-apa pun yang kita makan asal ianya halal itu sudah cukup baik.  Esok masih ada untuk dapatkan tosei idaman... In shaa Allah.

Okey, selesai satu perkara.  Punca makan ke punca apa nih.  Tetapi selepas saja menulis punca pertama tadi... perasaan lemau itu mula menghilang... Yes! dah dapat satu punca.



"Dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah.  
Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan hamba-hambaNya"
(Surah Al Mu'min, ayat 44)


Seterusnya, tengahari tadi... buka email. Dapat makluman dari affiliate, permohonan akak untuk renew tak diluluskan.  Antara sebab yang diberi adalah kerana niche blog akak tidak sama dengan niche affiliate tu... penyedia perkhidmatan penginapan.  Betul lah tu, blog akak ni mana ada buat cerita pasal pelancongan atau penginapan.  Memang tak pernah pun, sebab akak tak sempat melancong jauh-jauh.  Tambahan pula bila anak-anak masih kecil.  Huish... alasan tak masuk akal langsung.

Dalam usia macam ni, nak handle anak-anak yang sedang membesar memang meletihkan.  Pagi kita tegur, mereka okey kejap, petang satgi buat hal semula.  Adeh, memang lah tak sempat nak fikir melancong ke mana-mana.  Paling jauh pun melancong balik ke kampung... lebih kurang 1 jam perjalanan.

Dan, nak dipendekkan cerita, mood lemau ni tak usah dilayan sangat.  Serahkan segala urusan itu kepada Allah.  Kita laksanakan yang terbaik dan sehabis baik.  Selebihnya tawakkal dan berdoa agar setiap urusan itu adalah pada landasan yang betul.

Itulah antara cara mengatasi perasaan yang lemau dan galau.  Tulis saja apa yang rasa seperti tidak lengkap.  Tetapi jangan sampai memburukkan orang lain. Kerana apa yang berlaku itu ada hikmahnya yang tersendiri.  Kita gunakan akal untuk mentafsirkan dengan cara yang terbaik.

Akhir kata, terima kasih atas kesudian membaca entri ini, Cara mengatasi perasaan yang lemau dan galau.

💖💖💖

Segmen Bloglist By Kaella

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Segmen Bloglist By Kaella

Wah wah wah... kali ni buat entri untuk join segmen bloglist pula.  Menariknya dengan segmen ini adalah semua blogger yang join akan dapat masuk ke bloglist.  Untung wei, jarang-jarang dapat peluang macam ni.

Apa yang istimewanya dengan segmen bloglist nie?  Jom kita usha... klik banner di bawah untuk maklumat lanjut.


Segmen Bloglist By Kaella

Segmen Bloglist By Kaella

Tarikh tutup segmen pada 20 Disember 2017.  Masih ada masa lagi... ketika entri ini diterbitkan. 

Apa yang menarik blog Kaella?  Baru kenal dan masih banyak lagi yang belum dibelek2.  Jadi, untuk pandangan pertama secara peribadi nampak okey dengan latarbelakang putih... sebab akak pun suka putih.  Nak komen lebih-lebih pun akak tak pandai sebab blog sendiri pun tak ketahuan lagi.

Apa pun selamat bersegmen kepada semua.

Jom rakan-rakan semua kita meriahkan Segmen Bloglist By Kaella