Pageviews

Memaparkan catatan dengan label hujung minggu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hujung minggu. Papar semua catatan

03 Disember 2017

Selamat Pagi Ahad

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Selamat Pagi Ahad 


Selamat Berhujung Minggu.

In shaa ALLAH doa kita dimakbulkan.

In shaa ALLAH murah rezeki kita hari ini dan mendapat rahmat serta keberkatan.




Ya Allah
Mulakanlah hari kami dengan kebaikan
Pertengahan hari kami dengan ketenangan
Akhiri hari kami dengan kejayaan

Aamiin.


Terima kasih di atas kesudian singgah blog ini pada hari minggu anda dan Selamat Pagi Ahad.
szi




05 November 2017

Selamat pagi di hujung minggu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selamat pagi di hujung minggu


Hujung minggu hari yang paling dinantikan.  Hari untuk beristirehat dan bersedia untuk hari esok. Semoga selamatlah hari minggu ini.




Ya Allah
Jauhkanlah kami dari sifat riak ujub dan takabbur, tatkala kami menumpang dibumiMu, berlangitkan kekuasaannMu, bernafas dengan izinMu, serta berezeki dengan limpah kurniaMu.
Ya Allah
Sesungguhnya tiada dan dan kuasa melainkan dariMu jua.

Aamiin Ya Rabbal Alamin.


Terima kasih atas kesudian membaca entri ini, Selamat pagi hujung minggu.



25 Januari 2016

Apabila mak banyak fikir

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Apabila mak banyak fikir

Dah berapa hari baru dapat update blog. Inipun kira dah cukup "advance", selalunya pada hari cuti mana sempat update blog. Bukanlah nak kata hari ini mak tak sibuk atau tiada kerja. Tetapi kerana mak ambil kesempatan sambil-sambil lipat kain yang dibasuh semalam :-P



Tiba-tiba mak terlupa tadi nak buat apa, jadi bila mak nampak handphone atas meja teringat pula nak update blog.

Sekian, mak nak sambung lipat kain sambil memikirkan semula apa yang hendak dibuat tadi...

Terima kasih.

posted from Bloggeroid

25 Oktober 2014

Senarai Segmen dan Giveaway

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Senarai Segmen dan Giveaway yang sedang berlangsung di blog yangbaik.


Dapatkan aura dan semangat untuk berblogging.  Jom kita tengok senarai yang ada...
  1. GA 2014 Cik Kumbang | 28.10.14
  2. Segmen Bloglist AdeLine | 30.10.14
  3. GA Mini Tengkubutang bersama EmbunBeautyHouse | 30.10.14
  4. GA by Gobokita | 1.11.14
  5. GA 1st Siti Sab | 3.11.2014
  6. GA by MG | 11.11.14
  7. GA DJH 2014 | 11.11.14
  8. GA by Erza | 15.12.14
  9. Segmen BuatWanita | 30.12.14
  10. GA BIRTHDAY WE ALLS | 30.9.15

Kiranya ada 8 lagi giveaway dan 2 segmen yang sedang berlangsung.  

Hari ini cuti so, tak banyak idea nak menulis kan... So, korang ambillah kesempatan ini untuk menyertai mana-mana event yang sedang berlangsung tu eh...

Klik saja mana-mana link yang ada di atas tu.

Terima kasih semua.


19 April 2014

Lirik Lagu Arjuna Beta – Fynn Jamal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari Sabtu yang sunyi sepi ni buat entri pun malas.  Ada kenduri di kawasan perumahan ni tak pula dijemput.  Terlupa kot.  Ye lah mana akak tu nak jumpa kalau datang rumah asyik tak ade jer.  Lagipun aye kan kerja selalu balik lewat petang.  Hujung minggu pula selalunya tak lekat di rumah asyik berpeleseran entah mana-mana jer ikut tayar kereta bergerak... Macam tak campur masyarakat pulak kan... huhuhu



Oleh kerana tiada jemputan, kepingin makan gulai kenduri maka encik suami masakkan sesuatu yang seangkatan dengan lauk kenduri... apa itu... nantikan kemunculannya.

Sekarang ni nak bercerita sikit mengenai lagu Arjuna Beta nyanyian Fynn Jamal.  Sumpah aye tak kenal siapa Fynn Jamal cuma baru saja ikut instagram dia dan blog dia baru tahu siapa dia tetapi masih belum kenal juga.  Kan





Lagu Arjuna Beta ni aye dengar ketika di ofis melalui siaran radio UFM, radio rasmi UiTM yang boleh dimuatturun di desktop komputer. Maka setiap hari bila on komputer harus juga on radio UFM.  Pertama kali dengar macam pelik sebab macam orang berbisik pun adoo... lama-lama suka pula.  Setiap hari lagu Arjuna Beta pasti akan disiarkan di radio UFM dan ketika itu aye akan cuba hayati bait-bait nyanyiannya.  Tak puas hati... google perkataan Arjuna sebab tak tahu pun tajuk lagu tu dan tak tahu pun siapa penyanyinya.

Dan... inilah antara hasilnya.  Nak download lagu dah tak boleh. Kena beli la woi...

Hayati senikata ini... amat sesuai untuk ibu-ibu untuk mendodoikan anaknya atau sekadar siulan dan jadikan sebagai lagu tema ketika rindukan anak-anak....


