Pageviews

Memaparkan catatan dengan label emak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label emak. Papar semua catatan

22 Julai 2013

Jangan jadikan Isnin anda menyeramkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Isnin, entah mengapa seringkali dikaitkan dengan kemalasan atau kelemasan.

sumber gambar dari facebook

Bukan hendak lari dari pemahaman skema tetapi ingin mengajak hati supaya tegar dengan kemunculan Isnin.

Hari Isnin tidak sepatutnya menjadikan seseorang itu lemah semangat kerana pada hari Isninlah kita sepatutnya memulakan minggu pekerjaan kita dengan ceria dan gembira.

Kenyataan maut yang berani kan?

Aye tau ramai di luar sana yang marah atau tidak suka dengan kenyataan ini.  Memang simpati sebabnya bagi aye sendiri hari Isnin... sejak dari bangku sekolah lagi merupakan hari yang paling .... sambung lah sendiri.

Teringat pesan arwah mak, semasa mula-mula masuk kerja.   Setiap kali bila tiba hari Isnin arwah mak akan berpesan supaya memakai pakaian yang bersih kerana hari Isnin adalah permulaan untuk bekerja, baru bersemangat.  Antaranya adalah sarung kaki mesti telah dibasuh termasuk juga semua jenis pakaian luar dan dalam (ngeeee).  Menurut arwah mak lagi, pakaian baru (dibasuh dan bersih) bukan sahaja dipakai pada hari raya atau Jumaat sahaja sebaliknya hari Isnin juga.  Masa tu memang tak terfikir pun cuma ikut jer pesanan tu.

Selain dari itu arwah mak juga berpesan bila pergi kerja jangan suka cari gaduh dengan orang, cakap dengan orang lemah lembut, kalau nak bantuan ke apa-apa minta dengan baik, jangan berat tulang rajin-rajin bantu orang lain, buat kerja baik-baik kalau ada yang tak faham tanya jangan sampai ketua (bos) marah.

Pesanan itu akan terus kekal sampai bila-bila, Insya Allah.  Semoga anak mak ini akan menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Sekian adanya.  Suka duka pentas dunia.



22 Jun 2013

Segalanya kerana warna anak-anak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari ini Sabtu 22 Jun 2013 bersamaan 13 Syaaban 1434.  Pagi-pagi lagi dah berkejar ke Hospital Seri Manjung dengan harapan dengan berjumpa dengan abang long yang datang dari Kelantan, katanya nak balik naik bas jam 8.30 pagi.  Walaupun kebetulan basnya lambat bertolak iaitu kira-kira jam 8.50 pagi, masih juga tak sempat jumpa.  Tak apalah... semoga selamat dalam perjalanan.

Dari Stesen bas Seri Manjung bergegas pula ke Hospital Seri Manjung dengan harapan hendak berjumpa dengan mak tersayang yang baru saja sampai dari HKL.  Walaupun masa melawat masih lambat lagi iaitu 12.30 tengahari... dapat juga masuk bergilir ganti dengan adik yang dengan setianya menjaga emak sepanjang kemasukannya di hospital dari Seri Manjung ke HKL dan ke SM semula.

Dapatlah berjumpa dengan mak.  Memang sedih dan terharu, air mata ini tidak dapat dibendung lagi lalu terumpah dengan derasnya lalu ditahan agar kesedihan ini tidak mengganggu emosi emak yang sedang menanggung kesakitan.  Sempat juga suapkan emak dengan bubur som-som yang dibuat khas malam tadi... semoga emak segera sembuh.

Sebenarnya mood nak berbloging sekarang dah semakin ke laut lepas...

Tetapi demi anak-anak (alasan skema) digagahkan juga semangat yang hampir lemau ini.  Sebabnya tiba-tiba dapat idea dari hasil idea kreatif anak-anak.  Anak-anak macam sudah memahami keadaan umi yang semakin kekeringan idea nak menulis maka macam-macam hasil kreatif ditinggalkan atas meja umi.

Hasil kreatif ini sudah 2 hari kalau tidak silap perhitungan terjumpa di atas meja bacaan.  Idea kreatif ini dimiliki oleh Irdina Huda.  Agaknya inilah isi hatinya yang dipamirkan dalam bentuk tulisan.  Warna anak-anak.


Anak Ungu - Inas
Anak Marah (Merah kot) - Alif
Anak Ping (Pink la tu) - Dina
Anak Oren - Abid

Mungkin itu tanggapan Dina mengenai warna-warna yang disukai atau serasi dengan abang dan adik-adiknya termasuk dirinya sendiri.

Agaknya apa pula warna untuk umi dan ayah yer?

Okeylah, nak bersiap ke rumah jiran hari ni ada gotong royong masak-masak untuk majlis Doa Selamat malam nie...

Sekian.

27 Jun 2011

Monday Blues | Saya sayang emak saya

Assalamulaikum dan selamat sejahtera,

Adakah anda dilanda sindrom 'Monday Blues'?.  Saya tidak. sebab hari ini saya tidak memakai baju warna biru.  Dan, saya juga tidak menggunakan cawan atau pinggan berwarna biru.  Ada kaitan? Takder kan.

Semalam, hari Ahad saya dah jumpa emak dan emak mertua saya...


~~~~~~~~~~
Sesungguhnya diantara sebab terbesar untuk dapat meraih taufik dari Allah Subhanahu wa ta'ala di dunia dan akhirat adalah birrul walidaini (berbakti kepada kedua orang tua). Sebaliknya, diantara sebab terbesar yang menghalangi seseorang untuk mendapatkan taufik dari Allah adalah 'uququl walidaini (durhaka kepada Ayah dan Bunda).  (Shalih al-Maghamisi hafidzahullah)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~