Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Perbezaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perbezaan. Papar semua catatan

25 Februari 2012

Tulis macam ni faham macam tu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Sejak kebelakangan ini suka sangat tengok dan jalan2 di blog kawan blogger yang berkogsi cerita mengenai kisah perkahwinan walaupun bukan kisah perkahwinan mereka.

Antaranya kisah perkahwinan artis muda , Lisa Surihani dengan Yusri KRU dan tidak ketinggalan juga yang terkini perkahwinan Ana Raffali.  Selamat pengantin baru, semoga perkahwinan mereka berkekalan bahagia hingga akhir hayat.  Cabaran dan dugaan dalam alam perkahwinan tetap ada walau kepada siapa pun, hanya mereka yang alaminya saja mampu mengatasi dan memahaminya.

Kadang-kadang mereka tulis begitu tetapi kita yang bacanya faham begini.  Memang tak sama, mungkin kerana cara pemikiran dan penerimaan kita mengenai penulisan itu berbeza.  Tetapi bukanlah satu masalah besar sekiranya pemahaman itu tidak lari dari niat asal penulisnya.

Dalam masa sama, entah mengapa beberapa entri yang tertera di blog yangbaik mungkin telah disalah tafsir.  Tidak dinafikan mungkin juga kesilapan yangbaik kerana menulis begini lalu menimbul kefahaman begitu kepada mereka yang membacanya. 

Sekadar berkongsi rasa suka duka kehidupan di pentas dunia yang kadang-kadang penuh dengan pilih kasih.  Biarpun tidak semua tetapi sebagai manusia normal kita tidak lari dari bermacam-macam perasaan.  Cuma mungkin juga luahan perasaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati. 

Yangbaik tidak mengenali anda, begitu juga anda yang membaca tidak mengenali yangbaik sepenuhnya. Jika anda mengenali yangbaik... itulah adalah tidak adil sekiranya komen anda tidak pula menggambarkan siapa diri anda sebenarnya....

Sungguh diakui ini blog aye (yangbaik), jadi terpulang kepada yangbaik untuk menulis apa tetapi masih lagi ada batasnya.  Justeru yangbaik mohon maaf andai apa yang tertulis menimbulkan kemarahan atau kebencian banyak pihak yang membacanya.

Sekian adanya.

18 Mei 2011

Tak berapa nak jadi

Assalamalaikum dan selamat sejahtera,


Setiap hari yang dilalui pasti ada perubahan dan perbezaan di mana-mana. Tak kiralah pada pakaian, pada pemandangan, pada perasaan atau pada alam sekitar atau juga pada kawan-kawan.

Suatu hari juga pasti kita akan tempuhi saat yang menjadikan kita rasa tidak selesa atau rasa tidak bersemangat.  Lantas menjadikan hari itu seperti suram dan apa juga yang dihasilkan tak berapa nak menjadi.

Apa yang menyebabkan perkara itu atau perasaan itu tak berapa jelas.  Mungkin juga kerana terkejut bangun dari tidur.  Gangguan semasa tidur yang membawa kepada hari siang kita terganggu.

Ada sesiapa boleh bantu?....

Sila....

03 April 2011

Kita yang berbeza

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kita yang berbeza dalam segala bentuk dan rupa, gaya dan bahasa.  Tak percaya?  Bahasa di Perak sahaj dah ada banyak group tu belum masuk lagi bahasa kat Terengganu pun lain-lain jugak.  Cuba check tengok kat Terengganu cakap lagu lain, kat Besut cakap lagu lain pulok.

Okey, bukan nak jadi pakar bahasa atau pakar rupa...

Back... cara kita buat kerja berbeza mengikut kefahaman masing-masing... cara kita mendengan dan bercakap juga berbeza mengikut tahap pick-up kefahaman kita... kan?

So... jangan jadikan perbezaan ini sebagai penghalang untuk kita bersaudara dan bersahabat.  Jangan kerana perbezaan pendapat menjadikan kita saling bermusuhan sehingga tidak bertegur sapa...

Siapalah kita untuk membenci seseorang.  Kebencian Allah itu lebih lagi kepada hambaNya yang tidak bersyukur... So sentiasalah bersangka baik dengan sesiapa sahaja... Apa pun kejahatan yang kita rasakan dia buat pada kita tolak tepi... kalau nak juga... berhati-hatilah dengan percakapan kita agar kita tidak menjadi bahan kebencian orang...

apa lagi... layan jer apa yang dah tertulis ....

*