Pageviews

Memaparkan catatan dengan label penyakit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penyakit. Papar semua catatan

12 Februari 2014

Rabu Tanpa Kata : Kesedaran Bahaya Denggi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kes Denggi Meningkat!!!

  1. Pastikan kawasan setor, longgokan sampah dan longkang dibersihkan dan bebas dari tempat pembiakan nyamuk aedes.
  2. Sila pastikan kerja pembersihan dilaksanakan dengan sempurna.
  3. "Fogging" secara berkala.
  4. Pastikan kawasan rumah dan tempat kerja bebas daripada tempat pembiakan nyamuk aedes.


kurangkan bercakap, lebihkan tindakan


suka duka pentas dunia
yangbaik.blogspot.com




01 Oktober 2013

Apa itu Leptospirosis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Duduk tak duduk nak buat cerita pasal Leptospirosis.  Memang saja nak cari pasal kan?

Aye memang lah... nak buat cerita tak kira musim dan masa.  Rasa-rasa nak bercerita pasal penyakit kencing tikus pulak... walaupun sekarang bukan dok heboh diperkatakan mengenai penyakit bawaan mamalia kecil yang suka tempat kotor.  Kotor la sangat kan?  Walaupun ada tikus yang tinggal di tempat bersih (konon-konon tikus bandar la kan) tetapi penyakit yang dibawa tetapi tidak dikecualikan.

Nak cerita banyak sangat tak berapa nak pandai... tapi kalau nak merapu meroyan... memang boleh sangat walaupun sesekali lebih suka tunggu dan lihat :P.

Berikut adalah salinan kenyataan yang telah diterima melalui e-mail.  Pernyataan berikut di buat oleh seorang Doktor yang boleh dipercayai.  Tetapi nama dan tempat dia bertugas tidak dapatlah dipamerkan disini... sekiranya ada permintaan boleh tanya kemudian :D  Sebelum tu baca dulu apa yang ditulis dibawah.

03 Mei 2013

Segmen: LUPUS Awareness Month

As salam,



Segmen ini diadakan sempena LUPUS (SLE) awareness month pada bulan ini iaitu bulan Mei! :) Objektif utama segmen ini adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang penyakit LUPUS a.k.a SLE.. ramai di antara kita masih belum mengenali penyakit SLE yang merupakan penyakit kronik yang juga boleh membawa maut.. deno harap dengan segmen ini kita dapat mengenali penyakit LUPUS atau dengan lebih mesra dipanggil mr. SLE.. hehe  :p

Apakah SLE? : klik Systemic Lupus Erythematosus



LUPUS.. learn about itsumber
Sudah beberapa hari segmen ni berlangsung, cuma baru sekarang berkesempatan menyertainya.  Segmen ini dianjurkan oleh Dayang Deno.  

Gambar rama-rama di atas, aye dapat dari Mr. Google.  Dalam pencarian itu, dapatlah serba sedikit maklumat ringkas berkaitan LUPUS.  Iaitu, rama-rama dan warna ungu adalah simbol bagi penyakit LUPUS.  Secara kebetulan pula warnanya memang menarik.

Aye jemput (tag) anda semua yang membaca entry ini.  Semoga dengan penyertaan ini kita semua akan dapat maklumat lebih jelas mengenai penyakit LUPUS.

Akibat terlalu banyak makan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




gambar hiasan


Hindarilah oleh kalian kekenyangan karena terlalu banyak makan dan minum, karena sesungguhnya hal itu dapat merusak tubuh, menimbulkan penyakit dan membuat malas untuk beribadah.

(Umar bin al-Khattab)

02 Ogos 2010

Ada apa dengan kesakitan, kesukaran, kesulitan dan segala yang berkaitan dengannya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
hari ni dah 21 Syaaban 1431... tinggal lagi 8 hari menjelang Ramadhan... Insya Allah dipanjangkan umur berjumpalah ....

Berbalik kepada tajuk entri...
kesakitan, kesukaran, kesulitan dan yang berkaitan dengannya...
semua itu adalah ujian dari Allah
sebagai hambaNya hendaklah kita sentiasa redha dengan setiap ketentuanNya namun dalam masa yang sama tidaklah sekali-kali berputus asa...

maaflah aye taklah pandai sangat nak bercakap tentang kekuatan iman dan agama...
kerana sebagai insan biasa kekadang kita terleka dan mengeluh juga bila berhadapan dengan setiap kesulitan.... namun kesedaran itu segera hadir lantas beristighfar...

sebagai ingatan untuk diri sendiri... ingin aye kongsikan bersama maksud Surah Ash-Sharh, seperti berikut:

Bismillahhi Rahmanir Rahim
Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?, (1) dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu, (2) yang memberatkan punggungmu? (3) Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu, (4) Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, (5) sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. (6) Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, (7) dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap. (8)

Wallahhu a'lam... Semoga mendapat manfaat

24 April 2010

Tahukah anda bahawa solat boleh merawat penyakit yang kritikal ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.  Artikel pada kali ini diterima melalui email tidak berapa lama.  Mungkin juga sudah ramai yang membaca dan mengetahuinya.  Namun apa yang penting bagi Aye artikel ini akan dijadikan sebagai ingatan dan panduan buat diri ini yang sering alpa.
Tahukah anda bahawa solat boleh merawat penyakit yang kritikal ?


Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Berikut adalah beberapa hasil kajian yang telah dilakukan berkaitan solat:

AKTIVITI OTOT - Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

ISYARAT OTAK - Ng Siew Chok

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

KOMPOSISI TUBUH - Dr Fatimah Ibrahim

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih

"InsyaAllah sikap sederhana dan amalan harian yang dilakukan secara berterusan menjamin kebahagian hidup."
~~~~~~~~
Andai ada sebarang kekurangan dan apa yang disifatkan sebagai Taghut, mohon dijelaskan di ruang kongsi pandangan.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang tidak baik itu adalah kerana kelemahan hambaNya yang daif ini.

05 Oktober 2009

Kanser daripada sotong kering - Mengandungi logam toksik sama seperti bateri, plastik dan baja fosfat

(Oleh NIZHA PERIASWAMY, nizha.periaswamy@kosmo.com.my )
PEGAWAI penyelidik CAP, Hatijah Hashim menunjukkan sotong kering yang didakwa dicemari kadmium di pejabatnya di Pulau Pinang semalam.
GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal. Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.
~
"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam. Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.
~
"Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,'' ujarnya.
~
CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan. ***********************************************************************