Pageviews

18 September 2017

Benda yang kita risau

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Benda yang kita risau


Benda yang kita risau akan menjadi doa.
Kita seringkali dimomokkan dengan kenyataan ini.  Jadi, seharusnya kita risaukan perkara yang baik-baik atau perkara yang tidak elok?


Benda yang kita risau

Benda yang kita risau

"Benda yang kita risau, ia akan jadi ujian untuk kita.  Jika kita risau tentang rezeki, kita akan duji dengan rezeki.  Jika kita risau dengan rupa, kita akan diuji dengan rupa.  Jalan keluar untuk kerisauan ini adalah kita mesti redha dengan setiap takdir Allah SWT" (Sheikhuna) 

Pada pandangan saya, ada baiknya bila kita risaukan sesuatu perkara cepat-cepatlah kita berdoa semoga tiada keburukan yang berlaku.  Doakan yang baik-baik.  In shaa Allah perkara baik yang akan berlaku.

Kita yang mampu mengubah pemikiran kita.
Cuma kita kadang-kadang terpengaruh dengan amalan biasa yang kurang baik.
Mulaikan sekarang kita amalkan yang baik dan perbaiki amalan biasa yang kurang baik.


Terima kasih atas kesudian berkongsi entri ini, Benda yang kita risau.

szi.💝

Selamat menyambut hari Isnin

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,


Selamat menyambut hari Isnin


Permulaan hari bekerja bagi sesetengah negeri di Malaysia adalah hari Isnin.
Hari Isnin sering kali dikaitkan dengan hari biru.
Mengapa biru? Kerana pengaruh budaya asing.



"Bila mentari muncul, hari yang baru akan menjadi saksi amalan kita.  Bila terbenam mentari, ia akan perhi takkan kembali sehingga tiba hari kiamat".  (Imam Hassan al-Basri)


Semoga hari ini memberi peluang kepada kita semua untuk terus berada di dalam landasan yang betul.  Tanpa curiga, tanpa mazmumah.

Terima kasih kerana membaca entri ini, Selamat menyambut hari Isnin

szi
posted from Bloggeroid

15 September 2017

Perbandingan perancangan kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Perbandingan perancangan kita


Kita merancang, Allah juga merancang.

Jangan kecewa, Kerana perancangan Allah itu lebih baik.

Bersabarlah, Kerana kesabaran menjadikan kita untuk terus kuat.




Kita sebenarnya tidak tewas dalam merancang.  Kerana kita hendakkan sesuatu itu terlaksana dengan baik.  Namun ada ketikanya dalam merancang juga kita menempuh berbagai rintangan inikan pula ketika melaksanakannya.

Tetapi kita harus ingat setiap perancangan kita harus diawali dengan niat yang baik dan diiringi doa dan tawakkal.  Agar perancangan itu terlaksana dengan baik serta mendapat hikmah dari Allah.

Terima kasih kerana membaca entri ini, Perbandingan Perancangan Kita.

szi.