Pageviews

13 Januari 2012

Apa kaitannya baucer buku dengan top-up

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Sekarang memang sedang 'in' pencarian mengenai baucer buku 1 Malaysia.  Cuma satu yang kurang sedap di dengar apabila Baucer Buku 1 Malaysia ini khabarnya boleh ditukar dengan top-up. 

Hello....., wahai adik-adik sekalian, baucer buku itu untuk buku satu kemudahan dan untuk meringankan beban keluarga serta beban pelajar sendiri untuk membeli buku rujukan dan bahan-bahan berkaitan alat tulis iaitu keperluan untuk pembelajaran.

Janganlah disalah gunakan baucer buku itu, memang lah dalam dunia ini ada penawaran dan ada permintaan.  Biarkanlah pernawaran itu dengan tawarannya.  Tak perlu diwujudkan permintaan lain yang merugikan diri sendiri.  RM200.00 tu bukan sedikit jika dapat beli buku bukankah itu sesuatu yang menguntukan.

Fikir-fikirkan lah... dah belajar di Universiti tak kan tak boleh fikir sendiri...mana baik mana buruk..

*

12 Januari 2012

Apa sebenarnya hipokrit

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Apa sebenarnya yang dikatakan hipokrit?  Menurut kamus dewan pelajar edisi dua, hipokrit adalah orang yang berpura-pura berperangai baik atau munafik.  Adakah ini bermakna perkataan hipokrit itu sesuai digunakan untuk menggambarkan hubungan antara individu dengan individu lain.  Yangbaik agak keliru juga maksud perkataan hipokrit. 

Kadang-kadang perkataan hipokrit itu digunakan untuk menggambarkan seseorang yang berpura-pura baik dengan individu yang lain sedangkan dalam masa yang sama dia tidak menyukai orang itu.  Okey, bagi Yangbaik tidaklah salah jika kita nak berbuat baik sesama manusia walaupun pada satu masa yang lain dia tidak sukakan kita kerana boleh jadi dalam satu masa yang lain kita juga pernah tidak menyukainya. 

So, untuk win-win situation, bila orang buat baik kita pun terimalah kebaikannya walaupun baiknya itu ada makna.  Dan, walaupun pada ketika yang lain pula dia tidak pedulikan kita. 

Okey, itu kira adil lah kan.  Bila dia buat baik dengan kita kerana ada sebab tertentu bermakna kita termasuk dalam senarai sahabatnya.  Dan bila dia tidak pedulikan kita, tak perlulah kita berkecil hati.  Dalam satu masa lain dia pasti akan cari kita juga kan?... 

Sendiri fikirlah, apa pun yang kita buat tidak semestinya orang suka dan ada juga ketika tertentu kita tidak suka dengan perbuatan orang lain.  Itu semua adalah alasan dan sebab-sebab tertentu untuk menjadikan kita seorang yang matang dan dewasa dalam membuat pilihan dan bertindak.

p/s:  Catatan ini dibuat sempena Seminar NKRA SPRM di Dewan Al-Khawarizmi pada 12/1/2012.  Ada sesuatu yang istimewa di situ.... 


.

Kata itu dikunci

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,





Kata-kata itu dikunci lalu dijadikan sebagai kata kunci sejurus itu kata kunci itu dijadikan sebagai sumber trafik ke blog Yangbaik.

Antara kata-kata yang telah dikunci untuk minggu ini ialah:

1.  borneo_hh - ada kaitan rasanya dengan Borneo Pos
2.  gambar hati terluka - hati manusia tak der tapi kalau hati ayam adalah
3.  hati yang terluka - kerana manusia, kembali ingat Allah jiwa kan tenang
4.  jenis jenis black berry bold - kurang pasti sebab tak pernah guna
5.  2012 malam pertama - ada kaitan dengan catitan pada 1/1/2012 dan berita utama di dada akhbar sepanjang minggu pertama tahun 2012
6.  alasan cuti - sering dicari dan jika hendak memberi alasan untuk cuti berilah alasan yang benar dan bukan yang tidak masuk akal... lagi satu janganlah menipu untuk mendapatkan kelulusan cuti...
7.  alasan cuti kerja -  sama seperti di atas

8.  bar kaunter dapur - gambar tu ada dalam cerita menarik sepanjang minggu ini
9.  berkemban mandi telaga - jika telaga itu dalam bilik bertutup... tak berani nak sambung lagi bimbang disalah tafsir

10.  biladikecewakan - manusia memang begitu, sukar untuk menerima hakikat bila dikecewakan, untuk mengubatnya banyakkan muhasabah diri dan kembali lah ke jalan yang benar...

Sekian dulu. tetapi apa sebenarnya yang mereka cari dengan kata-kata itu, tentu ada tujuan tertentu.


?