Pageviews

Memaparkan catatan dengan label tanggungjawab. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tanggungjawab. Papar semua catatan

11 Mei 2015

Tanggungjawab Kepada Diri Sendiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tanggungjawab Kepada Diri Sendiri


YangBaik nak bebel sekejap mengenai tanggungjawab kepada diri sendiri.  Tajuk entri idea spontan yang datang tiba-tiba ketika dalam perjalanan ke bilik air di pejabat.  Nampak tak?  Kalau dah namanya blogger apa saja yang terlintas di minda pasti akan menjadi tajuk.  Cuma bezanya cara kita mengolah mengikut kefahaman dan kebijakan kita dalam membuat karangan.

Kalau nak menyusun mengikut turutan keutamaan tajuk selalunya YangBaik memang akan kalah. Kalah dengan diri sendiri yang tidak bijak menyusun ayat dan kata-kata.  Sama juga bila bos suruh buat surat, dua tiga jam baru nak siap.  Bukan senang nak faham kehendak soalan dan kehendak tajuk.


31 Oktober 2014

2 perkara yang memutuskan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Dua Perkara Yang Memutuskan




Dua perkara yang memutuskanku dari menikmati kesenangan dunia : 
(1) mengingat kematian dan 
(2) memikirkan keadaanku saat berdiri di hadapan Allah untuk mempertanggungjawabkan amalanku ketika di dunia.

(Ibrahim at-Taimi)


#peringatanbuatdirisendiri

10 Februari 2012

Sudah tertunaikah amanah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Sedetik lalu teringat peristiwa yang telah menimpa seorang sahabat.  Kejadian itu sungguh menyayat hati walaupun bukan kisah kemalangan yang meragut nyawa sesiapa tetapi kejadian itu telah meragut sebuah kepercayaan. 

Teringat pula tidak berapa lama dulu sebuah ingatan yang telah ditanam walaupun pemberi ingat itu mungkin tidak berapa disukai oleh beberapa ramai orang namun ingatan itu cukup memberi kesan kerana ia amat bernilai dan berkesan.  Tidak semua orang mampu menilai ingatan itu kerana datangnya ingatan itu bukan ketika mereka merasa peritnya kepercayaan yang dikhianati.

Ingatan bagaimana sebuah amanah atau kepercayaan seharusnya dipelihara dan dihargai.  Sekali kepercayaan itu dinodai ia mampu merobek seluruh kepercayaan dan tidak akan ada lagi kepercayaan walaupun dibayar dengan segunung emas.

Amanah tugas seharusnya dan sewajibkan dilaksanakan dengan penuh ikhlas dan jujur serta istiqamah.  Andainya amanah tugas itu tidak dilaksanakan dengan sempurna bukan sahaja memberi kesan kepada orang lain tetapi kepada diri sendiri terutamanya kesan kepada perhubungan dan pertalian dengan rakan setugas juga dengan ketua jabatan atau ketua unit atau ketua bahagian. 

Bagaimana hendak melaksanakan sesuatu tugas sekiranya amanah yang diberikan tidak dapat dilaksanakan dengan baik serta tidak difahami asal-usul amanah itu.  Bagaimana hendak berbelanja dengan hasil gaji yang diperolehi sekiranya tugas yang diarahkan jarang sekali mencapai KPI atau sasaran. 

Tanggungjawab untuk melaksanakan tugas itu walaupun datang dari atas (bos) hendaklah dilaksanakan dengan sebaiknya.  Bukanlah dengan sengaja bos memberi tugas itu jika tidak kerana bos juga diberikan amanah tugas oleh bos di atasnya.

Kecil hati bukanlah satu jalan penyelesaian kepada sebuah masalah atau isu.  Setiap permasalahan ada penyelesaian dan mulakan dari sekarang jangan tunggu lagi untuk melaksanakan dan menunaikan amanah dengan baik.

