Pageviews

Memaparkan catatan dengan label azam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label azam. Papar semua catatan

29 Disember 2013

Segmen Aktifkan Azam Baru Tahun 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



KLIK
BANNER UNTUK JOIN

Sempena
menyambut kedatangan tahun baru, segmen khas ni dibuat untuk penyenaraian azam
baru anda tahun 2014 ini. Moga dengan adanya azam baru, segala apa yang
dirancangkan, tercapai matlamat. Teringin jugak nak tahu azam baru anda semua.
So, jom kita meriahkan segmen ni.

HADIAH:
2
pemenang akan menerima hadiah novel

Senarai azam baru saya sempena tahun 2014:
1.   Meneruskan legasi kecemerlangan dalam setiap bidang yang diceburi
2.  Menjadi insan yang lebih baik dari sekarang
3.  Menjadikan cabaran sebagai peluang... nanti kita senaraikan apa itu cabaran dan peluang.
Cabaran pertama:  Mengambil peperiksaan KPSL dan lulus memberi peluang kepada kenaikan pangkat... Yes!
Azam yang tersenarai di atas nampak macam umum sangat.  Tetapi itulah antara cabaran dan peluang yang ada

TAMAT:
31 JANUARI 2014


suka duka pentas dunia



Contest SEO Eridy dan azam blog 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Contest SEO Eridy

Contest SEO Eridy.  Entri sebegini entah yang ke berapa tak ingat yang dikaitkan dengan Contest SEO Eridy.  

Mungkin juga pemenang untuk entry terbanyak berkaitan Contest SEO Eridy telahpun diumumkan oleh Eridy.  Tetapi entri ini sudah tentu tidak layak untuk bertanding bagi entri terbanyak.  

Yang pastinya Contest SEO Eridy ini belum lagi tamat begitu saja.  Ini adalah kerana Contest bermula mulai 12.12.13 hingga 30.12.13.  Antara syarat utama Syarat Contest SEO ERIDY adalah:
* Peserta bertandingan atas keyword ” Contest SEO Eridy ”
* Entri mengikuti kreativiti tersendiri 
Blog ini sudahpun mencapai syarat di atas dan telahpun termasuk dalam senarai peserta dalam Contest SEO Eridy.
Dan apa pula kaitannya Contest SEO Eridy dengan azam blog tahun 2014.  Walaupun pada dasarnya tujuan awal dalam dunia blogging bukanlah mengejar SEO atau populariti semata-mata tetapi setelah melalui beberapa fasa dan menyaksikan beberapa perubahan yang dialami Rakan Blogger maka dengan sendirinya keinginan YB untuk maju dalam dunia blogging mula bercambah.
Justeru tahun 2014, antara azam utama blog ini adalah untuk lebih mesra SEO dan mudah dikenali.  Walaupun sudah bertapak agak lama dalam dunia blogging tetapi masih banyak yang perlu dipelajari.  Masih banyak juga yang perlu dipertingkatkan.
Untuk itu, masa perlu diagihkan dengan teliti bagi memastikan azam itu tercapai.
Semoga dengan penyertaan dalam Contest SEO Eridy ini dapat menjadi batu loncatan untuk terus maju dalam bidang blogging dan SEO juga.

suka duka pentas dunia.

22 Disember 2010

Azam, Harapan dan Anugerah Cinta 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setiap dari kita pasti mempunyai harapan atau juga azam untuk dilaksanakan pada setiap tahun.  Dah penghujung tahun 2010, agak-agaknya azam dan harapan untuk tahun 2010 dah tercapai tak?  Kalau tak banyak paling kurang pun 80% dah tercapai.  Baki lagi tu carry forward  ke tahun 2011.  Itupun kalau sesuai dan boleh dibuat carry forward.  Tak macam baki cuti, kerana tak semua baki cuti boleh dibawa ke hadapan, contohnya baki cuti tanpa rekod... mesti habiskan tahun ni juga sebelum 31/12/2010.

Jika ada harapan atau azam yang masih tidak tercapai, janganlah berputus asa, cuba lah berharap lagi.  Kerana tidak mustahil suatu ketika harapan dan azam itu pasti tercapai.  Kadang-kadang kita tak perasan pun dah tercapai dan tak teringat pulak bila kita berazam dan berharap begitu.  Jangan berhenti mengharap ... seperti lagu pulak.