Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Qurban. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Qurban. Papar semua catatan

21 September 2015

Hukum memberi upah tukang sembelih dan tukang lapah binatang qurban

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Hukum memberi upah tukang sembelih dan tukang lapah binatang qurban


Hari Raya Qurban bakal menjelang tiba.  Setiap tahun kita akan berhadapan dengan situasi ibadah qurban.  Tetapi sejauh mana pula kita mengambil tahu mengenai hukum memberi upah tukang sembelih dan tukang lapah binatang qurban?


Pastinya ada di antara kita tidak tahu apa-apa melainkan menunggu daging qurban tiba di rumah. Tidak malu dikatakan bahawa penulis ini juga termasuk dalam golongan ini.  Hukum memberi upah tukang sembelih dan tukang lapah binatang qurban

Qurban Aqiqah Kambing Mekah
Qurban Aqiqah Kambing Mekah.

Klik gambar di atas untuk keterangan lanjut mengenai Qurban dan Aqiqah di Mekah.

Untuk rekod dan makluman semua, berikut adalah soal jawab berkaitan Hukum memberi upah tukang sembelih dan tukang lapah binatang qurban

Soalan: 

Apa hukum memberi upah tukang sembelih dan tukang lapah binatang qurban dengan memberi daging binatang qurban tersebut sebagai upah?

Ustaz Azhar Idrus:

Ini banyak sangat yang terjadi, dah macam lumrah, sebab ramai yang tidak tahu hukum. Hukumnya HARAM kita memberi upah penyembelih dan juga tukang lapah, dengan daging qurban yang disembelih itu, malah dengan seurat bulu binatang qurban itu pun tidak boleh!

Saidina Ali r.a berkata, "Nabi s.a.w pernah menyuruh aku korban seekor unta milik Baginda kemudian sedekahkan daging, kulit dan apa yang di atas belakang unta-unta itu serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri." (Hadis Riwayat Muslim).

Adakah sah qurban itu?  Ibadah qurban itu sah, tetapi perbuatan memberi upah itu yang haram. Hukum memberi upah tukang sembelih dan tukang lapah binatang qurban

Jadi, macamana nak upah mereka?  Nak bagi upah boleh, upah dengan duit. Tetapi, kita boleh beri daging kepada mereka sedikit dari bahagian kita sebagai sedekah atau hadiah sepertimana yang kita beri kepada orang-orang lain, asalkan bukan niat upah.  Hukum memberi upah tukang sembelih dan tukang lapah binatang qurban

Habis tu kesalahan yang lepas-lepas macamana?  Bagi sesiapa yang telah mengambil upah selama ini, maka wajib dia bertaubat dan wajib ganti balik dengan jumlah daging yang dia telah diambil sebagai upah.  Hukum memberi upah tukang sembelih dan tukang lapah binatang qurban

Sebab itu kita kena belajar ilmu agama. Jangan belajar ilmu dunia saja. Ibadah qurban itu sunat sahaja, tetapi bila kita hendak buat ibadah qurban, belajar hukum mengenainya itu adalah WAJIB. Hukum memberi upah tukang sembelih dan tukang lapah binatang qurban

sumber:  FB

Sekarang kita sudah mengetahui hukumnya.  Maka adalah wajar untuk kita mengambil tahu dan memaklumkannya kepada orang lain.  Walaupun ketika ini kita tidak terlibat secara langsung dengan ibadah qurban... tetapi kita perlu ambil tahu untuk kemudahan kita di masa hadapan. 


06 November 2011

Qurban yang dilupakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

catatan melekat mulai 3/11/2011 - 6/11/2011

Gambar hiasan - ada maksud yang tersirat di sebaliknya

BINGKISAN QURBAN - DALIL PENSYARIATAN IBADAH QURBAN

• Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kautsar ayat 2 :

Maksudnya : "Maka kerjkanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur".

• Allah S.W.T.telah berfirman dalam Surah Al-Haj ayat 37 :

Maksudnya: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yan sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu".

• Sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya : "Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu". (Hadis riwayat Tirmidzi)



HUKUM IBADAH KORBAN

Bagi setiap umat Islam yang mampu amat digalakkan oleh agama untuk melakukan ibadah korban dan hukumnya adalah sunat muakkad ( sunat yang amat dituntut)


FADHILAT IBADAH QURBAN

Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban ini amat besar antaranya:

• Menambah amal kebajikan. Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan". (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

• Sebagai penebus dosa Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah:

Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu". (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

• Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.

Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla." (Hadis riwayat Thabrani)

• Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:

Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)

• Menzahirkan rasa kasih sayang dan mengeratkan ukhuwwah melalui amalan bersedekah daging korban atau menjamu makan dengan korban tersebut

• Menzahirkan ketaatan kepada perintah-perintah Allah SWT, sebagaimana taatnya para nabi rasul dalam melaksanakana segala suruhan dan larangan

• Menyuburkan sifat pemurah dan mengikis sifat kedekut . Ibadah korban yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah SWT mendorong kepada pemupukan sifat-sifat pemurah yang dipuji dan mengikis sifat kedekut yang tercela.


Kedudukan orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami".