Semoga dipermudahkan segala urusan untuk kebaikan semua pihak.


~~~~~~~~~~~~~~
Tunaikanlah amanah kepada yang telah mempercayaimu dan janganlah engkau berkhianat kepada yang khianat kepadamu.  (HR Abu Daud)

.

18 Januari 2012

Bersedia untuk apa saja


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Bersedia untuk apa saja
Sentiasa bersedia untuk menerima tanggungjawab
Bersedia untuk bertanggungjawab
Bersedia untuk memberi tanggungjawab
Bersedia untuk diri sendiri
Persiapkan diri untuk menerima tanggungjawab
Persiapkan diri untuk memberi tanggungjawab
Persiapkan diri untuk bertanggungjawab

Bersediakah anda???

^-^


02 November 2011

Yang baik antara kesenangan dan tanggungjawab

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Kita sering tersekat antara dua atau lebih pilihan.  Pilihan untuk melakukan, tidak melakukan atau tidak mengambil tindakan.  Atau mungkin juga ada pilihan lain yang tidak kita sedari. 

Memang sukar untuk membuat pilihan anda kita tidak bersedia dengan setiap apa yang bakal berlaku.  Bermakna di sini kita perlu bijak dan paling kurang pun kita perlu tahu mentafsirkan apa yang bakal berlaku di sekeliling kita dan kaitannya dengan sesuatu peristiwa.  Kelak kita tidak dicop sebagai penghalang kejayaan kepada organisasi kita. 

Kesenangan.  Semua orang nak senang namun tidak semua orang sanggup bersedia menerima tanggungjawab.  Untuk berhadapan dengan kesenangan bukan datang bergolek seperti mentimun atau datang melayang seperti kekabu.

Semua kesenangan yang bakal kita perolehi datangnya bersama tanggungjawab.  Tanggungjawab untuk mempertahankan kesenangan dan jalan yang kita lalui untuk bertemu dengan kesenangan.


Dua perkara yang memutuskanku dari menikmati kesenangan dunia :
(1) mengingat kematian dan
(2) memikirkan keadaanku saat berdiri di hadapan Allah untuk mempertanggungjawabkan amalanku ketika di dunia.


(Ibrahim at-Taimi)
 
 
 
 
Semoga setiap dari kita sentiasa bersedia dengan tanggungjawab.
 
Sekian.

21 April 2011

Akauntabiliti tu ape hah?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Akauntabiliti adalah berkaitan tanggungjawab dalam melaksanakan tugas dan memastikan tugas yang dilaksanakan itu mencapai objektif amanah tugas.  Amanah tugas itu pula dilaksanakan mengikut prosedur, arahan dan peraturan yang ditetapkan serta bersedia dipersoalkan kesan daripada tindakan yang telah dilakukan. (olahan semula dari buku nilai dan etika).

Kesimpulan:  Setiap dari kita mempunyai amanah tugas yang hendaklah dilaksanakan sesuai dengan kemampuan dan tanggungjawab kita seperti staf.  Setiap tugas yang kita laksanakan itu pula hendaklah bersesuaian dengan peraturan yang berkuatkuasa dan bersedia pula betanggungjawab atas apa juga kesan yang timbul daripada tugas yang telah dilaksanakan.
nota:  1hari 1nilai

21 Julai 2010

TANDA RUMAH AKAN DIROMPAK?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Masih lagi sekitar perkongsian email dengan pembaca semua.  sudi-sudikan membaca...

Peringatan dari profesional untuk mengenalpasti target rumah yang hendak dirompak.


Salah satu teknik perompak ialah meninggalkan tanda atau menanda rumah yang hendak mereka rompak. Macam cerita Alibaba Bujang Lapok pulak


Jadi , sentiasa periksa dinding / pintu di pintu masuk depan rumah anda / gerbang / pagar dll.


Hati-hati dengan tanda-tanda “pelik” tertulis di dinding / pintu gerbang / pintu masuk depan.


Secara ringkas, berikut adalah logo pelik/tanda/kod yang dibuat oleh perompak:


