Pageviews

Memaparkan catatan dengan label universiti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label universiti. Papar semua catatan

05 Julai 2012

Iklan Kemasukan ke UiTM bagi Sesi Pengajian 2012/2013

As salam,




Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengikuti Program di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

● Pemohon dikehendaki melayari http://online.uitm.edu.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut, sebelum membuat permohonan.

 ● Pemohon dikehendaki membeli no. slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 2 Julai 2012 (Isnin) dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/Mesin ATM/MyBSN/SMS Banking.  (no. slip yang dibeli sebelum 2 Julai 2012 adalah TIDAK SAH untuk permohonan ini).

 ● Sila nyatakan Peringkat Program (DIPLOMA & ASASI UNDANG-UNDANG/PENERAPAN/ PROFESIONAL) seperti di dalam jadual semasa pembelian no. Slip di BSN. Sila pastikan peringkat program yang betul pada slip yang dibeli sebelum  meninggalkan kaunter. Sebarang kesilapan pembelian no. slip, tiada pemulangan bayaran.

 ● Permohonan melalui http://online.uitm.edu.my/ bermula 2 Julai 2012 (Isnin).

 ● Tarikh tutup permohonan online pada 26 Ogos 2012 (Ahad).


NOTA:

● Bagi program e-PJJ dan Pengajian Luar Kampus UiTM selain dari di atas sila layari laman web http://ined.uitm.edu.my
● Bagi program pengajian Pasca Siswazah (Sarjana dan PhD) sila layari laman web http://ipsis.uitm.edu.my

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jadi dengan ini juga kepada adik-adik yang tidak terpilih dalam permohonan lepas boleh lah membuat permohonan semula.  Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Selamat maju jaya.


^-^

13 Mac 2011

Musim Cuti Sekolah, semester break dan kerja pejabat ?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia.com,


Cuti sekolah dah bermula untuk seminggu lagi.  Sebelum cuti sekolah, cikgu akan bagi kerja sekolah untuk dibuat kat rumah yang akan dipanggil kerja rumah...

eh kalau kerja kat rumah yang sememangnya mak mak dok buat setiap hari tu... nak panggil apa pulak?... kerja yang tak sudah sudah termasuklah kerja pejabat yang kadang-kadang terpaksa bawa balik ke rumah... perlu ker? OT kat rumah pulak ... tapi siapa yang nak bayar?  Bos tak nampak kalau kita bangun pukul 4.00 pagi untuk siapkan kerja pejabat... well semoga hasrat dan kerja yang dibuat pada masa yang tak dituntut elaun OT dapat menggantikan masa masa yang terbuang semasa kerja di pejabat lantas menjadikan gaji yang kita dapat itu solid halal tanpa syubhah...




pasal semester break pulak? tadi terjumpa iklan tentang hari terbuka dari Taylor's College dari Nuffnang.com.  Itu menandakan cuti semester dah tak lama lagi... bermaksud juga... exam pun dah dekat jugak... get prepare guys.. bukan saja student yang sibuk... staf HEA lagi sibuk tambahan lagi staf yang jaga exam...  ada meeting lagi....

..