Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Top Blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Top Blogger. Papar semua catatan

03 Februari 2012

Siapa penulis blog yang popular

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Siapa penulis blog yang popular?  Jawapannya pasti kurang jelas kerana pada diri kita (blogger) kita adalah penulis yang popular.  Kalau tidak popular di kalangan peminat atau pengunjung, kita popular di hati kita.  Kerana kita menulis kerana niat dari hari kita sendiri.

Kita adalah apa yang kita tulis.  Popular dengan apa yang kita tulis dengan semangat kental yang ada pada diri kita.

Jadilah penulis blog yang popular dengan idea sendiri dan bukan dengan idea orang lain.  Dan yang lebih baik lagi tulislah yang baik-baik dan mendatangkan faedah kepada masyarakat bukan sekadar gossip panas atau cerita-cerita karut yang langsung tidak bermanfaat.

Oppsss! Tersilap pula, ada kata-kata ahli hikmah jika kita banyak bercakap akan banyak dosa, so... jika kita banyak menulis pula bagaimana?... sebenarnya apa yang kita cakap atau apa yang kita tulis menggambarkan siapa diri kita...

Sekian.

*.*

01 Februari 2012

Prestasi blog bulan Januari 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Keseronokan berblogging

Berblogging mampu menjadi aktiviti yang menyeronokkan.  Terutama bila ketika penulisnya mempunyai idea yang banyak dan bernas untuk dipaparkan.  Paling menyeronokkan bila catatan yang dihasilkan dari titik peluh perahan idea sendiri mendapat sambutan. 

Prestasi blog yang baik untuk sesuatu tempoh tertentu mampu memberi impak yang besar ke atas penulisnya bagi menghasilkan catatan atau penulisan yang lebih baik dan bermutu.  Tidak dinafikan juga ada tempoh masa tertentu idea menjadi buntu dan hilang arah tuju lalu menjadikan paparan idea itu seperti bisu dan buta.


Catatan terbaik

Sepanjang bulan Januari 2012, sebanyak 59 catatan yang telah terhasil.  Antara catatan yang paling mendapat sambutan adalah Baucer Buku 1Malaysia dan Majalah Nur Januari 2012 Dilema Bajet.  Boleh dikatakan catatan ini adalah yang antara yang terbaik untuk bulan Januari 2012.  Berkaitan Baucer Buku 1Malaysia amatlah menyedihkan apabila terdapat sebilangan pelajar yang telah menyalahgunakan kemudahan dan pemberian berjumlah RM200.00 dengan menjualnya atau menggunakan untuk membeli barang selain dari buku atau alatulis.


Analisa paparan

Mengikut analisa dari Nuffnang, terdapat 3953 paparan telah dihasilkan manakala pengunjung yang unik hanyalah 2278.  Daripada analisa berkenaan peratus pengunjung mengikut negara adalah MALAYSIA 85.76%, UNITED STATES 12.07%, INDONESIA 1.38%, BRUNEI DARUSSALAM 0.22%, Unknown 0.13%, AUSTRALIA 0.09%, VIRGIN ISLANDS, BRITISH 0.09%, GERMANY 0.09%, UNITED KINGDOM 0.09% dan JAPAN 0.09%.  Boleh tahan jugalah cuma agak musykil juga mengenai kehadiran dari negara yang tidak dapat dikesan, dari manalah agaknya.

Pautan tertinggi dari blog mengikut turutan adalah:

Banyak lagi sebenarnya blog popular lain yang turut menyumbang link, antaranya denaihati.com dan ariffshah.com.  Ramai lagi blogger yang turut menyumbang link ke blog Yangbaik dan diucapkan terima kasih kepada anda semua.  Anda memang terbaik.

Sekian.


*.*

15 Oktober 2011

Blogger yang bagus

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Blogger yang bagus tidak semestinya sentiasa mengupdate blognya.  Bukan pula bermakna blogger yang sentiasa mengupdate blog itu blogger yang tidak bagus.  Cuma untuk memberi kepuasan hati kepada blogger yang blognya memang cukup bagus, banyak info tetapi kurang pengunjung kerana tidak popular. 

Kepopularan sesuatu blog juga tidak semestinya bergantung kepada entry yang banyak. 

Untuk menjadi blogger yang bagus setiap entry yang dihasilkan seharusnya mempunyai maklumat dan dapat memberi manfaat kepada pengunjungnya, biarpun jarang-jarang sekali kemaskini blog.

>,<
'

31 Ogos 2011

Kerana sibuk berhari raya dan sambut Hari Malaysia Merdeka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


Hari ini adalah 31 Ogos 2011 dan hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-54.  Hari ini juga masih lagi panas dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri hari ke-2.

Oleh kerana sibuk dengan pelbagai aktiviti berkaitan dengan sambutan hari raya maka secara tidak langsung aktiviti di blog juga turut terjejas.  Simpati?  Memang kasihan.



Sungguh agak memeranjatkan dan tidak disangka-sangka apa yang diduga itu rupanya benar-benar terjadi.  Blog picisan ini yang perasan konon-kononnya top blogger Malaysia 2011, akan mendapat kunjungan ramai sebenarnya tidak menjadi.  Bagaimana nak dapat kunjungan yang ramai kalau tidak diupdate dengan cerita yang terbaik tentang suasana hari raya atau juga suasana sambutan merdeka seperti kibarkan jalur gemilang. 