[+ -] = Penghuni di siang hari & tidak ada di malam hari


[O pusat] punya titik = rumah sendirian / tinggal sendirian


[. . 3.] Orang di rumah / 3 ahli keluarga


[/] Sudah rosak


[*] TARGET


[X] Tidak tertarik / Tidak sasaran


Jadi, mencatat setiap [logo STAR *] di pintu masuk depan.


Itu bererti anda telah disasarkan!

 Dari akhbar cina.

Sekian.

12 Februari 2010

Perkongsian ilmu dan pengetahuan


Salam sejahtara buat seisi alam semoga berbahgia dan dalam rahmat Ilahi. 

Ingin saya kongsi bersama dengan semua orang yang membaca dan terbaca entri ini juga sebagai ingatan untuk diri sendiri ... Semoga mendapat manfaat darinya... bacalah tak rugi

Pesanan terbaik dari seorang rakan.....

Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan.. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. (http://www.usc.edu/dept/MSA/quran/001.qmt.html)

Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta Allah tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua, Surah Al-Ikhlas. (http://www.usc.edu/dept/MSA/quran/112.qmt.html)

Surah ini, katanya surah tauhid..

Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah Al-Kafirun. (http://www.usc.edu/dept/MSA/quran/109.qmt.html)

Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi.

Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.

Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku' .

Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya, kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati.  Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman,

Ketiga, kuat fizikal.  Kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.

Take a break…….meditate…3 minutes & calm your mind…

Surah Al-Ikhlas.

1. Katakanlah (wahai Muhammad); ' (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. 'Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. 'Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya'.

Bayangkan betapa besarnya RAHMAT yang Allah turunkan. Insya'Allah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

09 Disember 2009

Ada Apa Dengan Hidup Berani Untuk Gagal, Apa kaitannya dengan EGO yang tercalar


Salam hormat semoga selamat hidupmu dan hidupku walau dimana jua berada
Semoga terus berbakti di muka bumi Allah dengan penuh rasa hormat dan syukur
Nak dijadikan cerita... dah memang suka bercerita... cakaplaaa
kelmarin 'EGO' ku tercalar, takut juga dimarahi oleh suamiku...
Tercalar nya 'EGO' ku itu... kurasakan ada kaitannya dengan keberanianku untuk gagal
Walau hakikat yang sebenarnya aku ni pengecut (kekeke)
Cerita EGO yang tercalar bermula dalam perjalananku pulang dari surau selepas solat zohor untuk masuk ofis dan ketika di suatu simpang .... apabila aku rasa aku mampu dan aku agak aku memang boleh
Walau hakikatnya memang tak boleh kerana tak cukup 'ambik' (apa ya?) hmm... hahh selekoh!!!...(hentam ajelah)
Nasib juga tak serius... cuma tercalar dan luka sikit jer... aku masih 'bisa' bangkit sendiri... walau sebenarnya ketika itu aku mengharapkan ada orang datang membantu...
Tetapi... nasib baik juga (nasib lagi) tak ada mata yang memandang... (mungkinkah?) (Kalau ada yang nampak... rasa malu jugak... hmmm....)
Ya juga... sebab senyap jer lepas tu... tak der dengar citer apa-apa pun.

Lepas jatuh aku bangun sendirian dan terus ke pejabat dengan penuh rasa macam-macam... kenapa jatuh.... patutnya tak jatuh... tapi jatuh juga... apa sebabnya?
