Pageviews

02 Ogos 2013

Share the Softness with Kleenex Natural

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Perhatian! tajuk sahaja berbahasa Inggeris, isi kandungan ini berbahasa Malaysia tetapi mempunyai mesej yang sama dengan tajuk di atas.

Balik dari kerja, sampai saja ke pintu rumah nampak sampul putih atas meja.. tidak terusik.  Bagusnya anak-anak.  Masuk saja rumah terus belek sampul surat putih... nama betul, alamat betul.

Dah tertanya-tanya sendiri.. sampul ini untuk apa.. Tak payah nak susah-susah tanya pulak pada anak-anak dah tentu deme tak paham... Buka jer, tengok apa isi... baca apa yang patuh.

Wah.. terus baca tajuk utama 'Congratulations! You're a winner in our "Share the Softness with Kleenex Natural" Contest'.  ... daily contest winners!  OOOOO..... Baru teringat tak berapa lama dulu aye ada join peraduan.  Tak susah mudah sangat hanya kongsi kata-kata hikmah di facebook Kleenex.  Kalau tak silap ada dua kata-kata hikmah yang aye share.  Salah satu daripada kata-kata berkenaan seperti yang tertera pada poskad dalam gambar di atas.

Kembali kepada sampul surat putih tadi... dalamnya mengandungi surat iringan, satu pek tisu Kleenex Natural 3-ply yang mengandungi extrak timun... lembut dan baunya menyegarkan.

Terima kasih Kleenex

mood teruja (*-*)


Antara Sabar dan Syukur | Mencari Positif

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selamat sejahtera hingga akhir masa.  Corak frame hiasan

Seperti biasa sudah acap kali mendapat mesej yang serupa setiap awal pagi.  Bukan mesej pada gambar di atas.

Bukan hendak mempertikaikan kesihatan dan keadaan orang lain kerana kewudujan dan keberadaan diri ini juga adalah dibawah kuasaNya.  Alhamdulillah pagi ini hari ini masih lagi bernafas dan mampu meneruskan kehidupan bersama keluarga dan anak-anak serta meneruskan kerja.

Adakah kita percaya dengan alasan yang diberikan.

Alasan boleh dicipta dengan berbagai rupa dan senarainya memang banyak.  Hanya pilih mana satu yang hendak digunakan pada kali ini.

Mencari positif disebalik alasan.

Bersyukur kerana masih dikurniakan akal dan fikiran serta petunjuk.  Biarpun seribu alasan yang telah diberikan pada masa yang secara kebetulan yang berulang kali... positifkan minda dan tabahkan hati.  Terimalah seribu alasan itu dengan seadanya.

Sudah memang itu alasannya.  Apa pun yang terjadi, kebenarannya hanya Allah yang tahu.


~~~~~~~~~~~~~

Iman itu ada dua bagian. Sebagiannya adalah sabar dan sebagian yang lain adalah syukur. Hal ini seperti disebutkan oleh Allah Subhaanahu Wata'ala dalam firman-Nya: Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi setiap orang yang penyabar dan banyak bersyukur. (QS. Ibrahim: 5)
(Sahl bin Abdillah at-Tustari)


Sekian adanya.  Semoga kita menjadi orang yang penyabar dengan setiap ujian dan bersyukur dengan setiap keadaan yang ada.

...

01 Ogos 2013

Giveaway Pertama yangbaik Ogos 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


TAMAT

Seperti yang telah dijanjikan dalam entry beberapa hari lepas iaitu berkaitan perancangan Ogos 2013, maka dengan ini aye lancarkan Giveaway Pertama yangbaik Ogos 2013.

Bermacam-macam perasaan yang timbul ketika hendak mengadakan giveaway pertama untuk tahun 2013.   Maklumlah ini merupakan kali kedua aye anjurkan.  Giveaway pertama pada dua tahun lepas telahpun terbatal kerana tiada sambutan.  Agak lama juga menyepi sehingga diberi kekuatan dan semangat baru.

Walau apa pun kali ini aye berharap giveaway ini mendapat sambutan.  Hadiahnya akan aye pamerkan dalam masa terdekat.  Biar suspen sikit... 

Diringkaskan cerita, semua orang mempunyai peluang dan peluang itu akan datang setelah mencuba dan menyertai giveaway ini.

Cara untuk menyertai giveaway ini cukup mudah.  Lihat keterangan dan panduan seperti berikut:
  1. Giveaway ini terbuka kepada semua blogger di Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak)
  2. "sertai tapak ini" (Follower)
  3. Klik pada butang 'g+1'  di bawah entry ini. (Pastikan butang g+1 berwarna merah sebagai tanda telah klik)
  4. Promosikan giveaway ini di blog masing-masing... dan pastikan entry berkenaan ditampalkan gambar di atas dan dilink kan ke blog ini.
  5. Tinggalkan komen (ulasan) dan link penyertaan ke ruang komen (ulasan) di entry dalam blog ini.

Pemilihan pemenang dibuat menggunakan khidmat random.org.  Terdapat dua kategori pemenang iaitu pemenang utama dan pemenang hadiah misteri.

Giveaway ini akan berlangsung selama sebulan mulai 1 Ogos 2013 hingga 31 Ogos 2013 atau mungkin juga akan ditamatkan lebih awal bergantung kepada sambutan.

Giveaway pertama yangbaik Ogos 2013, semoga mendapat sambutan. (^-^)

 ^-^ Senarai Peserta *-*