Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Segmen YangBaik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Segmen YangBaik. Papar semua catatan

26 Ogos 2016

Segmen: Blogwalking By YangBaik TAMAT

Segmen:  Blogwalking By YangBaik TAMAT



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Segmen:  Blogwalking By YangBaik TAMAT pada 25 Ogos 2016 jam 12.00 malam.  Segmen ini telah berlangsung selama 5 hari bermula 20 Ogos 2016.  Terima kasih tidak terhingga kepada rakan blogger yang telah turut sama memeriahkan segmen ini, walaupun dengan bilangan penyertaan yang sedikit.  Seandainya tiada penyertaan pastinya segmen ini tiada seri dan tidak berjaya.  Namun dengan bilangan penyertaan yang sedikit tetap membawa bawa makna kepada segmen ini.  Yang penting adalah komitmen rakan-rakan semua amatlah dihargai dalam menjayakan segmen ini.


Segmen:  Blogwalking By YangBaik TAMAT
Segmen:  Blogwalking By YangBaik TAMAT


Banyak pengalaman menarik yang dikongsikan oleh rakan blogger yang menyertai segmen ini. Sesungguhnya keperihatinan anda semua amat bermakna.

Berikut adalah senarai peserta Segmen:  Blogwalking By YangBaik.  Terima kasih kepada semua peserta atas penyertaan korang :D

  1. http://hadiahbintangjatuh.blogspot.my/2016/08/segmen-blogwalking-by-yangbaik.html
  2. http://kampung-kameq.blogspot.my/2016/08/segmen-blogwalking-by-yangbaik.html
  3. http://masturanasarudin.blogspot.my/2016/08/segmen-blogwalking-by-yangbaik.html
  4. http://www.kuihsemperit.my/segmen-blogwalking-yangbaik/
  5. http://at-tarmizi.blogspot.my/2016/08/segmen-blogwalking-by-yangbaik.html
  6. https://belogs.blogspot.my/2016/08/segmen-blogwalking-by-yangbaik.html
  7. http://jackarcherpunyabelog.blogspot.my/2016/08/segmen-blogwalking-by-yangbaik.html
  8. http://www.mariafirdz.com/2016/08/segmen-blogwalking-by-yangbaik.html

Korang ambil masa untuk blogwalking dan bacalah apa harapan mereka dalam dunia blogging dan pandangan mereka untuk kemerdekaan negara kita, Malaysia.  Tanah airku yang tercinta.

Seperti yang dijanjikan pada segmen berkenaan.  Hadiah kepada 5 peserta masih dalam peringkat perolehan.  YangBaik terfikir juga untuk memberikan hadiah kepada semua peserta.  Nantikan dalam peringkat pemilihan seterusnya.


Terima kasih sudi baca entri ini Segmen:  Blogwalking By YangBaik TAMAT.

20 Ogos 2016

Segmen: Blogwalking By YangBaik

Segmen:  Blogwalking By YangBaik


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Segmen:  Blogwalking By YangBaik merupakan sambungan daripada segmen pertama yang pernah dianjurkan di blog YangBaik.  Nak tahu segmen pertama... silalah cari dengan gigihnya.

Ok.. Jom mulakan segmen blogwalking di blog YangBaik. YB nak kongsikan tips bagaimana korang boleh mendapat ramai kenalan rakan blogger.  Apa yang korang perlu buat adalah blogwalking ke setiap blog yang join segmen ini.  Itulah antara cara untuk dapatkan pembaca baru untuk blog kita. Korang pernah baca kan ayat-ayat cinta ni?  Tapi korang tak buat, sama macam YB pun :P.  

Tidak mahu menulis lebih banyak kerana YB tahu korang mesti tak sabar kan nak tengok apa YB telah sediakan untuk segmen ini.

Segmen:  Blogwalking By YangBaik

Segmen:  Blogwalking By YangBaik


Syarat Penyertaan Segmen


Apa yang perlu dilakukan adalah dengan mengikut syarat-syarat yang dinyatakan di bawah.  Kalau tak ikut jangan marah tau bila tidak dimasukkan dalam senarai.  



1.  Letakkan banner di atas di entri penyertaan.  Tujuannya supaya semua orang kenal ini adalah segmen blogwalking dari blog YangBaik. mudahkan untuk diingat ... ke macam mana.  Terpulang, janji syarat pertama mesti letak banner di atas.


2. Tajuk entri Segmen:  Blogwalking By YangBaik dan linkkan ke entri ini.


3.  Di dalam entri berkenaan terangkan secara ringkas mengapa anda join segmen ini dan apakah kebaikan blogwalking mengikut pandangan peribadi korang.  Kalau korang ambil idea orang lain bagilah kredit sikit...panjang karangan sekurang-kurangnya 100 patah perkataan.

4.  Ceritakan juga serba sedikit mengenai harapan anda sebagai seorang blogger mengenai sejarah kemerdekaan Malaysia.  

5.  Lima peserta bertuah akan mendapat limited edition vanilla coffee scrub by Segobugo. :) [Support kawan-kawan wehhh]

Itu saja!  Senang kan?  

Tarikh tutup ? 25 Ogos 2016.  jam 6 petang !  Bagi tempoh lama sikit sebab segmen yang pertama dulu katanya cepatnya sangat tak sempat nak buat entri bagai..

Lebih dari masa yang diberikan ini YB tak dapat nak up link tu yer.. Sebabnya masa tu.. YB nak buat segmen lain pula....hehehe ..

Seperti biasa juga, YB mengharapkan segmen ini mendapat sambutan dan idea kepada rakan blogger untuk menulis entri yang lebih baik berkaitan isu semasa.
Terima kasih kerana join Segmen :  Blogwalking By YangBaik.



15 Ogos 2016

Segmen 1 Kurang Sambutan

Segmen 1 Kurang Sambutan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Segmen 1 Kurang Sambutan, antara sebab utama adalah kerana ianya diadakan pada hari minggu. Ketika ramai rakan blogger sedang bercuti dan berehat bersama keluarga.  Daripada pemerhatian YB tempoh yang singkat juga antara sebab mengapa segmen 1 ini kurang mendapat sambutan.  Korang rasa macam mana?

Eh eh... pagi-pagi lagi dah membebel nie, agak-agak korang tau tak akak ada anjurkan segmen pada hari Sabtu - Ahad lepas?  Tak tahu ?  Kesihan kat akak nie...




Okeylah untuk tidak menghampakan.  Berikut adalah senarai blog yang telah menyertai segmen pertama di blog YangBaik.


The one and only blogger yang support segmen pertama YangBaik.  Ada seorang lagi tidak menyertai tetapi sekadar mendoakan kejayaan untuk segmen ini.  Terima kasih kepada saudara Ahmad Hasif.

Akak sebenarnya dengan sengaja memilih hari dan masa yang singkat bagi menguji sejauh mana blog ini dikunjungi dalam masa yang singkat.  Akak faham, ada yang singgah dan sekadar menjengok saja entri segmen tu... nak buat entri mungkin tidak sempat kerana masa yang suntuk atau kerana syaratnya ketat sangat.

Tidak mengapalah ... itu baru perjumpaan segmen pertama.  Nantikan kemunculan segmen baru dari masa ke semasa.  Akak tidak pula menjanjikan hadiah dan sebagainya tetapi sekadar melihat sejauh mana blog akak boleh pergi dengan segmen yang dianjurkan.


Terima kasih sudi singgah baca entri ini Segmen 1 Kurang Sambutan.