Pageviews

02 Februari 2014

SEGMEN : blogwalking CNY bersama ayuinsyirah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




SEGMEN : blogwalking CNY bersama ayuinsyirah

Malam begini sebelum melelapkan mata... Hujung minggu simpan idea untuk menulis... jadi masa yang ada elok juga ada segmen boleh blogwalking dan kumpul idea lagi....  Dapat juga join segmen anjuran Rakan Blogger ayuinsyirah.  Kebetulan pula namanya hampir sama dengan nama anak aye...suka suka suka! :D

01 Februari 2014

Cinta tidak semestinya jelas di mata

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Terus terang aye katakan di sini, aye memang tidak pantas memberi makna bagi ungkapan tersebut di atas.  Kerana bimbang huraian yang bakal dinyatakan akan disalah tafsir atau disalah ertikan.

Lantaran itu, secara jujurnya berdasarnya pengetahuan yang cetek aye berpendapat kita sebagai manusia biasa sudah tentu mempunyai perasaan dan naluri cinta.  Naluri cinta itu biasanya kuat dikaitkan dengan manusia.  Seperti antara rasa cinta antara suami dan isteri.  Cinta itu lumrah dalam kehidupan manusia normal seperti kita.

Tidak ketinggalan sebagai seorang ibu sudah tentu rasa cintanya turut terbahagi kepada anak-anaknya.  Rasa cinta juga dikaitkan dengan rasa saya kepada harta benda dan juga apa jua yang menjadi milik kita seperti pekerjaan dan juga bakat serta ilmu.  Namun percaya atau tidak dalam tidak sedar semua kecintaan itu tidak kekal kerana hati manusia yang mudah berbolak-balik.

Semoga rasa cinta kita kepada Allah kekal abadi sehingga ke akhir hayat.  Semoga kita termasuk dalam golongan yang dinyatakan oleh Ar Rabi' bin Anas seperti berikut:

Diantara tanda kecintaan seorang hamba kepada Allah adalah banyak berdzikir (mengingat dan menyebut) nama-Nya, karena tidaklah Anda mencintai sesuatu melainkan Anda akan banyak mengingat dan menyebut-nyebut namanya.  (Ar Rabi' bin Anas)


suka duka pentas dunia
yangbaik.blogspot.com


$$$

Sesaknya sepanjang jalan kerana CNY

Assalamuakaikum dan selamat sejahtera




Hari ini hari ke-2 dalam CNY. Jalanraya masih lagi sesak walaupun jalan kampung.

Sebentar tadi bertembung dengan kemalangan kecil. Bukan kami yang kemalangan tetapi kereta lain. Dalam kesesakan macam ni... cuai sedikit apa-apa boleh berlaku.

Berhati-hati di jalan raya dan di mana jua.


duka duka pentas dunia

posted from Bloggeroid