Pageviews

Memaparkan catatan dengan label ayah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ayah. Papar semua catatan

01 Oktober 2012

Basikal Baru Inas Insyirah

As salam



Papaku pulang dari kota
Papaku belikan basikal
Basikal kecil warna biru
Bolehku bawa jalan-jalan

Heh! berterabur penutup barisnya....



Inas Insyirah dapat basikal baru.  Apa dia kesah dengan lagu ciplak umminya.  Tak kesahpun berapa harganya janji dia dapat basikal baru. 

Jenuh jugaklah ummi dan ayah pusing keliling Bandar Seri Iskandar untuk dapatkan basikal yang diidamkan anak kecilnya ini.  Akhirnya jumpa juga di Mommy & Baby Boutique di Bandar U.  Dah jumpa pada mulanya tapi buat tak kesah jer tapi tak sangka pula dah jadi rezeki kami nak beli basikal tu.  Siap ada lagi lagi.  Makanya tersenyum simpullah anak kecilnya itu.  Inilah antara pengorbanan ummi dan ayah untuk anak-anak asalkan anaknya bahagia, apa saja sanggup dicarikan.  Ceritanya macamlah harganya ribu riban...

Bukan senang sebenarnya nak dapatkan pose Inas pandang kamera.  Sekarang agak sukar sikit, tetapi bila dah dapat basikal baru... senang jer.



Dah ceritakan ayahnya memang tak berapa gemar gambarnya dipopularkan di blog umi walaupun namanya blog ini ada kaitan dengannya... hahahha.  Tapi kan, dah tersangkut juga beberapa keping gambar ayahnya kat blog ni... ntah di perasan atau tidak.

Nampak gaya ayah macam nak tolak basikal anak, tapi apasal lak di senseng kaki seluar tu ni bukan kawasan bendang la cik abang oi...

Tak dapat nak cerita banyak la pasal basikal baru ni.  Dah tak pandai pulak nak celoteh panjang lebar.  

Basikal baru warna biru
Dibeli di Bandar U
Ayah dan umi sungguh terharu
Melihat anak senyum selalu


08 Februari 2012

Mereka berpegangan tangan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia


Hari ini (sebenarnya malam) di pasar malam di Bandar Universiti, selepas hujan berhenti. Dalam kepekatan malam diterangi lampu neon yang separuh malap di sekitar khemah, kelihatan mereka berdua berpegangan tangan.  Amboi! bukan main mesra lagi.  Kemesraan mereka berpegangan tangan memang menarik minat dan perhatian sesiapa yang memandangnga.  Apakah hubungan mereka.  Adakah rahsia atau apa sebenarnya?

Terdetik juga rasa cemburu masa lalu, ketika baru mendirikan rumahtangga.  Apabila berjalan bersiar-siar di taman bunga atau juga ketika di pasar malam selalu juga berpegangan tangan.  Sesekali memang ada rasa segan walaupun telah mempunyai ikatan yang sah bimbang dikatakan mengada-ngada.  Macamlah orang lain tak der pasangan. 

Ayah! Pegang tangan Alif


Tetapi itu kisah dulu, kini bila dah ada anak lain pula ceritanya.  Bila bersiar-siar ayah pegang tangan anak sulong dan ummi pula pegang tangan anak tengah.  Bila dah anak tiga, anak sulong jalan pegang seluar ayah, ayah dukung anak bongsu, ummi pula ikut dari belakang seperti biasa pimpin tangan anak tengah.

Sekian, detik berpegangan tangan memang terasa mesra.  Cer bila kena tangankan... apa pula rasa...pikir lah yer.

P/S:  Catatan ini tiada kaitan dengan aksi remaja zaman sekarang atau lain-lain pasangan yang tidak sah.  Catatan ini sekadar imbasan memori masa silam penulis untuk renungan masa akan datang.