Lirik Lagu Arjuna Beta – Fynn Jamal

Takkanku biarkan walau ribut
Menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular
Bonda takkan berundur

Nyamanlah Arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Kan ada satu ketika
Kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul anakanda
Tak jelas mata
Ambil yang sarat duri

Hiduplah Arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhan mu ada
Takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu anakanda

Hiduplah Arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Nyamanlah Arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa


Macam mana?
Dah habis baca kan?

Okey... nak tengok masakan encik suami tadi dah siap atau belum.  Nanti aye cerita pulak pasal masakannya yang sungguh istimewa untuk hari ini.





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
suka duka pentas dunia
#doauntukMH370

GA Nurul Yui Collection (24/4/2014)


$$$$$

09 Februari 2014

Beg sandang untuk 3 orang penting

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Beg sandang untuk 3 orang penting

3 beg buat insan tersayang.
Dari kiri beg mengaji untuk Irdina, beg mengaji untuk Alif dan beg kerja untuk encik suami.
Semoga menepati citarasa mereka. Sayang semua!!!

Beg sandang untuk 3 orang penting yang istimewa.  Bukan biasa sebenarnya bagi YB untuk menyiapkan 3 unit beg dalam masa 2 hari.  Sememangnya memang tidak pernah dibuat.  Tetapi pada hujung minggu kali ini YB berjaya menyiapkan 3 beg untuk keperluan 3 insan tersayang.  Bukan 3 orang saja yang disayang dalam keluarga ini tetapi ramai lagi tetapi untuk kali ini baru berjaya menyiapkan 3 beg ini untuk kegunaan mereka bertiga.

11 Januari 2014

Nuffnangers pada hari ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Baru berkesempatan update entri terpanas untuk hari ini.  Pagi tadi tak sempat nak berblogging... sibuk masak untuk anak-anak dan encik suami.  Maklumlah pada hari cuti macam ini bila tiada kerja lebih masa atau tiada aktiviti luar... maka dipenuhkan masa terluang dengan aktiviti masak-masak.

Selepas makan bersama keluarga... keluar 'jalan-jalan' sekejap pusing bandar Seri Iskandar sampai ke Puncak Iskandar... hajat nak tengok perkembangan rumah baru tergendala kerana jalan ke sana belum siap. Masuk pusing-pusing di kawasan perumahan Desa Iskandar, kebanyak rumah di sana adalah dari jenis banglo mewah dan memang besar-besar.  Suka melihat suasana di kawasan berkenaan kerana boleh nampak kelainan dari segi lanskap dan hiasan luar serta reka bentuk rumah yang pelbagai...

18 September 2013

Satu pagi di Taman Tasik UTP

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Oleh kerana hari ini hari Rabu, maka aye YangBaik berhasrat untuk tidak berkata (menulis) banyak sebaliknya dipamerkan di sini gambar-gambar sekitar sesi riadah di Taman Tasik Universiti Teknologi Petronas.

Biasan!



Jalan mana harus di pilih?



Langkah yang terhenti seharusnya dimulakan segera.



Indahnya suasana pagi



Imej misteri


Kanak-kanak dan taman permainan tidak dapat dipisahkan



Mengapa cepat sangat nak balik?  Saya nak main lagi laaaa



Bunga Raya bunga kebangsaan Malaysia bersama dua dara pingitan.


Sekian adanya celoteh ringkas.  Semoga gambar-gambar di atas mampu memberi makna kepada kehidupan.

Terima kasih.



14 September 2013

Selamat bercuti

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selamat Bercuti.  Hari Sabtu, Ahad dan Isnin 16 September adalah Hari Malaysia.  
3 hari cuti umum yang panjang tetapi belum tentu ada orang dapat bercuti 3 hari.


Cerita ini sedikit sebanyak ada kaitan dengan gambar di atas.  Setelah penat bekerja ambil masa dan peluang untuk bercuti.  Yang penting semua urusan penting diselesaikan.  Jangan pula ambil kesempatan untuk bercuti semasa orang sedang sibuk menyelesaikan tugasan penting... Awas!

Entahlah dah penat agaknya nak fikir apa yang ditulis.  Kadang-kadang macam tulis entry syok sendiri... memang gila kentang!


07 September 2013

Giveaway ringkas projek hujung minggu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


projek hujung minggu

Hari Sabtu memang liat sikit nak buat entry, maklumlah macam-macam aktiviti keluarga memang tak sempat nak online.  Kalau sempat pun kita dah cukup baik.

Nampak gambar di atas?  Gambar di atas merupakan alas meja sisi yang dikait menggunakan benang bulu kambing.  Bersempena hujung minggu ini aye berhasrat hendak jadikan ia sebagai giveaway kepada blogger yang bertuah.

Giveaway ini berlangsung mulai jam 12.00 am 7/9/2013 (Sabtu) sehingga 12.00 tgh 8/9/2013 (Ahad). Untuk menyertai giveaway ini mudah saja; iaitu blogger yang berminat perlu :-

1.  Klik G+ di bawah entry ini.
2.  Tinggalkan komen di ruang ulasan dengan perkataan :  Saya nak alas meja

Pemenang akan dipilih menggunakan khidmat randorm.org dan akan diumumkan pada bila-bila masa selepas tarikh tutup.

Sekian, selamat mencuba kepada semua.