Pageviews

25 Ogos 2009

Promosi Kuih Raya Hotel UiTM Kembali Lagi !!!

Petikan dari e-mail yang diterima, aye cume panjangkan aje promosi.... andai ada yang berminat hubungilah alamat yang tertera di bawah...

Senarai Kuih Raya 2009
· Biskut Makmur RM 18 / 50 Biji
· Biskut Mazola RM 18 / 50 Biji
· Biskut Bangkit Sago RM 18 / 50 Biji
· Biskut Badam RM 18 / 50 Biji
· Biskut Gajus RM 18 / 50 Biji
· Biskut Sampret RM 18 / 50 Biji
· Biskut Sugee/Arab RM 18 / 50 Biji
· London Almond RM 20 / 50 Biji
· Tart Nenas RM 20 / 50 Biji
· Choc. Chips RM 20 / 50 Biji
· Choc. Badam RM 20 / 50 Biji

Kepada sesiapa yang berminat boleh berkunjung ke ruang legar
Dewan Sri Impian pada minggu ke dua puasa dari jam 9.30 pagi - 5 ptg (Isnin- Jumaat) utk tempahan sila hubungi
Shazali 013 2499309 / Khairul 012 6876512 / 5519 2069 (Hotel UiTM)
Tempahan juga boleh dibuat secara email ke
shazali@salam.uitm.edu.my / adzahan@salam.uitm.edu.my

21 Ogos 2009

Ahlan Wa Marhaban Ya Ramadan

Ramadan datang lagi...

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:

Daripada Abi Hurairah ra katanya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Telah datang kepada kamu bulan Ramadan iaitu bulan yang penuh keberkatan. Allah mewajibkan kamu berpuasa. Pintu langit dibuka dan pintu neraka pula ditutup. Dibelenggu semua kejahatan syaitan. Di sisi Allah ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Siapa yang gagal mendapatkan kebaikannya maka gagallah nilai puasa mereka".
(Hadis Hasan, riwayat al-Nasai dan al-Baihaqi)

Ramadan menjelma lagi.
Al-hamdulillah, kita masih diberikan kesempatan bertemu dengan Ramadan kali ini, insya-Allah. Untuk peringatan kita bersama, marilah kita mengulangkaji beberapa perkara berkaitan Ramadan, antaranya adalah berkaitan hadis di atas. Hadis di atas menjelaskan beberapa perkara, antaranya ;

i. Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan
ii. Ramadan bulan diwajibkan umat Islam berpuasa
iii.Pintu langit dibuka, bermaksud untuk proses sesuatu yang naik (amal ibadat dan kebajikan dari hamba) dan keberkatan yang turun (rahmat, hidayat dan barakah). Yang naik daripada hamba kepada Allah dan yang turun daripada Allah kepada hamba-Nya
iv.Pintu neraka ditutup, maksudnya dipalingkan niat-niat yang menjurus kepada kejahatan
v. Dibelenggu semua kejahatan syaitan dan jin, maksudnya syaitan tidak lagi mewas-waskan orang yang berpuasa contohnya orang yang sebelum ini bergelumang dengan kejahatan akan berubah atau mengurangkan aktivitinya. Namun orang yang masih tidak berubah juga ia adalah kesan daripada gangguan syaitan yang telah lama berkarat atau kerana orang yang berpuasa itu tidak menepati adab dan syarat berpuasa yang betul.

Hadis di atas menyentuh tentang isu syaitan yang dibelenggu.
Menurut al-Khalimi, syaitan hanya dibelenggu di zaman Nabi sahaja (secara khusus) kerana syaitan cuba mencuri dengar wahyu (al-Quran) yang sedang turun pada bulan Ramadan ke Langit Dunia. Syaitan dibelenggu supaya proses penurunan al-Quran itu tidak terganggu walau sedikit pun.
Pendapat lain mengatakan syaitan dibelenggu pada zaman Baginda dan juga zaman lain selepas Baginda. Maksudnya syaitan tetap dibelenggu pada setiap Ramadan dengan kegagalannya merosakkan manusia lantaran kesibukan manusia mengisi ibadah puasanya dengan pelbagai amalan yang makruf. Hakikatnya seseorang yang lemah iman apatah lagi penghayatan terhadap ibadah ramadan amat kurang, maka tetaplah syaitan yang ada dalam dirinya itu berusaha memperdayakan mereka dengan malas beribadat, banyak tidur , banyak makan serta gagal mengawal akhlak pancainderanya daripada perbuatan maksiat.

vi. Malam / Lailatul Qadr yang lebih baik daripada seribu bulan (iaitu sekitar 80 tahun)
vii.Siapa yang gagal mendapatkan kebaikannya bererti gagallah nilai puasa mereka.

