Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Sarapan Pagi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sarapan Pagi. Papar semua catatan

28 September 2021

Nasi Lemak Kari Daging Kuah Rendang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Nasi Lemak Kari Daging Kuah Rendang


Alhamdulillah diberi kesempatan untuk bernafas lagi pada hari ini.

Seperti biasa dan selalunya, bila hari bekerja jarang masak pagi kat rumah.  Kalau masak pun air panas jer untuk buatkan air milo atau teh untuk sarapan anak-anak.  Kadang-kadang sempat juga goreng nasi atau bakar roti itu pun untuk anak-anak di rumah.  Mak nak kerja ... beli jer sarapan di gerai tepi jalan.  

Hari ni, hasrat hati nak beli pulut rendah di kedai depan ayam ori, tapi tak dapatlah orang ramai dok menunggu.  Cari di gerai lain... lambat sikit sampai.  Suami yang turun beli, akak memang malas nak turun kereta.. tunggu order sampai jer hehehe


Nasi lemak kari daging

Nasi lemak hari ni pelik sikit.  Selalunya letak rendang daging atau rendang ayam.  Tapi isi rendang dah habis, jadinya jadilah kari daging kuah rendang.  Suami akak ni macam faham jer kan.  Akak kurang sikit kalau nasi bungkus letak kuah.  Kari daging tu ambil daging saja dan tambah kuah rendang yang masih berbaki.  Untuk tengahari, makan bihun goreng.  Juga dari gerai yang sama.  Lawan pula dengan vico panas.  

Alhamdulillah.  Selesai sarapan dan makan tengahari.  Rezeki yang berbeza namun tetap ada.





20 Mac 2014

Roti dan sekaya menu sarapan pagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Roti dan sekaya memang tidak boleh dipisahkan.  Umpama lagu dan irama, enak bersatu dalam aroma, enak dimulut kenyang di perut.


Roti dan sekaya pilihan

Roti dan sekaya merupakan makanan kesukaan anak-anak.  Mereka tidak akan makan yang lain selain dari roti dan sekaya setiap pagi.  Sekiranya hidangan selain dari roti dan sekaya... kurang sangat dijamah.  Anak-anak kan...

Pernah satu hari, ayahnya menukar menu dari roti sekaya kepada roti telur.  Sikit sangat mereka jamah.  Hanya cubit dihujung saja.

Nak kata terkilan, tak perlulah ... anak-anak masa sekarang memang begitu agaknya selera mereka.  Cuma mungkin sedikit menyukarkan kerana perlu mengikut selera mereka sahaja.  Walau apapun semoga umi dan ayah mampu mengikut rentak mereka.  Atau kelak mereka akan mampu mengikut rentak umi dan ayah pula.

Roti dan sekaya memang sedap terutama bila dibakar bersama mentega... harumannya memang membuka selera.  Agaknya itulah yang menyebabkan anak-anak terpikat.

Di mana dan bagaimana nak susun ayat ni... perenggan dah berterabur.  Tulisan pun dah tunggang langgang.  Nak kata banyak sangat mengarang tak juga.

Cukuplah dulu cerita caca marba pagi ini.


#pray4mh370


suka duka pentas dunia


$$$ 


06 Mac 2014

Kentang berkeju di pagi Khamis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Dengan gigihnya pagi-pagi lagi mengupas kentang untuk digoreng dan dijadikan Sarapan Pagi yang sungguh berlemak dan berkrim.  Anak-anak suka mak bapa pun suka.

Nak cerita mengenai cheese yang melimpah tu... nanti-nanti la yer.

Tak sempat nak mengarang panjang lebar, pagi ni ada Taklimat Integriti untuk staf pentadbiran.

Sekian adanya.

28 November 2013

Durian untuk sarapan pagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Seperti biasa agak lewat sikit.  Peristiwa pagi tadi baru nak cerita tengahari ini.  

Apa kesah... kan ini blog caca marba... :P

Petang semalam ayah (encik suami .. tak boleh panggil abang depan anak-anak nanti mereka pun ikut sama ehhh) bawa balik durian.  Katanya beli dari kawan kat pejabat 4 biji RM24.00.  Mahal ke tidak dah tak berapa nak faham sekarang ni sebab banyak sangat versi harga durian.

Durian ini bukanlah durian versi musang king atau D24 tetapi durian dari kampung.

ada rupa kucing tidur??

bila fokus dekat sikit... ada lah rupa sikit kan?


Si 'Gebus' ini lah yang pagi-pagi lagi celik mata nampak bauh durian kat luar... terus suruh umi buka durian... nak makan.  Tak payah susah-susah bagi alasan 'pagi-pagi tak boleh makan durian'  tak laku punya... memang tak makan pujuk.  Tunggulah nanti suruh ayah kopek.