Kesimpulan

Marilah sama-sama kita (bagi yang berkemampuan) melakukan ibadah korban pada hariraya korban kali ini samada untuk diri sendiri atau kepada orang lain, kerana kita belum cukup pasti apakah kita boleh atau sempat untuk melakukannya pada tahun yang akan datang.

sumber:  CITU UiTM (Perak)

29 Oktober 2010

Hadiah Qurban di Kemboja

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat 1Dunia dan 1Malaysia,

Terlebih dahulu terima kasih tidak terhingga kepada  eQurban.com yang sudi memilih Denaihati.com sebagai platform untuk berkongsi rezeki dengan teman-teman blogger. eQurban.com adalah sebuah syarikat Malaysia yang menyediakan khidmat qurban lembu di Kemboja sempena Hari Raya Aidiladha. Keunikan eQurban berbanding syarikat lain kerana lembu yang disediakan adalah ternakan usahasama eQurban dengan Koperasi Muslim Kemboja. Harga untuk satu bahagian qurban juga sangat kompetitif iaitu hanya RM230 untuk sebahagian. Setiap peserta qurban akan mendapat sijil setelah qurban disempurnakan dan kepada yang berminat untuk melihat proses qurban juga boleh diuruskan.

Pada tarikh bersejarah 29 September 2010, aye telah membuat catatan mengenai Promosi Qurban di Kemboja oleh eQurban.com dan Denaihati.  Tujuan asal catatan berkenaan adalah untuk menyertai contest anjuran Denaihati.com, namun atas dasar yang sama dengan Denaihati.com iaitu dengan semangat Hidup Untuk Memberi aye buat catatan berkenaan.  Tujuannya adalah untuk sama-sama berkongsi rezeki dengan qurban dengan saudara Islam di Kemboja.

Alhamdulillah pada 28 Oktober 2010, Denaihati.com telah mengumumkan pemenang contest berkenaan.  Pemenangnya adalah etomyam @ myjazmanie.com dan tpinky.blogspot.com serta yangbaik.blogspot.com (aye lah tu).  Terima kasih tidak terhingga kepada Denaihati.com kerana telah memilih aye sebagai salah seorang pemenang.  Kira-kiranya dah tergolong dalam insan yang terpilih.  :-)

Secara tidak langsung hadiah Qurban yang berupa 1 bahagian lembu bernilai RM230.00, akan disumbangkan kepada penduduk Islam di Kemboja pada Hari Raya Qurban yang akan datang. Alhamdulillah.  Semoga dimurahkan lagi rezeki kepada Denaihati.com dan eQurban.com.

Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu.”(Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Sekian.

28 September 2010

Promosi Qurban di Kemboja oleh eQurban.com dan Denaihati

Assalamualaikum dan salam 1Dunia,

Terima kasih kepada eQurban.com  dan tahniah juga kepada denaihati yang telah telah terpilih sebagai platform kepada eQurban.com untuk berkongsi rezeki dengan teman-teman blogger. eQurban.com  adalah sebuah syarikat Malaysia yang menyediakan khidmat qurban lembu di Kemboja sempena Hari Raya Aidiladha. Keunikan eQurban berbanding syarikat lain kerana lembu yang disediakan adalah ternakan usahasama eQurban dengan Koperasi Muslim Kemboja. Harga untuk satu bahagian qurban juga sangat kompetitif iaitu hanya RM230 untuk sebahagian. Setiap peserta qurban akan mendapat sijil setelah qurban disempurnakan dan kepada yang berminat untuk melihat proses qurban juga boleh diuruskan.

Ladang lembu usahasama eQurban dengan Koperasi Muslim Kemboja

Dengan semangat Hidup Untuk Memberi, sempena musim hari raya qurban tahun ini, eQurban.com bermurah hati menganjurkan Contest Qurban di Kemboja. Kepada blogger yang berminat mudah sahaja. Anda hanya perlu membuat satu entri Promosi Qurban di Kemboja kemudian tinggalkan link tersebut di ruangan komen dan share kan di http://www.facebook.com/pages/Denaihaticom/131306343566283. Mudahkan.

Apa hadiahnya?? Hadiah Qurban di Kemboja adalah 7 bahagian lembu bernilai RM230 untuk setiap bahagian disediakan kepada 7 pemenang makanya setiap pemenang akan mendapat 1 bahagian qurban. Blogger boleh buat entri di lebih satu blog tetapi hadiah hanya layak untuk seorang blogger untuk satu bahagian sahaja.

Bagaimana pemenang dikira tu?? 7 blogger yang mendapat klik LIKE tertinggi di http://www.facebook.com/pages/Denaihaticom/131306343566283 akan dikira sebagai pemenang contest Qurban di Kemboja.

Siapa yang layak untuk join?? Semua blogger Islam yang berada di atas muka bumi Allah.

Tarikh tutup : Contest Qurban di Kemboja akan ditutup secara rasmi pada 11.59pm 19/10/2010.

Pertanyaan : Boleh bertanya terus melalui ruang komen, http://twitter.com/denaihati http://facebook.com/denaihati atau tinggalkan pesan di contact. Jangan lupa untuk lawat blog ini (Denaihati) untuk melihat update terbaru. Kepada yang hendak terus menempah qurban sila terus ke eQurban.com. Infaq baju terpakai juga diterima.

Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu.”(Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

~~~~~
note:  artikel disalin bulat-bulat dari blog Denaihati.
andai tak tersenarai sebagai peserta pun tidak mengapa, yang penting dan pastinya aye tolong promosikan entri dan artikel berkaitan Qurban di Kemboja...ada sesiapa yang nak join bolehlah berhubung terus dengan Denaihati.com