Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Surah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Surah. Papar semua catatan

25 Ogos 2015

10 Surah Penghalang Ujian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


10 Surah Penghalang Ujian


Hidup kita tidak lari dari ujian.  Mahu atau tidak ujian itu tetap datang dalam bentuk dan rupa yang berbeza.  Ujian yang datang itu didatangkan oleh Allah mengikut kemampuan hambaNya.  Kita selaku hambar perlu bersabar dan menerima setiap ujian dengan rela hati tanpa bersungut.  Memang benar kita selaku manusia biasa yang lemah sering kali leka dan alpa namun itu bukanlah alasan untuk kita berusaha mengatasi setiap halangan dan ujian yang menimpa.




Berikut adalah sebahagian daripada usaha yang boleh kita lakukan.  Bacalah surah-surah berikut, selain daripada dapat menghalang ujian kita juga beroleh pahala yang besar kerana membaca Al-Quran.

  1. Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
  2. Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
  3. Surah Ad-Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
  4. Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
  5. Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
  6. Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
  7. Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
  8. Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
  9. Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
  10. Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
sumber

Semoga kita dapat jadikan amalan seharian.



12 Julai 2013

Tafsir Surah Al-Waqiah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Al-Waqi'a
بسم الله الرحمن الرحيم

Apabila berlaku hari kiamat itu, (1) 
Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. (2) 
Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat). (3) 
(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan. (4) 
Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya, (5) 
Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran, (6) 
Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya); (7) 
Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu? (8)
Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu? (9) 
Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak); (10)
Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah), (11) 
(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat. (12) 
(Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu; (13) 
Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.(14) 
(Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata; (15) 
Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan. (16) 
Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, - (17) 
Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.(18) 
Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya. (19) 
Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih, (20) 
Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini. (21) 
Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya, (22) 
Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. (23)
(Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan. (24) 
Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; - (25)
Mereka hanya mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain). (26) 
Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu? (27)
Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. (28) 
Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya, (29) 
Dan naungan yang tetap terbentang, (30) 
Dan air yang sentiasa mengalir, (31)
Serta buah-buahan yang banyak, (32) 
Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya, (33) 
Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya. (34)
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, (35) 
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (36) 
Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.(37) 
(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan; (38)
Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,(39) 
Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian. (40) 
Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu? (41) 
Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak (42) 
Serta naungan dari asap hitam, (43) 
Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan. (44) 
Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan). (45) 
Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar, (46) 
Dan juga mereka selalu berkata: "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula? (47) 
"Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? " (48) 
Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian, (49) 
"Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan - pada hari kiamat yang termaklum. (50) 
"Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat), (51)
Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum, (52) 
"Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu, (53)
"Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak, (54) 
"Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas". (55) 
Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu. (56)
Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat). (57) 
(Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)? (58) 
Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya? (59) 
Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan; (60) 
(Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya. (61) 
Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak). (62) 
Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam? (63) 
Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya? (64) 
Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal, (65)
(Sambil berkata): "Sesungguhnya kami menanggung kerugian. (66) 
"Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) " (67) 
Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum? (68) 
Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya? (69) 
Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur. (70) 
Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)? (71)
Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya? (72) 
Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir. (73) 
Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu). (74) 
Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran, - (75) 
Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, - (76) 
Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan), (77) 
Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara, (78) 
Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;(79) 
Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam. (80) 
Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini? (81) 
Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?(82) 
Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, - (83) 
Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, - (84) 
Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat, (85) 
Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), - (86) 
Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ? (87) 
Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang " Muqarrabiin ", (88) 
Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan. (89) 
Dan jika ia dari puak kanan, (90) 
Maka (akan dikatakan kepadanya):" Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan".(91) 
Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat, (92) 
Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak, (93) 
Serta bakaran api neraka. (94)
Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini. (95) 
Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar. (96)


sumber:  Tanzil.com

19 Ogos 2012

Doa

As salam



Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran

(QS. Al Baqarah: 186)

16 Januari 2012

Keliru dengan status

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Keliru dengan status diri sendiri atau dengan status blog.  Kekeliruan ini membuatkan kita sukar membuat pilihan dan paling menyakitkan apabilla kita tidak dapat menjelaskan dengan tepat apa status sebenar.

Namun begitu, sentiasa bersyukur dengan kemudahan yang ada disamping terus berusaha meningkatkan kemahiran dan keupayaan diri dalam membuat keputusan dan memberi penjelasan.

Ada nama besar yang memainkan peranan penting dalam membuat keputusan dan nama besar itu hanya ada dalam diri ...


 

Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni'mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni'mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.  (QS Ibrahim :7)


><

14 Januari 2012

Selalu berdoa | Mintalah yang baik-baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




berdoa juga baik untuk mengubat hati..


"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasannya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran"  (QS. Al Baqarah: 186)


.

16 November 2011

Berdoalah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Berdoalah untuk perkara yang baik-baik, walaupun kita orang yang teraniaya, cubalah untuk berdoa.


"Berdoalah kepadaku, niscaya Aku akan mengabulkan doamu."  ((Ghafir/al-Mukmin: 60))


...

20 Ogos 2011

Mencari kebenaran

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Setelah dua tiga kucing berlari.  ops catatan yang agak tersasar dari landasan.  Kini berusaha mencari jalan untuk menjadi Top Blogger pula dengan trafik yang entah apa-apa.  Tak taulah mana google analytics atau google search engines nak tempek blog nih..... eh! ha! baru teringat ada carian bertajuk tempe perawan... hehehe tak tau lah mana datang tempe dan si perawan tu... oh tidak...



