Pageviews

20 Februari 2015

Bila hati rasa resah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bila hati rasa resah

Resah dan gelisah sekeping hati tiada siapa yang mengerti
Rasa rindu yang bertamu jangan sampai timbul jemu



Bila hati mula resah, gundah gulana seluruh jiwa
Mencari celepa buat mengisi rasa hati
Celepa hati tempatnya satu bukan dua
Kembali padaNya berserah diri

posted from Bloggeroid

19 Februari 2015

Alexa Rank blog sempena Tahun Baru Cina

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Alexa Rank blog YangBaik

Ramai juga blogger otai yang resah bila mengenangkan Rank Alexa di blog mereka yang mengalami kejatuhan. Seperti pasaran saham pula. Kalau dah blog yang otai pun boleh mengalami kejatuhan dalam Rank apatah lagi blog picisan yang langsung tiada nama. Bukan sekadar cap ayam tetapi tiada cap. Baru nak membina jenama dan trademark sendiri walapun dah berusia lebih dari 3 tahun

Berikut adalah rekod Alexa Rank blog YangBaik sempena cuti umum Tahun Baru Cina 2015.


Rank: 1,471,506
Links:239

Nampaknya Alexa Rank untuk blog ini semakin naik tinggi serta links juga sudah berubah.

Buat masa ini hanya mampu tunggu dan lihat saja apa yang bakal berlaku seterusnya.


posted from Bloggeroid

18 Februari 2015

Malaysia Best Blog 2015 - Penyertaan ditutup hari ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Malaysia best Blog 2015


Contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dianjurkan oleh blog Oh! Duit.com


Hari ini, penyertaan bagi Contest SEO Malaysia Best Blog 2015 ditutup. Walaubagaimanapun setiap peserta yang berjaya disenaraikan mempunyai tempoh sehingga 31 Mac 2015 untuk mendapatkan ranking tertinggi melalui carian Malaysia Best Blog 2015.

Entahlah apalah sangat strategi yang saya tahu dalam menaikkan rank dalam SEO Malaysia Best Blog 2015.  Nak naikkan page rank dalam Alexa Rank pun masih lagi terkial-kial.  Sekejap turun sekejap naik.  Yang banyaknya turut memanjang.  Naik sekejap itupun sedikit.

Nak dapatkan tempat dalam pencarian SEO Malaysia Best Blog 2015 pastinya memerlukan daya pemahaman yang tinggi dalam SEO.  

Blog picisan macam saya ni sekadar menumpang trafik dari penganjur contest sajalah.

Untuk makluman entri ini bukan entri penyertaan dalam contest SEO Malaysia Best Blog 2015 tetapi sekadar mengupas kembali perjalanan blog ini dalam penyertaan contest ini.

Semoga contest ini dapat berjalan lancar seperti mana yang diharapkan. Contest SEO Malaysia Best Blog 2015 ini ditaja sepenuhnya oleh empunya OhDuit.com.  

Sekian.