Pageviews

Memaparkan catatan dengan label pengurus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengurus. Papar semua catatan

16 Julai 2013

Tidak suka tetapi terpaksa buat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Tidak suka tetapi terpaksa buat juga.

Dalam sesetengah situasi kita memang tidak suka memberi amaran atau arahan kepada seseorang tetapi bila perjalanan urusan itu kelihatan seperti pincang dan tergendala, maka memang terpaksa bagi arahan dan amaran.

Kita andaikan bahawa kita juga tidak suka terima arahan atau amaran tambahan lagi surat amaran atau surat peringatan.  Memang tidak suka langsung.  Begitulah juga kita andaikan orang lain juga begitu. 

Kita andaikan bahawa senarai tugas yang diberikan sudah jelas bila diikuti dengan pertemuan dan perbincangan 'face to face'.  

Kita harap penjelasan yang diberikan tidak memerlukan kita mengeluarkan surat arahan atau surat peringatan.  Kerana semua orang sudah tahu dan mahir dengan tugasnya.  Sedikit kesilapan sesekali boleh dimaafkan.  

Tetapi untuk menjadi seorang pengurus yang berjaya bukanlah semudah membuat perjumpaan atau perbincangan.  Ia lebih dari itu, menuntut kesabaran, kekuatan semangat dan kecekalan hati.  

Bahkan lebih dari itu, kita memerlukan semangat dan kejujuran yang tinggi dalam membuat penilaian ke atas perlaksanaan sesuatu tanggungjawab.

Semoga apa yang dilakukan pada hari ini adalah yang terbaik untuk semua pihak dan tidak mendatangkan kemudaratan dikemudian.

Sabarlah hati...


(*-*)

11 Disember 2011

Persiapan dan perancangan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Saja-saja nak berceloteh kat blog nie tentang persiapan majlis atau acara.  Pada pendapat Yangbaik, tidak semua orang dikurniakan kemahiran dan kepandaian yang pengurusan majlis.  Namun tidak bererti pula orang yang tidak tahu itu tidak boleh belajar untuk jadi pandai dan yang penting bila tidak tahu perlu banyak buat kajian dan sekiranya perlu bertanya lah.

Dalam sedar atau tidak kita sebenarnya mudah terleka dan alpa bila setiap kali menganjurkan sesuatu majlis dan acara, kesilapan dan kekurangan kita itu dibantu oleh pihak lain.  Hanya kerana kita mudah mendapat bantuan maka menjadikan kita lepas tangan dan mencari beribu alasan yang sebenarnya kita sendiri tidak yakin dengan alasan itu.

Persediaan adalah penting dalam menjayakan sesuatu majlis.  Kesilapan pada kali pertama mungkin boleh dimaafkan dan kesalahan kali kedua tidak sepatutnya berlaku walau atas apa jua alasan.  Maka dengan itu untuk kali ke tiga tidak sepatutnya kesilapan yang kecil berlaku walau sebesar kuman.  Hah!...

gambar hiasan - sumber gambar:  google.com

Memang betul kita manusia biasa dan tidak sempurna (betul ke? kalau salah tolong betulkan), tetapi jangan dijadikan alasan atas kelemahan individu lain untuk menyelamatkan diri.  Sekali dua mungkin orang boleh bantu atau cover mana yang patut untuk kesilapan yang telah dilakukan tetapi untuk kali ketiga... fed-up la orang dok asyik nak cover jer...

Please la... buat kerja hati-hati dan telliti, rancang perjalanan dan keperluan kerja...

Entahlah apa pula Yangbaik meraban kali ni... hanya untuk rekod... perjalanan majlis hari ini 70% berjaya dan bakinya... sendiri tanggung la...


gambar hiasan - sumber google.com

Less preparation make more mistake.  I hope I can forgive myself for today's task and not put the mistake to other's shoulder.


04 Oktober 2011

Pengurus dan Pinggan Makan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Pengurus dan pinggan makan.

Suatu hari, seorang Profesor menghadiri satu majlis tidak rasmi di sebuah hotel.  Kehadirannya ke majlis itu menggunakan peruntukan sendiri dan harus mengambil cuti kerana syarikatnya tidak menyediakan peruntukan kepada stafnya untuk ke program seumpama itu. 

Menurut Profesor itu, nama program yang dianjurkan amat menarik perhatiannya.  Dengan hasrat ingin belajar dan menambah ilmu, berbekalkan pengetahuan dan ilmu di dada beliau melaporkan diri untuk mengikuti program berkenaan yang dianjurkan oleh satu syarikat konsultan di sebuah hotel terkemuka.

Pada pandangannya program itu pasti mendapat sambutan ramai yang berjaya memberi input berguna kepada pesertanya.

Sejurus melaporkan diri, semasa makan malam profesor memerhatikan gelagat fasilitator kursus.  Selesai makan, profesor merapati sekumpulan fasilitator itu.  Pandangannya singgah di pinggan makan mereka dan terus mengamati wajah fasilitator itu satu persatu.  Mereka selamba sahaja tanpa merasa curiga, sambil tersenyum terus meninggalkan pinggan makan yang masih banyak bersisa.

Di satu sudut, Profesor mendekati mereka dan bertanya "Mengapa tidak dihabiskan makanan tadi?  Saya mengganggu ke?" 

Salah seorang dari mereka menjawab, "Kami dah biasa makan makanan macam ni, lagipun bukan kami yang bayar syarikat yang bayar kepada pihak hotel ni".   

Seorang lagi menyambung "Kalau setakat makanan macam ni, apalah sangat... bukan sedap pun".

Profesor itu dengan rasa yang sungguh kesal menjawab semula "Bukankah harga makanan itu dibayar oleh kami, peserta kursus ini.  Kalau tuan-tuan tidak mampu menghabiskan makanan dalam pinggan tu janganlah longgokkan dalam pinggan tu banyak-banyak, ambillah sekadar mampu sahaja".

Mereka saling berpandangan dan terus berlalu dari situ.  Profesor tadi terus membatalkan sahaja penyertaannya d dalam kursus itu.

Moral dan Etika cerita:
Pengurus yang berjaya pada pandangan kasar adalah orang yang mampu menguruskan pekerja dan aset organisasinya dengan baik.  Pengurus juga dilihat sebagai orang yang mampu menjadikan matlamat organisasinya tercapai.

Tetapi,  bila dilihat dari satu sudut yang lain atau dari pandangan mata halus... pengurus yang berjaya adalah pengurus yang mampu menghabiskan makanannya ... tidak bersisa.  Hairan kan?  Pandangannya begini, sebagai individu pengurus itu mempunyai pandangannya sendiri berkenaan keupayaannya untuk menghabiskan makanannya.  Andaikata makanan itu dilihat sebagai tidak enak, tidak perlulah ambil banyak, atau tak perlu ambil langsung.  Sekiranya makanan itu nampak sungguh menyelerakan, tidak perlu juga ambil banyak-banyak kerana kita belum lagi merasa makanan itu adakah ia sesuai dengan selera kita.

Pandangan ini diperolehi dari Profesor yang tersebut di atas dan sudah agak lama ingin dikongsikan dengan ramai orang.  Biarpun tak ramai yang tahu atau mungkin juga ramai yang tahu tetapi aye yang baru tahu... perkongsian ini diharap dapat memberi pengetahuan baru.

*Sesekali perhatikan pinggan kita, adakah habis makanan yang kita ambil, atau bersepah.  Jika habis, kita ada peluang untuk menjadi Pengurus yang berjaya.  Jika tidak, belajarlah dari sekarang untuk berfikir tentang selera dan nafsu makan kita...

Sekian.