Pageviews

29 Januari 2010

sakit mata... jiwa sengsara... apa orang kata ... pedulikah kita?

(tiada gambar)

Pandai-pandailah nak hidup... itu sering orang kata
Sebelum bersuara... fikirkan dulu
...sempatkah berfikir kalau bercakap ikut suka hati... ikut suka mulut... melulu
Dah fikir dah... tapi fikir untuk cakap jer... tak fikir pun kesan dan akibatnya

Macam mana dengan perasaan orang lain?
Adakah hatinya terguris... terluka... kecil hati...
Mau fikir hati orang lain?... hati kita siapa jaga?... siapa fikir?

sakitnya mata... jiwa sengsara
mata nampak... jiwa menanggung.. derita........
Jiwa risau?... memikirkan apa kata orang kelak
Orang kata?... kenapa risau?
Ada orang kata... 'pedulikan apa kata orang'
tahukah kita?... ada orang tetap ambil peduli... apa orang lain kata
kerana... dia ada maruah... bila ada orang berkata-kata... tergugat maruahnya
Maruah ?.... dunia sekarang ... sikit sangat yang fikir maruah... atau harga diri

celupar sungguh mulut bicara...
andai betul... pada fikiran... memang betul pun...
lapiklah sikit... tapis-tapis sikit... nak cakap tu... guna tonasi suara yang betul
Boleh?

Bicara biar molek... kelak... budi bahasa dipandang mulia

Andai lancar mulut bicara
pasti juga... ada hati terluka
luka di mulut... nampak lukanya
luka di hati?... sarat menanggung derita

***~~~~~~~~~***
ingatan buat diri agar molek pekerti...
***~~~~~~~~~~***

28 Januari 2010

apa citer?...

Apa citer hari ini?
... adus... semalam seharian kat INTEC Seksyen 17, Shah Alam memerah otak
pertama kali (pinjam kata-kata AHA)... dalam sejarah hidupku dan mungkin juga sejarah hidup member Juara Budaya Perdana ... kami perlu mengenalpasti jenis-jenis personaliti yang perlu ada ... menjelang tahun 2015...

Ciri yang dipilih ... pertama sekali dan yang penting sekali semua orang perlu ada ialah... setiap individu perlu mempunyai motivasi yang tinggi, suka capai matlamat , tidak mudah putus asa dan sentiasa tingkatkan diri dan kerjaya...

Semoga dengan percambahan fikiran dan 'brainstorming' apa yang telah dibincangkan bakal menjadi kenyataan... namun dalam masa yang sama usaha untuk mencapai ciri tersebut perlu digerakkan...
~~~~~

26 Januari 2010

Bila patut marah... kenapa marah... marah ker?


Marah marah marah!...
itu yang biasa dilakukan bila kita MARAH!
apa sebenarnya marah?
perlukah kita MARAH bila apa yang kita kehendaki tidak terlaksana
atau bila arahan kita tidak dipedulikan orang lain
andai kata kita berada ditempat orangyang kena MARAH
apa perasaan kita... MARAH juga kan?

Jadi... kesudahannya di sekeliling kita penuh dengan rasa MARAH
Marah !

menurut Kamus Dewan Edisi Empat, definisi MARAH ialah:
berasa panas hati kerana ditipu (dihina dll), perasaan panas hati, berang, gusar, murka
memarahkan 1. (naik) marah kerana sesuatu: dia cuba hendak mengambil buku lain, tetapi Kintan segera ~nya;
pemarah 1. orang yg cepat atau lekas marah: apakah suaminya ~ dan pencemburu?
2. ber­sifat atau lekas marah; amarah.

sekian...
~~~~~