15 Oktober 2010

Naskah cinta... rindu buat Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pelik sikit tajuk entri kali ini.  Mana tak peliknya sekarang nih bloggers dok sibuk cerita pasal Proton Inspira, kalau tak pun pasal pewangi Hugo Boss yang dimenangi dari contest revamp blog Redmummy.com, tahniah kepada Ariffshah kerana berjaya merebut hati redmummy.com... dan latest pasal bajet 2011. Agak-agaknya apa lah Dato' Najib nak bagi kejutan kat semua rakyat Malaysia yer?  bab pengenalan nih lari tajuk sekejap...

Berbalik kepada tajuk 'Naskah Cinta' adalah judul buku atau koleksi buku sumbangan CITU UiTM Shah Alam kepada peserta Program Ihya' Ramadhan 1431H (2010).  Di dalamnya mengandungi Surah Yaasin & Tahlil dan Al Ma'thurat.  Lambat sangat buat cerita ni kerana 'Naskah Cinta' (berserta sijil penyertaan) ini baru sahaja diterima memandangkan semasa penyampaian cenderahati berkenaan di UiTM Shah Alam aye tak dapat pergi sementelahan cuti panjang seminggu sebelum raya dan seminggu selepas raya (bibik ku lari, tak balik sini dah.... huhhuhu... carik bibik lain plak... sighhhh). Dah balik lepas raya, baru minggu lepas (semasa jamuan Hari Raya) baru teringat.

Antara petikan yang terdapat pada kulit naskah berkenaan amat cantik untuk dihayati bersama.  So layan lah yer... gambarnye nanti aye upload, tak sempat lah...

Petikan 1:
Nabi Muhammad saw berdoa:  Wahai Tuhanku, aku pohon daripadaMu kasihMu, dan kasih mereka yang kasihkanMu, dan aku pohon amalan yang boleh menyampaikanku kepada kasihMu.  Wahai TuhanKu, jadikan kasihMu lebih dicintaiku daripadaku, daripada keluargaku dan daripada air yang dingin.  (Riwayat Al-Tirmizi)

Petikan 2:
Tiadakah mereka berjalan di muka bumi, supaya mereka mempunyai akal (untuk) memikirkan atau telinga untuk mendengar.  Sesungguhnya bukanlah matanya yang buta, tetapi buta hati yang ada didadanya. (Al-Haj: 46)

Sekian untuk kali ini.
*p/s:  gambar tak sempat nak post...

02 Ogos 2010

Ada apa dengan kesakitan, kesukaran, kesulitan dan segala yang berkaitan dengannya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
hari ni dah 21 Syaaban 1431... tinggal lagi 8 hari menjelang Ramadhan... Insya Allah dipanjangkan umur berjumpalah ....

Berbalik kepada tajuk entri...
kesakitan, kesukaran, kesulitan dan yang berkaitan dengannya...
semua itu adalah ujian dari Allah
sebagai hambaNya hendaklah kita sentiasa redha dengan setiap ketentuanNya namun dalam masa yang sama tidaklah sekali-kali berputus asa...

maaflah aye taklah pandai sangat nak bercakap tentang kekuatan iman dan agama...
kerana sebagai insan biasa kekadang kita terleka dan mengeluh juga bila berhadapan dengan setiap kesulitan.... namun kesedaran itu segera hadir lantas beristighfar...

sebagai ingatan untuk diri sendiri... ingin aye kongsikan bersama maksud Surah Ash-Sharh, seperti berikut:

Bismillahhi Rahmanir Rahim
Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?, (1) dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu, (2) yang memberatkan punggungmu? (3) Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu, (4) Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, (5) sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. (6) Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, (7) dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap. (8)

Wallahhu a'lam... Semoga mendapat manfaat

04 Mac 2010

Perlindungan apa lagi yang diperlukan? Security or guard

Salam sejahtera. 

Dalam setiap kehidupan sudah pasti sesiapa saja mahukan keselamatan dalam hidupnya.  Macam-macam cara dan kaedah untuk mendapatkan keselamatan.  Aye tak berhasrat nak ulas panjang mengenai kaedah untuk menjaga keselamatan diri kerana itu hak masing-masing dan tak perlu dipertikai.

Di sini Aye ingin kongsikan satu lagi kaedah untuk keselamatan diri.  Percayalah ianya percuma... tak percaya... lihat dan baca seterusnya.

Lindungi Diri dan Keluarga Tanpa Sebarang Kos, Tanpa Pengawal Keselamatan dengan membaca surah-surah berikut:

1.  Surah Faatiha untuk melindungi anda dari kemarahan Allah
2.  Surah Yaseen untuk melindungi anda dari kedahagaan pada hari penghitungan di padang mahsyar
3.  Suratul Waaqi’ah untuk melindungi anda dari kemiskinan dan kelaparan
4.  Surah Mulk untuk melindungi anda dari hukuman/seksaan di alam kubur
5.  Surah Kauthar untuk melindungi anda dari permusuhan dan kebencian manusia
6.  Surah Kaafiroon untuk melindungi anda kekufuran di saat menemui kematian
7.  Surah Ikhlaas untuk melindungi anda dari kepura-puraan manusia
8.  Surah Falaq untuk melindui anda bencana atau malapetaka
9.  Surah Naas untuk melindungi anda dari niat jahat manusia dan jin
~~~~
Catatan Aye:  Perkongsian pengetahuan yang ada juga untuk ingatan buat diri yang selalu alpa.