Pageviews

Memaparkan catatan dengan label dengki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dengki. Papar semua catatan

03 Mac 2014

Berjauhan dari dengki

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Gambar hiasan


Sesekali berjauhan dengan dengki 
Seeloknya selalulah berjauhan dengan dengki
Dengki membuat insan menjadi iri
Iri dengan kebolehan dan keupayaan manusiawi

Berjauhan dengan dengki itulah sebaiknya
Berdengki itu merosak hati dan jiwa
Hati dan jiwa bisa jadi merana
Dengki akan kebolehan jua manfaat manusia

Dengki mampu merosakkan jiwa
Jiwa lara menggelodak rasa
Terapi jiwa kembali kepadaNya
Sentiasa bertasbih menguat jiwa

Ingatlah pesanan ini buat pengubat jiwa
Jauhilah dengki, karena sesungguhnya anak Adam membunuh saudaranya saat ia dengki kepada saudaranya (Aun bin Abdullah)

Dengan dengki jiwa mampu binasa
Binasa jiwa rosak iman di dada
Binasa iman musnahlah agama
Manusia lara di akhirat sana


Nukilan:  yangbaik | 232014 | 10:44pm



suka duka pentas dunia


$$$ 


07 Oktober 2013

Jauhi sifat dengki

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


corak hiasan



Jauhilah dengki, karena sesungguhnya anak Adam membunuh saudaranya saat ia dengki kepada saudaranya.
(Aun bin Abdullah)


05 Mac 2013

Tak suka perasaan itu | Dengki

As salam,


Sekali sekali tersemat jua perasaan itu
Perasaan dengki dengan kelebihan orang lain
Namun hati tidak suka dengan perasaan itu
Biarkan saja kejayaan dan kelebihan orang lain
Kelebihan dan kejayaannya adalah atas usaha dia
Ingin punya kelebihan dan kejayaan?
Usahalah dengan tenaga sendiri tulang empat kerat

06 Oktober 2011

Boleh kaya dengan dengki

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Sungguh tak percaya. 
Memang boleh kaya dengan dengki.  
Bila dengki tiba semua bulat mata
Bulat tekad dan bulat nafsu
Istilah apakah ini?

Pernah dengan bulat air kerana pembentung
Bulat manusia kerana muafakat

So bulat apakah lagi... bila dengki menguasai diri

celoteh banyak tak guna kan...
sebab semua orang dah tau kebaikan dan keburukan berdengki
Dengki pun ada kebaikan juga
jangan ingat tak der...

tak nak selindung lagi
tak usah lah nak dengki bagai segala
menyusahkan hidup jer.
kalau susah sendiri sorang-sorang tak mengapa
yang susah lagi bila dengki tu turut sama menyusahkan orang lain, dan orang lain tu kalau tiada kaitan dengan kita tak mengapa juga, yang perit bila ada kaitan langsung dengan kita... sakit!!!



Jauhilah dengki, karena sesungguhnya anak Adam membunuh saudaranya saat ia dengki kepada saudaranya.
(Aun bin Abdullah)

sekianlah adanya.

(o-o)
x

.

10 Oktober 2010

TAK UPAYA NAK CAKAP PASAL DENGKI: TAK HABIS-HABIS DENGKI KE KETEGAQ

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

sementara tengah ada idea
curi masa sekejap nak buat entry
dah dapat gelaran, entah rasmi ke tidak... blogger tegar plak... timasih... hehehe
tegarkah aye ni
ada masanya tegar juga
ada masanya lentok... kering idea

nak buat cerita pasal dengki pulak
kenapa mesti dengki
tak ke mana kita dengan dengki
bukan boleh kaya pun
nak senang pun tak boleh juga
kerana dengki jugaklah kita boleh binasa
kerana kita adalah kita
kalau kita berdengki dengan sesiapapun kita tak boleh senang, susah hati lagi adala...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jauhilah dengki, karena sesungguhnya anak Adam membunuh saudaranya saat ia dengki kepada saudaranya.



(Aun bin Abdullah)