Pageviews

13 Jun 2016

Catatan Ramadan ke-8 | Cara mengubati hati

Catatan Ramadan ke-8 | Cara mengubati hati


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Catatan Ramadan ke-8 | Cara mengubati hati.  Hati kita sering berbolak-balik.  Ada masa kita terlalu jujur dan ikhlas dan ada ketikanya kita alpa.  Memang sukar dimengertikan kerana kita ini manusia biasa tidak bisa lari dari gangguan-gangguan halus yang sering menodai kesucian hati kita.  Justeru adalah baik untuk kita terus kekal mengingati Allah kerana dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang.

Sekadar hiasan.


Apabila Anda ingin mengobati hati Anda yang telah keras membatu maka perbanyaklah menjenguk orang yang sakit, mengantarkan jenazah ke pemakaman dan mengingat kematian.  
(Sebagian ulama salaf)


Ramadan Kareem!

Terima kasih atas kesudian menjengok dan membaca Catatan Ramadan ke-8 | Cara mengubati hati.

Segmen Sally nak bagi Kad Raya 2016!


Segmen Sally nak bagi Kad Raya 2016!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Segmen Sally nak bagi Kad Raya 2016! tiba lagi.  Kali ini Sally nak bagi kad raya kepada 20 orang yang bertuah! Kalau korang nak kad raya juga, jom ikut serta YB meriahkan segmen Sally nak bagi Kad Raya 2016!.  2016 tau bukan 2015 apatah lagi 2014... jauh la.


Segmen Sally nak bagi Kad Raya 2016!

Segmen Sally nak bagi Kad Raya 2016!

Comel tak banner kat atas tu?  Simple saja. Haa... itulah korang kena klik banner di atas untuk dapatkan syarat-syarat penyertaan.  Tak susah pun.  Klik jer.

Segmen ini dijangka tamat pada 26 Jun 2016.  Sempat lagi nak join.  Jom lah kita join, mana tahu ada rezeki dapat Kad Raya dari Sally pula.


Terima kasih atas sokongan semua untuk entri Segmen Sally nak bagi Kad Raya 2016!


11 Jun 2016

Hari ke-6 Ramadan 1437H

Hari ke-6 Ramadan 1437H

Assalamualaikum dan Salam Ramadan

Hari ke-6 Ramadan 1437H. Masih belum terlewat rasanya untuk saya ucapkan Selamat Menyambut Ramadan. Baru sekarang ingat nak update cerita mengenai Ramadan. Sebelum ini bukan tak ingat Ramadan, bahkan dari hari pertama lagi. Dan, boleh dikatakan setiap hari nak update cerita mengenai Ramadan. Hanya ditakdirkan hari ini baru berkesempatan nak update sedikit mengenai Ramadan.




Bismillah...

Ya Allah, jadikanlah aku di bulan ini dari golongan orang-orang yang memohon pengampunan, jadikanlah aku di bulan ini dari golongan hamba-hamba-Mu yang soleh dan pasrah, dan jadikanlah aku di bulan ini dari golongan para kekasih-Mu yang dekat dengan-Mu. Dengan kasih sayang-Mu wahai Dzat Yang Lebih Pengasih dari para pengasih. Aamiin.


Sekian. Terima kasih atas kesudian singgah baca dan tinggalkan komentar di entri Hari ke-6 Ramadan 1437H?
posted from Bloggeroid