Pageviews

Memaparkan catatan dengan label salawat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label salawat. Papar semua catatan

01 April 2010

Apa akan jadi dengan anugerah cemerlang .... bila cemerlang tiada lagi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Salawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabatnya serta ahli keluarganya.
Mungkin juga bermula dengan entri kali ini ... atau mungkin juga sudah ada dalam entri yang lepas tetapi aye terlupa (Manusia mudah lupa).  Setiap entri perlu dimulakan dengan salam dan salawat ke atas Rasulullah s.aw.  'Peraturan' ini adalah untuk ingatan aye ... kerana aye pernah terbaca dalam satu artikel mengenai keperluan memulakan setiap penulisan dengan salawat ke atas Rasulullah (jika Aye salah... mohon diperbetulkan).  Aye faham apa yang dimaksudkan adalah setiap penulisan yang bertujuan untuk kebaikan ummah dan bukan untuk perkara yang 'lagha' (sia-sia).  Justeru itu, setiap penulisan kita (aye) hendaklah bukan atas perkara yang sia-sia... mungkin juga ada sikit... aye tak dapat nafikan kerana aye manusia biasa dan masih belajar dan akan terus belajar.

Mengapa cemerlang?

Terdetik seketika di dalam benak fikiran .... apa perlunya cemerlang
bukan bermakna tak suka atau menafikan perlunya cemerlang
Suatu ketika ketika belum mendapat anugerah cemerlang
setiap orang berlumba-lumba melakukan kerja yang terbaik
kerana ada anugerah cemerlang
tak dinafikan juga... ada insan yang memang sentiasa melakukan terbaik
kerana dia memang insan cemerlang
namun mengapa... bila insan itu mendapat anugerah cemerlang
dia seolah dicemuh atau dikritik... kononnya kerja untuk anugerah...
susahkan hidup ini?...atau memang suka menyusahkan hidup

Kita tidak selamanya leka...
biarlah insan itu dengan anugerah cemerlangnya
Kita akan dapat anugerah itu ... dengan usaha kita sendiri

Namun (menung seketika) .... bila dah dapat anugerah itu
Baru terfikir cemerlangkah aku???
Baru terfikir... susah rupanya bila dah dapat anugerah ini...
Prestasi dinilai setiap masa... seolahnya insan itu sudah cukup sempurna
sempurna kerana telah terima anugerah cemerlang

Terfikir juga.... cemerlang tetap cemerlang... laksanakan amanah tugas dengan penuh dedikasi....
~~~~