Ayah memang sporting habis... sebab ayah sendiri pun memang nak makan kan???
Si 'gebus' ni bersemangat nak makan bukan kepalang lagi... dah buka... baru makan seulas pun tak habis dah tak nak... hai anak anak...

si kakak pun tumpang 'setangan' makan durian jugak.. boleh habis ker...kakak makan habis punya.

Bukan jer anak-anak, umi dan ayah pun tumpang sama makan durian pagi-pagi... buat sarapan.

Agak-agak petang ni sempat tak nak buat kuah durian... tak pun aiskrim durian.  Tunggu dan lihat sajalah bila umi balik kerja nanti tengok apa jadi?


suka duka pentas dunia


22 Ogos 2013

Sarapan Pagi dengan Popia Simpul Kasih

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia




Jom makan popia simpul.  Pagi ini alif dan Diena sarapan dengan Popia simpul dan popia mini hasil air tangan umi.  Masih panas lagi, baru digoreng semasa Alif mandi tadi.  

Alif dan Diena suka minum milo suam sebelum pergi sekolah.  Minum milo boleh memberi tenaga kepada Alif.  Selalunya Alif minum milo bersama roti bakar, tetapi hari ini buat pertama kali Alif bersarapan dengan popia mini.  Alif suka sangat, tambah ceria dan bersemangat nak ke sekolah.  

Malam tadi umi Alif simpul popia dan juga gulung popia mini.  Alif lebih suka makan popia mini.  Sebab rasanya sedap dan memang ikut citarasa Alif.  Kawan-kawan Alif pun suka makan popia mini.  Sedap!!!



Ini adalah rupa popia simpul umi Alif buat malam tadi.  Memang tak sabar nak tunggu makan.  Malam tadi Alif dah minta Umi goreng tetapi Umi tak mahu, katanya nak goreng pagi esok (pagi ini lah).  Dan lagi pula umi nak tunggu ayah balik biar ayah yang rasa dulu... Alif sayang ayah.



Gambar popia simpul lagi.  Tak banyak popia mini yang umi buat.  Umi kata lebih suka buat popia simpul sebab senang sangat.  Walaupun begitu umi buat juga popia mini untuk Alif.  Alif sayang umi juga.

Sekian dulu, untuk hari ini.  Oleh kerana umi bekerja hari ini, cerita sarapan pagi tadi umi hanya publishkan petang ... dah nak malam pun.

Terima kasih.  Jumpa lagi.

30 Jun 2013

Menu Sarapan Hari Ahad | Ketayap Emas Sambal Udang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Seperti biasa lagi setiap hari Ahad adalah hari untuk mereka resepi istimewa untuk sarapan sekeluarga.  Tidak seperti biasa minggu-minggu yang lepas di mana menu sarapan pagi adalah di luar rumah.  Hari ini, ala-ala ibu mithali pagi-pagi lepas solat subuh dah mereka cipta menu untuk keluarga.

Teringat dalam peti ais masih ada baki sambal udang pemberian Kak Intan dari Sungal Galah.  Sambal udang berkelapa bukan sambal tumis udang.  Sambal udang berkenaan adalah untuk dibuat pulut udang.  Nak buat apa dengan sambal tu.  Oleh kerana beras pulut dah habis maka ingat nak buat roti jala tapi macam tak sesuai je dengan sambal udang.  Nak buat lempeng tak kena juga.  Ingat punyat ingat, fikir punya fikir terus terlintas nak buat ketayap.  Tepung gandum  pun ada lagi.

Apa lagi mulalah operasi membuat ketayap emas.  Nama Ketayap Emas ni adalah bersempena dengan warnanya yang kekuningan.  Teringat juga nak buat hijau, tapi tak berapa kena juga sebab kalau kulit hijau kena inti manis, disebabkan intinya pedas maka adalah molek kulitnya dikuningkan baru sesuai... andaian sendiri lah tu... tak pernah baca kat mana-mana pun peraturannya mesti begitu.



Resepinya memang mudah sangat pakai campak-campak bahan dalam besen kecil dan pakai agak-agak jer.  Oleh kerana tidak mahu menghampakan pembaca maka aye catatkan di sini bahan dan kaedah membuat ketayap emas.

Bahan-bahan seperti tepung gandum dalam anggaran 1/2 kati, telur sebiji, satu sudu teh garam, serbuk kunyit, sedikit baking powder (tak taulah apa fungsinya, tapi menjadi juga) dan 1 jag air masak.  Campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati.  Panaskan kuali, sapu sedikit minyak masak agak-agak melekat pada kuali sudahlah.  Ambil kira-kira setengah senduk adunan tepung tadi tuang ke atas kuali dan leperkan.  Tak perlu kalih (terbalikkan).  Angkat letak atas pinggan leper yang besar, letakkan sambal udang dan gulung.

Ketayap emas ini sedap juga dimakan waktu petang bersama secara kopi 'Che Nah'.  Tidak sesuai dibuat berbuka puasa sebab pedas, nanti sakit perut pula.

Sekian adanya.  Selamat menjamu selera di hujung minggu.

