Pageviews

Memaparkan catatan dengan label flora dan fauna. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label flora dan fauna. Papar semua catatan

25 September 2014

Flora dan fauna di tepi rumah

Assalamualaikum dan selamat





Flora dan fauna pada setiap masa dan tempat pasti berubah.
Tumbuhan dan serangga seperti yang kelihatan pada gambar di atas, terutama cendawan oren semakin sukar dilihat ketika ini.

Secara kebetulan tumbuhan dan serangga di atas atau kemungkinan juga telah lama wujud di kawasan ini.

Kehadiran 'mereka' bukanlah atas jemputan atau diambil dari mana-mana tempat tetapi 'mereka' hadir dengan sendirinya ketika musim hujan mulai menguasai tanah di sini.

Terdapat sejenis tumbuhan bernama Pokok Dukung Anak, tetapi saya sangat kurang pasti dengan khasiatnya dalam perubatan tradisional. Entah di mana hendak dirujuk kegunaannya. Seingat saya akar pokok berkenaan pernah digunakan oleh arwah emak untuk mengubati adik kecil sakit perut... ketika itu saya di zaman belasan tahun.

Dan... sekarang tumbuhan itu muncul lagi seolah menggamit kenangan dulu yang telah terabai.

Kini... Anak-anak sudah pasti antara yang paling teruja dengan kehadiran cendawan 'berkilau' dan ulat gonggok hitam.

Sudah pasti ulat gonggok hitam itu mendapat jeritan yang paling hebat kerana kelincahan pergerakannya. Anak-anak diajar agak tidak mengapa-apakan serangga itu kerana ia juga berhak hidup, jangan diganggu kehidupannya yang sudah cukup terganggu sebaliknya halanglah dengan baik perjalanannya agar tidak masuk ke dalam rumah, yang boleh mengganggu kehidupan manusia di dalam rumah.

Begitulah mereka dididik supaya menghargai nyawa kehidupan penghuni bumi yang lain.

~(@^_^@)~
posted from Bloggeroid