Pageviews

Memaparkan catatan dengan label cuaca. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cuaca. Papar semua catatan

26 September 2013

Hujan tak jadi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pemandangan laut Lumut berhampiran TLDM.  Gambar hiasan.

Sudah lebih 3 hari hujan tidak turun di kawasan kejiranan kami di Seri Iskandar.  Mungkin juga nampak macam nak hujan tapi tak hujan.  Atau mungkin juga di sesetengah tempat hujan turun sedikit sekadar membasahkan dedaunan nan kering.

Petang tadi... langit kelihat gelap sangat seolahnya hujan akan turun pada bila-bila masa... Mula lah teringat habis lah... angin kuat mau bocor juga takpun tempias hujan masuk melalui tingkap belakang...

Tetapi itulah hanyalah telahan manusia kerdil ini yang ilmu pengetahuannya amat terbatas dan terhad sama sekali.  Hujan yang disangka akan turun dengan lebatnya rupanya tidak turun...

Hujan tak jadi atau tak jadi hujan?

Yang sebenarnya tak ingatpun... Bila dah sampai rumah ternampak akak jiran sebelah siram pokok bunga.... laa tak hujan rupanya tadi...

Nasib jugalah kat rumah tiada tempayan.  Kalau ada tempayan berisi air maunya dibuang air tadi untuk diganti dengan air yang baru.

Makanya malam ini berpanas lagi la..

Walau apapun syukur Alhamdulillah masih lagi bernafas dan mampu meneruskan hidup walaupun hujan tak jadi.

Sekian adanya.  Terima kasih.