Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Utusan Online. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Utusan Online. Papar semua catatan

16 Disember 2010

Wikileaks, Twitter dan Facebook

Assalamualaikum dan salam 1Dunia,

just nak share berita jer, jangan pulak korang pikir aye nak cari publisiti...

cerita ni tengah panas sekarang so... nak tumpang sekaki blog... blog ada kaki ker...

baca kat sini...->

14 Ogos 2010

Siapa Ibnu Batutta

Assalamualaikum dan salam Ramadhan,

Siapa Ibnu Batutta?

Sedikit pengenalan yang disedut dari ms.Wiki:
Abu Abdullah Muhammad Ibn Battuta (Bahasa Arab: أبو عبد الله محمد ابن بطوطة) (lahir 24 Februari 1304 - 1369) merupakan seorang Berber Maghribi dari golongan Muslim Sunni. Beliau merupakan cendiakawan dan ulama Mazhab Maliki, dan kadang-kalanya berkhidmat sebagai Qadi atau hakim. Walaubagaimana pun beliau tersohor sebagai penjelajah dan pengembara dan menulis mengenai pengembaraanya selama hampir 30 tahun merangkumi lebih kurang 117,000 km. Penjelajahannya meliputi daerah yang sekarang merupakan Afrika Barat hingga ke Pakistan, India, Maldives, Sri Lanka, Asia Tenggara dan China, jarak yang jauh lebih hebat dari Marco Polo yang hidup hampir seera dengan beliau.


Berikut pula sedikit petikan yang diambil dari Utusan Online mengenai rancangan Animasi Ibnu Batutta di TV2:

ANIMASI Ibn Batutta diterbitkan khusus untuk tontonan kanak-kanak sempena bulan Ramadan ini.

Hasilnya lahirlah sebuah program animasi Islamik, Ibn Batutta khusus untuk tontonan kanak-kanak sempena bulan Ramadan ini. 

Ditayangkan pada setiap hari Ahad pukul 9 pagi, Ibn Battuta dapat ditonton menerusi saluran Dunia Ria, TV2.

Sepanjang 13 episod, Ibn Battutta mempunyai tarikan yang berbeza berbanding animasi-animasi sebelum ini.

Episod Animasi berbahasa Melayu ini, mengisahkan Ibn Batutta anak kepada seorang Qadi terkenal di Maghribi yang ingin mencari pengalaman hidup dengan mengembara.

Keinginannya ditentang hebat oleh ayahnya kerana mereka bukanlah dari golongan pengembara.

Dengan semangat Ibn Battuta, ayahnya terpaksa mengalah, namun Ibn Battuta diminta ayahnya berhijrah ke kota Mekah terlebih dahulu.

Pelbagai rintangan dan cabaran terpaksa ditempuhi Ibn Battuta dalam penghijrahannya ke Kota Mekah mengajar Ibn Battuta tentang kehidupan.

Antara episod-episod menarik animasi Ibn Battuta bermula dari Tangiers iaitu kisah serpihan peta Al-Idrisi peninggalan dari zaman pemerintahan Roman menyebabkan Ibn Battuta sanggup menggadaikan cincin dan harta pusaka demi memiliki peta yang mempunyai pelbagai misteri.

Tanpa pengetahuannya, seorang waris hartawan yang bernama Dzofrullah juga ingin memiliki peta tersebut semata-mata untuk memperoleh kemasyhuran dan kegemilangan.

Saksikan keindahan siri animasi pengembaraan Ibn Battuta di lokasi berbeza yang penuh mendebarkan serta memberi pengajaran dan mesej buat anak-anak anda sempena bulan Ramadan ini hanya di TV2.

11 Ogos 2010

Penggemar Bufet Ramadhan - Buka Puasa di Mana?

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan, semoga Ramadhan kali ini memberi penuh makna.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Awas bufet Ramadan

PUTRAJAYA 10 Ogos – Pengusaha hotel yang belum memiliki sijil halal dinasihatkan supaya tidak menyalahgunakan terma bufet Ramadan atau berdepan risiko diambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, bufet Ramadan merupakan perbahasaan halal dan mereka yang menyalahgunakan terma ini boleh dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Menurutnya, umat Islam juga digalakkan supaya hanya berbuka puasa atau menganjurkan majlis berbuka puasa di hotel yang disahkan halal oleh Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri.

‘‘Sehingga 9 Ogos lalu, sebanyak 22 hotel dan 51 dapur hotel di sekitar Wilayah Persekutuan diberikan pensijilan halal oleh Jakim.

“Dari Mei hingga Julai lalu pula, Jakim telah menerima permohonan daripada sembilan hotel. Empat telah diluluskan manakala lima lagi dalam proses,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Mohamad berkata, kesedaran pengusaha hotel mengenai kepentingan sijil halal semakin meningkat kebelakangan ini.

“Pada 9 Ogos sahaja, Jakim menerima permohonan daripada 10 buah hotel dengan dua daripadanya telah selesai bagi proses dokumentasi manakala lapan lagi dalam proses semakan dokumen.

“Kempen 1Malaysia 1Halal pada 6 hingga 8 Ogos di Johor Bahru menerima kunjungan wakil dari 50 hotel yang menghadiri taklimat mengenai pensijilan halal.

“Hal ini menunjukkan kesedaran yang semakin meningkat di kalangan pengusaha hotel,” katanya.

Oleh THOMAS CHONG (pengarang@utusan.com.my)

03 Ogos 2010

Ada apa dengan Zakat Fitrah?

Assalamualaikum

Nampaknya kadar zakat fitrah di Kelantan dinaikkan dari RM6.90 ke RM7.00 pada tahun ini
~~~~~~~~~~~~~~~
Zakat fitrah di Kelantan ditetap RM7


Utusan Online:  03/08/2010 1:15pm

KOTA BHARU 3 Ogos - Kadar zakat fitrah di negeri ini ditetapkan RM7 tahun ini, meningkat 10 sen berbanding RM6.90 tahun lalu.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Datuk Kamaruddin Mohd. Zin berkata, penetapan kadar zakat fitrah itu mengambil kira harga semasa beras.

Beliau berkata, bagi tujuan itu Maik telah melantik seramai 571 amil terdiri daripada para imam, bilal dan pegawai agama di kem-kem tentera, polis serta pusat-pusat tahanan.

"Kita menjangkakan kutipan zakat fitrah pada tahun ini sebanyak RM7.5 juta berbanding RM7.3 juta pada tahun lalu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - Utusan

~~~~~~~~~~~~
Catatan aye:  Kadar zakat kat kawasan kita dah keluar ke?

BlackBerry jamin tidak ancam keselamatan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
hari ni nak berkongsi entry tentang berita terkini dari Utusan Online
~~~~~~~~~~~
03/08/2010 3:08am


WASHINGTON 3 Ogos - Syarikat pengeluar telefon bimbit pintar BlackBerry, Research In Motion (RIM) memberi jaminan bahawa, produknya itu tidak akan memberi sebarang ancaman kepada keselamatan mana-mana negara.

“RIM berjanji untuk terus mengamalkan integriti yang cemerlang dan BlackBerry tidak akan mengancam keselamatan sesiapa sahaja,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan awal pagi ini.

Kenyataan itu dibuat selepas beberapa negara Timur Tengah seperti Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi menyatakan hasrat untuk menyekat penggunaan telefon bimbit pintar itu di negara mereka atas alasan keselamatan. - AFP

sumber:  Utusan Online
~~~~~~~~~~~~
Catatan aye:
baru nak cuba berjinak-jinak dengan Blackberry, best ker..