Niat puasa Ramadan disarankan menggunakan dua kaedah
Pertama ; Menurut Mazhab Syafiee, wajib berniat pada setiap malam kerana ia termasuk rukun puasa.
Kedua ; Menurut Mazhab Maliki, perlu berniat sebulan Ramadan dan masanya ialah pada malam pertama puasa. Di samping itu jangan lupa niat pada setiap malam (namun jika terlupa pada salah satu malamnya ia masih sah kerana telah dirangkum dalam niat hari pertama tersebut).

Antara Adab Ketika Berpuasa

1. ¨ Memelihara lidah supaya tidak berdusta, mencaci orang, mencampuri urusan orang lain
2. ¨ Mengekang mata dan telinga dari melihat dan mendengar sesuatu yang tidak halal
3. ¨ Tidak terlalu banyak tidur di waktu siang
4. ¨ Tidak terlalu banyak makan di waktu malam
5. ¨ Bersederhana sewaktu berbuka puasa
6. ¨ Tidak terlalu banyak melibatkan diri dengan urusan dunia semata-mata
7. ¨ Memperbanyakkan serta memperkukuhkan Ibadat pada Allah sama ada yang fardhu atau sunat
8. ¨ Berbuka dengan tamar dan air
9. ¨ Memasang niat untuk melakukan puasa enam sesudah selesai Ramadan
Amalan Yang Patut Dihindari Ketika Berpuasa
1. Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).
2. Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam .
3. Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.
4. Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
5. Tidak mengutamakan solat subuh berjemaah sebagaimana terawih (tarawikh) .
6. Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan kemeriahan atau keseronokan semata-mata.
7. Malas dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.
8. Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat .
9. Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.
10.Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka .

Semoga sedikit peringatan ini memberikan kita panduan dalam melaksanakan ibadat puasa sebaik yang mungkin sehingga mencapai tahap ibadah puasa yang sebenar. Sama-sama kita mohon kepada Allah agar diberikan kekuatan menempuhi Ramadan kali ini dengan lebih bermakna dan lebih baik dari Ramadan yang sebelumnya. Amin..

Wallahu a’lam

Disediakan oleh: Ustaz Abd. Nasir Hj. Musa & Ustaz Hj. Supani Husain
Diedit oleh : Ustazah Mazlah Yaacob
(CITU, UiTM Perak)

HADIAH UNTUK ORANG YG BERTAQWA...

...ada lebih dari 10...
Kehidupan orang-orang bertaqwa sangat indah & penuh keberuntungan. Di dunia lagi Allah telah menjanjikan pelbagai "hadiah", sebagaimana digambarkan di dalam Al-Quran:
1. SENTIASA MENDAPAT PETUNJUK
"Mereka itulah (orang-orang bertaqwa) yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka & merekalah orang-orang yang beruntung"
(Al-Baqarah : 5)
2. DIBERI PENYELESAIAN DARI MASALAH
"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya akan diberikan kepadanya jalan keluar"
(At-Thalaq : 2)
3. DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN
"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya akan memudahkan baginya segala urusan"
(At-Thalaq : 4)
4. MENDAPAT REZEKI DARI SUMBER TIDAK DIDUGA
"...dan memberinya (orang bertaqwa) rezeki dari sumber yang tidak terduga"
(At-Thalaq : 3)
5. DIKASIHI ALLAH (DENGAN ITU TURUT DIKASIHI MALAIKAT & MANUSIA)
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa"
(Ali Imran : 76)
6. MENDAPAT KEBERKATAN DARI LANGIT & BUMI
"Jika seluruh penduduk sebuah negeri itu beriman & bertaqwa, nescaya Kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit & bumi"
(Al-A'raf : 96)
7. MENDAPAT KESELAMATAN, PERTOLONGAN & PERLINDUNGAN DARI ALLAH
"Dan Kami selamatkan orang-orang beriman & mereka adalah orang-orang bertaqwa"
(Al-Fussilat : 16)
"...dan bertaqwalah kepada Allah & ketahuilah Allah berserta (menolong & melindungi) orang-orang yang bertaqwa"
(Al-Baqarah : 194)
8. MENDAPAT KEMENANGAN
"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan"
(An-Naba : 31)
9. TERPELIHARA DARI TIPU DAYA MUSUH
"Jika kamu bersabar & bertaqwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu"
(Ali Imran : 120)
10. DIBERIKAN 'FURQAN' (PETUNJUK UNTUK MEMBEZAKAN YANG BENAR & SALAH)
"Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepadamu Furqan"
(Al-Anfal : 29)
(Sumber : Majalah Anis bulan November 2003)
...Salam Ramadan buat semua... semoga mendapat ramadan yang berkat...