Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Sweet Muslimah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sweet Muslimah. Papar semua catatan

15 Januari 2015

Siapa kita semalam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Siapa kita semalam


Siapa kita semalam mentukan siapa kita hari ini.  Jadikan hari ini penentu siapa kita esok.

Semoga hari menjadikan kita insan yang diberkati dan berjaya untuk masa depan kita.  Lakukan yang terbaik untuk hari ini.  Ikhlaskan diri dengan setiap pekerjaan dan tugasan.  Semoga hari esok hidup kita penuh dengan kebahagiaan.

Kita berjaya atas usaha kita sendiri tanpa menjatuhkan orang lain. Kita juga tidak perlu menyusahkan orang lain untuk berjaya. Kita juga tidak perlu pentingkan diri sendiri.  Berusaha sehabis baik, pastinya kejayaan dan kebahagian itu milik kita.

Apa yang penting kita berjaya atas usaha kita sendiri dan saling bekerjasama dengan semua orang untuk kejayaan organisasi serta kebaikan semua.

Kita perlu berusaha tanpa mengharapkan orang lain. Setiap dari kita ada tugas dan tanggungjawab kepada diri sendiri.

Semoga kita berjaya dunia dan akhirat. Inshaa Allah, berkat usaha sendiri.

Siapa kita semalam mentukan siapa kita hari ini.  Jadikan hari ini penentu siapa kita esok.

~(@^_^@)~
posted from Bloggeroid

21 Disember 2014

Kegagalan bukan kesalahan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Antara kegagalan dan kesalahan



Kita sering tertipu antara maksud gagal dan kalah. Saya sendiri sebenarnya masih tercari-cari makna kekalahan dan kegagalan.

Bagi saya maksud bagi kegagalan sama seperti yang dinyatakan dalam gambar diatas, ia bukanlah satu kesalahan. Kerana kita telah mencuba dan berusaha untuk perolehinya. Namun itu semua ketentuan dariNya.

Adalah tidak adil untuk kita melemparkan kemarahan atas sesuatu kegagalan.

Reda dan pasrah bukan mengaku kalah tetapi memberi ruang untuk kita perbaiki tindakan kita.

Kegagalan bukan kesalahan.
posted from Bloggeroid

04 Disember 2014

Hikmah pertemuan dan perpisahan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hikmah pertemuan dan perpisahan


Banyak hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap pertemuan dan perpisahan.  Memang kita tidak sedar kerana kita tidak mengetahui dan tidak mahu ambil tahu.  Lumrah kehidupan, sering kali kita menyalahkan diri sendiri atau takdir atas apa yang berlaku.




Bila Allah takdirkan pertemuan, mesti ada hikmah yang Allah aturkan.
Bila Allah takdirkan perpisahan, mesti ada kebaikan yang Allah berikan.
Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Insha Allah.
Semoga setiap pertemuan dan perpisahan diiringi kebahagiaan dan ketakwaan.

14 November 2014

Tanda kasih

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Tanda kamu mengasihi seseorang adalah apabila kamu berdoa untuk mereka lebih dari kamu berdoa untuk diri sendiri.

#sweetmuslimah


13 November 2014

Baik tutur kata

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Tanda seorang hamba makin dekat dengan Allah adalah semakin baik tutur katanya.

#sweetmuslimah

10 November 2014

Kita mampu bersyukur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



 Kita mampu bersyukur




Jika kita mampu bersyukur 
dengan apa yang kita ada, 
kita tidak akan risau 
dengan apa kita tidak miliki.

Begitukah keadaan kita sekarang?

Semoga kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita dapat.

( *____* )