17 Jun 2013

Sambutan Hari Bapa di Restoran Nasi Ayam Fuziah Seri Iskandar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Agak lama juga tidak ke restoran Nasi Ayam Fuziah (Bazar Bulat) di Bandar U, Seri Iskandar.  Semasa awal pembukaannya sering juga ke sana pekena nasi goreng ayam, sedap!!!  Bila dah berpindah berhampiran restoran resepi rahsia... agak lama juga tunggu momentum untuk singgah.

Hanya beberapa hari lepas teringin pula nak makan di sana, tambahan pula kini restoran berkenaan buka dari pagi dengan menu biasa seperti Nasi Lemak, Mee Rebus, Pasembor, Mee Goreng Mamak dan roti canai.  Nasi ayam mula beroperasi mulai jam 12.00 tengahari.  Jadilah dulu untuk sarapan pagi terutama di hujung minggu yang sentiasa menjanjikan periuk belanga dan senduk segala galanya disimpan bersih.

Bila ke Restoran Nasi Ayam Fuziah, tidak sah bawa satu keluarga.  Memang kena bawa.  Harus ada pesanan makan dan minum untuk semua orang.  Didahului dengan anak-anak dan diikuti dengan umi dan ayah.

Setelah pesanan dibuat, sementara menantikan makanan di bawa ke meja apa kata kita bergambar dulu. Cheese.


Selamat Hari Ayah.  Tiga hero dalam keluarga  -  Ayah, Alif dan Abid.

Giliran Dina pula nak bergambar.  Eh... kenapa senyum macam tu?  Apa-apa aje lah

Yang ini satu.  Dah elok-elok senyum tiba-tiba melarikan muka pula.  Tak mahu tangkap gambar katanya.

Dan, yang ini adalah penulis blog ini.  Gambar ini ditangkap oleh anak lelakinya bernama Alif.  Mengapa hitam putih pula.  Biarlah lain sikit.... kan?

Dah selesai berposing, air minuman pun sampai.  Jom minum dulu.

Eh... tiada pula gambar minuman.  Kenapa tak tangkap?  Tak sempat sampai jer, memasing lepas baca Bismillah terus minum.  Tak sempat umi nak tangkap gambar.  

Tak apalah nanti kita kongsi gambar makanan pula, itupun yang sempat ditangkap.

Mee Rebus untuk umi berkongsi dengan Inas.  Gambar ni blurr skit berebut hp dengan Alif.

Pasembor untuk ayah.

Makanan lain ... roti canai dan mee goreng tak sempat nak tangkap gambarnya umi nak makan dan berebut pula dengan ayah nak jaga Abid.

Lepas ni nak datang tengahari atau petang sikit nak makan nasi goreng ayam... adakah rasanya masih sama.

Restoran Nasi Ayam Fuziah tetap di hati
Nasi ayam terbaik sedap tak terperi
Kekalkan kualiti dan kuantiti


Pelanggan datang pasti puas hati
.

25 November 2012

Sarapan terbaik !

As salam,



Sarapan terbaik sangat ke ni? 
Itulah yang diungkapkan oleh anak-nakak.
Macam mana boleh makan pizza di pagi hari ni?
Al kisahnya hari ini Ahad, ayah kerja.. pagi lagi dah keluar. 
Nasi goreng ada tapi sikit tak cukup pulak. 
Jadi apa lagi, ummi selongkar peti ais terjumpa ayam cincang, keju  sos dan roti pizza.  Buat ringkas sangat tanpa cili benggala, bawang, cendawan atau nenas. 
Anak2 dan pembantu jer yang makan, ummi tak boleh makan lagi... tak berani... agak-agak boleh masuk Fear Factor tak? 
Huh!... kalau masuk Fear Factor boleh jumpa Jehan Miskin... (heee ye la sangat).

Udah jangan nak mengarut...


11 Februari 2012

Sarapan pagi di hari Sabtu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Cucur Kucai Secukup Rasa Kuning Berseri

Pagi Sabtu yang damai, pagi-pagi lagi anak2 dah bangun lepaskan mereka menonton TV9, tanyalah Ustaz sambil menghirup susu di botol... Eh... lari pulak cerita tak sama dengan gambar kat atas tajuk pun lari.

Sebenarnya nak bercerita mengenai menu pagi Sabtu, Cucur Kucai jer. Nak resepi?... Segan pula nak tulis sebabnya semua orang dah tahu nak buat cucur... sekadar potong kucai, bawang dan campak jer dalam mangkuk besar masukkan pula tepung gandum, telur sebiji dan secubit secukup rasa.  Kalau nak sedap lagi tambahkan sedikit marjerin dan gaulkan dengan ais, goreng hingga masak, agak2lah kalau dah biasa masuk dapur tak susah, cuma masa dan kerajinan saja yang menguatkan semangat.

Makan bersama sos cili dan masukkan sesudu gula... sedap... cubalah... jemput makan...

.