Pageviews

Memaparkan catatan dengan label perubahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perubahan. Papar semua catatan

22 September 2014

Banyak juga perubahan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera






Apapun yang berubah sudah pasti mendatangkan kesan kepada pelaku ataupun pemikir. Hatta orang yang melihat juga akan merasai perubahan itu.

Kita yang berubah dan berupaya berubah mengikut peredaran masa seiring dengan kehendak semasa.

Seperti yang dialami oleh blog ini... perubahan sentiasa berlaku. Kadang-kadang satu hari boleh dapat sampai 6 entri. Ada ketika satu hari satu entri. Namun agak memyedihkan bila dua atau tiga hari baru dapat hasilkan entri.

Semuanya kerana perubahan yang berlaku kepada pemilik blog ini. Perubahan dari segi agihan masa untuk keluarga, kerjaya dan diri sendiri. Pertambahan beban dalam kerja hakiki memang tidak dapat dielakkan. Semua ini menuntut pengorbanan dari segi agihan masa juga wang ringgit.

Kenapa wang ringgit?

Kerana wang ringgit itu diperlukan untuk membaikpulih notebook dan juga netbook yang berusia hampir 8 tahun. Oleh kerana sering dibebankan dengan pelbagai tugasan seperti tugas rasmi di pejabat termasuk melayan kerenah anak-anak dengan kartun, cd dan juga youtube... oowhhh banyak sungguh alasan.

Tetapi itulah pengorbanan dan perubahan yang sedang dilalui.

Tidak mudah untuk menjadi blogger yang berjaya. Tidak susah juga untuk berjaya.

Semoga detik-detik perubahan yang dilalui ini memberikan kita sedikit ruang untuk berfikir sejenak mengenai turutan perjalanan kehidupan yang telah kita lalui dan bakal kita tempuhi.

Selamat berblogging. Berikan sedikit masa untuk saya selusuri jejak kalian di blog ini. Terima kasih.

~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

06 Jun 2014

Bersediakah untuk berubah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bersediakah kita untuk berubah



Berubah.
Tidak semua orang sanggup berubah, sama ada berubah tempat duduk, berubah kedudukan atau berubah arah begitu juga berubah angin.
Walaupun selalunya kita sering berubah.
Mungkin kerana pendirian kita yang sejati dan jitu maka sukar untuk kita berubah dan sukar menerima perubahan.
Walaupun setiap hari ada saja perubahan yang berlaku... antara sedar dengan tidak.


30 November 2012

Biar berubah sehalus angin asal tidak sederas taufan

As salam,

Corak hiasan.  Belum buat lagi corak angin atau taufan.  Kalau dah ada dalam stok boleh letak kat sini bagi menggambarkan tajuk catatan.

Biar berubah sehalus angin jangan berubah sederas taufan.  Ungkapan berkenaan terjumpa semasa 'merayau' kat facebook sebentar tadi.  Penulisnya sudah tentu memahami maksud yang ditulisnya.  Tetapi adakah pemahamannya sama dengan pemahaman aye... mungkin juga tidak sama.

Tujuan ungkapan itu ditulis mungkin bertujuan supaya kita bersedia dengan perubahan tetapi andainya perubahan itu datang secara mengejut macam taufan memang menyakitkan.

Walau apapun kita perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku kerana suatu masa perubahan itu pasti berlaku sama ada suka atau tidak.

Sesuatu yang kita suka tidak semestinya baik untuk kita tetapi berdoalah semoga ia mendatangkan kebaikan untuk kita dan seluruh alam.

Dan sesuatu yang kita tidak suka itu tidak semestinya tidak baik untuk kita, oleh itu berdoalah semoga kita bersedia menerimanya dengan hati yang terbuka dan ikhlas menerimanya seandainya ia untuk kebaikan kita dan seluruh alam.