Masuk ofis aku kejer seperti biasa melaksanakan amanah tugas...
dalam pada itu aku terima satu perkabaran... mungkin benar... aku tak periksa kebenaran itu...
Kerna aku yakin dan pasti berita itu memang benar...

Selepas apa yang aku lakukan... aku terfikir sejenak adakah aku bersalah atau tersilap langkah... hanya kerna aku mahukan yang terbaik untuk kumpulanku dan memberikan hasil kerja yang terbaik... aku dikatakan berlagak...??? apa ni... aku tak faham

Ya... selepas berfikir berkali-kali aku rasa... mungkin aku perlu 'slow' skit
tapi tak boleh juga... sebabnya kerja itu mesti disiapkan dan

Ha ahhh... baru ingat... aku mesti kurangkan 'laser' itu...
buat kerja dalam diam... bak kata pepatah 'diam-diam ubi'
Jatuh motor memang sakit... tapi tidak sesakit ditikam dari belakang ... walau ku tahu siapa... tapi biarlah... semua itu kerana salahku juga...
Walau apapun yang terjadi... aku pasrah dan yakin semua ini adalah untuk pengajaran dalam hidupku juga.


25 November 2009

Ada Apa Dengan Tanggungjawab? Adakah semua kejadian adalah tanggungjawab kita? Fikirkan!


Salam sejahtera buat semua pengunjung... Saya kini kembali setelah sekian lama 'bertapa' bukan dalam gua batu... tetapi dalam gua ciptaan aye.. hehehe...Banyak 'keje' lah... berlambak-lambak ... mana taknya dengan nak siapkan minit mesyuarat, dokumen 5s, bilik fail lagi... ini pun masih tak berapa siap keje... tapi aye rasa macam bersalah plak sebab janji aye pada blog ini belum terlaksana... walau apa pun aye cuba juga selesaikan sebahagian daripada janji berkenaan... maka dengan ini dipersembahkan artikel berkenaan 'TANGGUNGJAWAB' seperti yang dijanjikan.

Cerita bermula mengenai idea untuk menulis mengenai 'tanggungjawab' ini bermula apabila aye terima satu e-mail berkaitan isu kenaikan harga makanan.  Email ini bukan aye seorang saja yang terima tetapi ramai lagi .... satu jabatan...

Seorang 'aku' tidak tahu ke mana hendak ditujukan rasa tidak puas hati ke atas kenaikan harga makanan yang dirasakannya agak melampau di sebuah kafe.

Lantas 'aku' minta bantuan dari seramai mungkin orang untuk mengatasi kenaikan harga tersebut.  Lantaran itu, pelbagai andaian dan telahan serta teguran diterima berkaitan isu berkenaan.  Antaranya 'feedback' yang diterima yang ingin aye kongsikan dengan pengunjung blog aye seperti berikut:

1.  Sorang 'aku' yang tidak kisah keana kenaikan harga itu mungkin tiada kaitan dengan dirinya atau mungkin juga kerana kenaikan itu tidak dirasakan apa-apa kesan pada dirinya.  mungkin tidak menjejaskan 'poket' langsung kerana 'aku' itu tidak makan di situ dan tidak makan makanan itu... Telah menempelak 'aku pertama'.

2.  Seorang 'aku' lagi yang simpati dan bersetuju dengan apa yang dilontarkan oleh 'aku pertama'.  Mungkin senasib agaknya.

3.  Seorang 'aku' lagi, dah lah tidak setuju dengan 'aku pertama', seolah-olah seperti memarahi 'aku pertama' dan 'aku yang senasib' dengannya.  Menyatakan 'aku yang senasib' tidak bersyukur dengan apa yang ada dan tidak boleh menerima perubahan dan tidak boleh berhadapan dengan masalah.  TAK PER ARR..

4.  Ada seorang 'aku' lagi yang ini mungkin juga 'orang yang bertanggungjawab' telah bersuara yang menyatakan bantuan dan pertolongan yang akan diberikan.  SELESAI.

Dari 4 atau 5 atau ramai orang lagi seperti yang aye nyatakan di atas, dimanakah sebenarnya kedudukan kita.  Bukan bermaksud untuk memberi kesalahan kepada sesiapa tetapi untuk memberi ruang kepada kita di mana kita sebenarnya.

~~~