^-^

19 Jun 2011

19 Jun 2011 | Selamat Hari Ayah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Agak terlewat sikit buat entry ni.. sebab si comel ni dah mula meragam.  Jadi mood untuk update cerita pun semakin luntur.  Ada pembaca bagi tips katanya si comel itu nak kan belaian.  Kalau si jari runcing atau model gadis semasa okehlah juga bagi belaian.  Tapi ini Toshiba... apa nak buat? Nak ganti baru.. nak tunggu samsung atau iPad2 menjengah kat muka pintu... tu pun kalau ada rezeki.  Rezeki sempena hari ayah kot... tunggu jer



Berbalik kepada tajuk cerita.  Hari ini, pagi-pagi lagi bangun dari tidur Alif ucap 'Selamat Hari Ayah' kepada ayahnya.  Ayah pula macam tak perasan, senyap jer sambil bersiap nak pergi kerja.  Sepanjang minggu Kursus Induksi walaupun bukan ayah yang berkursus kena juga pergi kerja walaupun pada hujung minggu.  Selalunya pada setiap hujung minggu ayah akan bekerja ikut syif sama ada pagi atau petang dan baliknya malam sikit... sehingga itu si jari runcing pun menunggu ayahnya balik dan berbuallah mereka sehingga lewat malam pula.



EH he... banyak pula selingan yer.  Dah ayah bersiap lepas minum ayah terus keluar.  Dan, sekali lagi ayah ke muka pintu dan mengucapkan 'Ayah! Selamat Hari Ayah!'.  Ayah mungkin sedikit terkejut lantas mengucapkan terima kasih dan mengucup dahi Alif.  Baru nampak kepuasan di muka Alif.

Selamat hari Bapa:  Bapa Bukan Hanya Cari Rezeki

30 April 2011

30 April 2011 | Mereka berdua-duaan lagi ke Jelutong Pulau Pinang pula

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pagi hari Sabtu (30 April 2011) yang hening... jam hampir 7.00 pagi dapat panggilan telefon, saudara terdekat telah meninggal dunia jam 5.00 pagi tadi... Kak Biah Kak Miah, panggilan mesra kami sekeluarga kepada gemulah... semoga dicucuri rahmat Ilahi.  Sakitnya tak lah lama sangat tapi aye dah lama tak jumpa gemulah.  Kali terakhir adalah hari raya lepas....  Setelah hampir sebulan dua minggu koma di wad ICU...

Asalnya tadi pagi2 hari ni nak ke Lekir persediaan untuk majlis esoknya...
Tempeyek dan kueh lidah buaya dah siap packing...
bekas telur kait juga telah siap
tinggal lagi nak ambil beg kertas kat rumah ma...

Kita mampu merancang hanya Tuhan yang menentukan


Pagi tadi anggaran jam 9.00 pagi, mereka berdua sahaja ke Jelutong Pulau Pinang bersama Pak Long (Yeop) menaiki EXORA (Biarpun EXORA itu luas dan boleh dinaiki 7 orang, namun tak upaya kami mengikutnya kerana urusan packing di rumah belum selesai).  Mudah-mudahan mereka selamat pergi dan selamat pulang juga ke rumah.  Hampir-hampir juga tak jadi pergi, tetapi untuk keluarga berkorban masa bukanlah satu kesalahan besar...

Mungkin belum sampai lagi rezeki kami nak ke Pulau Pinang. 

Maka tengahari ini, kami di rumah terpaksalah membuat perancangan dan persiapan baru untuk petang ini.  Petang ini atau mungkin juga malam, setelah mereka berdua pulang dari Pulau Pinang, kami akan ke Lekir pula... biarpun terlewat acara mesti diteruskan... mohon maaf kepada semua kerana terlewat.

Sekian...

29 September 2010

Nak rehat sambil buat matematik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


suatu petang, angin sepoi-sepoi bahasa
menyapu lembut pipi gebu itu
seketika...
dalam perjalanan pulang dari rumah Pak Lope di Kampung Gajah
tiba-tiba alif buat soalan matematik pulak....

1+1=

2+2=

4+4=

8+8=

16+16=

32+32=

64+64=

128+128=

256+256=

512+512=

1024+1024=

2048+2048=

.

.

.

.

.

yea.... ayah tak tau kira yer

bukanlah ayah nak drive nih...

ohhh... ayah tak mau cakap yer...

ayah pakar matematik lah....

hehehe...