08 Julai 2012

Perubahan dari hati

As salam,





Sekian lama menyimpan hasrat
mungkin sudah tersirat
atau juga berkat doa
akhirnya dia berubah juga
yang pastinya perubahan itu ikhlas
datang dari hatinya sendiri
mungkin dulu disuruh dan dipaksa
tiada perubahan yang berlaku
kini... hatinya terbuka untuk berubah

sejuk hati...

19 Mac 2012

Perlukan perubahan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Perlukan perubahan?  Perlu.  Manusia perlu berubah tidak kiralah dari segi imej, kewangan atau pekerjaan.  Pekerjaan?  Belum lagi ke arah itu. 

Perubahan ini bukan untuk diri penulis tetapi sekadar berkongsi pengetahuan dan pengalaman.

Penulis sendiri bukan sekali bahkan berkali-kali kepingin berubah dalam kerjaya, gaya fesyen dan juga kehidupan.  Tetapi seperti biasalah... perubahan itu satu cabaran dan ia memang menakutkan.

Menakutkan kerana tidak pasti dan tidak tahu apa yang bakal terjadi setelah berubah.

Untuk perubahan memerlukan kekuatan hati dan semangat juang yang tinggi serta kekuatan peribadi untuk berhadapan dengan segala kemungkinan yang tiba.

...

18 Mei 2011

Tak berapa nak jadi

Assalamalaikum dan selamat sejahtera,


Setiap hari yang dilalui pasti ada perubahan dan perbezaan di mana-mana. Tak kiralah pada pakaian, pada pemandangan, pada perasaan atau pada alam sekitar atau juga pada kawan-kawan.

Suatu hari juga pasti kita akan tempuhi saat yang menjadikan kita rasa tidak selesa atau rasa tidak bersemangat.  Lantas menjadikan hari itu seperti suram dan apa juga yang dihasilkan tak berapa nak menjadi.

Apa yang menyebabkan perkara itu atau perasaan itu tak berapa jelas.  Mungkin juga kerana terkejut bangun dari tidur.  Gangguan semasa tidur yang membawa kepada hari siang kita terganggu.

Ada sesiapa boleh bantu?....

Sila....

17 April 2011

Zaman dah berubah manusia semakin maju

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Zaman dah berubah dan manusia sekarang dah semakin maju walaupun pada sesetengah bahagian nampak seperti semakin mundur.  Contohnya Malaysia menuju alaf baru dan dalam usaha menjadi warga kelas pertama tetapi dalam masa yang sama masih terdapat segelintir rakyatnya yang membuang sampah sesuka hati dan tak tahu guna tandas awam sekalipun tandas rumah sendiri.

Dek kemajuan dan perubahan masa semua dari kita sudah semakin seperti kesuntukan masa dan 24 jam yang dikurniakan itu adakalanya seperti tidak pernah cukup.  Terutama bila bos bagi kerja last minit. 

Protokol dan adab juga sudah tak diikuti... sekadar protokol pada majlis rasmi sahaja...


...........ops... sambung lagi... gangguan siaran

03 November 2010

Biru Mata Hitamku

Salam,

akhirnya bukanlah penghujung kepada perubahan
kerana perubahan itu perlu untuk kebaikan
melakukan perubahan bukanlah kerana tidak tetap pendirian
melakukan perubahan adalah untuk kepuasan diri namun dalam masa yang sama tidak menjadikan perubahan itu sebagai satu alasan untuk menukar pendirian

tetapi andaikata pendirian itu menyusahkan diri sendiri
tidak sukar kan untuk ubahnya
manusia perlu ubah pendirian supaya tidak rigid dengan situasi semasa

tambahan pula sekarang harga minyak Petrol Ron 97 dah naik
mujurlah namun sampai bila pula Ron 95 tak naik harga
tiada jaminan kan?

semua mampu berubah
hatta harga sebiji bawang sekalipun
kerana perubahan itu ada dalam diri kita
dan kita perlu adaptasi perubahan itu dengan bijak