Kerana itulah blog yang perasan nak jadi top blogger Malaysia 2011 seharusnya dengan rajin dan gigih mengemaskini blog bukan sahaja dengan cerita-cerita kosong tetapi harus diisi dengan berita dan cerita yang mendatangkan faedah kepada pengunjung.



Namun begitu kata kunci yang paling menarik adalah berkaitan 'gambar back ground rumah kosaong'.... tukar kepada 'rumah kosong'.  Apa yang dicari dengan rumah kosong itu? Hanya pencarinya sahaja yang memahami apa yang dicari.  Carian itu mencecah sehingga ke angka 4.  Ini bermakna seramai 4 orang telah mencari 'rumah kosong'.

Walau apapun kata kunci yang tidak pernah dilupakan dan tidak perlu diperkenalkan lagi adalah berkaitan 'nelydia senrose' dan 'jari/jejari runcing'.  Kata kunci ini sememangnya tidak pernah terlepas walaupun untuk satu hari.  Pasti ada peminat anak gadis Pak Nik (Nik Zaris Nelydia Senrose) dan penyokong Alia (ex-fiancee pemain bola sepak negara) yang terkenal dengan blognya jejari runcing. 

Paling tidak dilupakan juga adalah berkaitan dengan 'ubat gigi yang menjadi punca perceraian'.  Pesanan aye kepada diri sendiri dan kepada semua yang berkaitan dengannya... jangan kerana perkara yang kecil dan remeh temeh itu diperbesarkan dan dijadikan isu atau punca untuk berpecah.  Masih ada jalan penyelesaian dan orang yang hebat adalah orang yang mampu berhadapan dengan pelbagai cubaan (pesanan ini untuk diri sendiri juga ... yes!)


Sekali lagi, setelah diteliti, page view untuk hari ini (31 Ogos 2011) amatlah sedikit tidak sampai 50 orang.  Bagaimana ini harus terjadi?  Atau bagaimana untuk mengatasi kejadian ini daripada berulang.  Walaupun tidak lama dahulu kejadian ini sering terjadi namun atas beberapa usaha gigih dan dengan semangat yang kental maka peningkatan pengunjung dapat dilihat dengan jelas dan ketara.

Walau apapun yang terjadi, sebagai bakal top blogger Malaysia 2011 (ehehehe... ) harus tidak menjadikan ini semua sebagai halangan untuk memajukan diri dalam dunia blog.

Sekian adanya. 

*-*
 .

23 Ogos 2011

9 Pengaruh Penulisan Top Blogger

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Pengaruh adalah kata nama yang bersinonim dengan kuasa, daya, keupayaan, kemampuan, kesanggupan, kudrat, tenaga, hak, wibawa, mandat, daulat, kekuatan, graviti dan tekanan.  Sebagai seorang blogger banyak perkara atau kejadian yang memberi kuasa dan kemampuan kepadanya untuk menulis.  Kerana dengan adanya kesanggupan dan kudrat untuk menulis selain dari kekuatan untuk menepis tekanan hati dan perasaan yang kadang-kadang malas dan hilang idea untuk menulis, blogger itu berkepuyaaan menulis dengan ideanya sendiri.  Tidak perlu mencedok idea dan gaya tip blogger yang lain.

19 Ogos 2011

Trafik Organik Top Blog

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




Trafik Organik Top Blog.  Tajuk yang agak berat juga untuk dihuraikan dengan pengetahuan yang tak seberapa dalam dunia blog terutamanya dalam mencari trafik organik. Top Blogger di Malaysia 2011 dah masuk dalam senarai mesti baca.  Dah baca? 

Sungguh aye yakin tak ramai yang dapat menjangkakan apa yang aye tulis ni... sementelahan lagi aye bukanlah top blogger pun, sekadar blogger picisan yang menumpang glamor top blogger seperti denaihati.com ataupun yang glamor dan laris sekarang ni benashaari.com.  Kenapa tak letak link kat nama blog tu... saja kalau ada orang tanya baru nak jawab kenapa, kalau tak tanya tak payahlah nak jawab soalan sendiri... :-)

Belum pun faham lagi tentang istilah top blogger yang mengejar trafik organik dan tujuan trafik organik dah nak buat catatan tentang trafik organik.  Bukan nak mengada-ngada tapi sebab kecewa dan masih terasa dalam 'ulu jantung' ini mengenai suatu perbualan petang semalam.  Memang tiada kaitan dengan trafik organik atau top blogger di Malaysia tetapi nak larikan diri dari buat kisah-kisah personal yang syok sendiri. 

Dalam perhatian bukan bermakna KIV (Keep in view) tetapi lebih tepat dalam pengamatan aye yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia trafik blog nih, apa yang diperhatikan yang sering mendapat perhatian dalam sesuatu pencarian adalah bukannya kisah-kisah peribadi tetapi lebih kepada penerangan atau penjelasan tentang sesuatu perkara atau isu semasa. 

Terpulang kepada kita bagaimana nak mengolah isu itu sehingga mencapai satu tahap di mana blog kita akan terletak dalam senarai utama untuk Google analytics atau google search engines. 

Agak berat juga untuk diperkatakan di sini, kerana sedang merangkak dan kadang-kadang bangun bertatih.  Bagi mendapatkan ilmu tentang dunia blog atau trafik blog aye lebih suka merujuk ke blog denaihati.  Sebabnya di situ banyak ilmu-ilmu baru mengenai dunia blog.  Termasuk Google analytics, search engines, top blog dan pelbagai lagi ilmu bagaimana untuk menjadi top blogger Malaysia atau dunia.