Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Pemenang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemenang. Papar semua catatan

04 Julai 2020

Menang Segmen 24 Jam Bloglist #37 Blog Mialiana

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Menang Segmen 24 Jam Bloglist #37 Blog Mialiana


Melalui penyertaan dalam Segmen 24 Jam Bloglist #37 di Blog Mialiana.com di SINI, blog salatulzarida telah tersenarai sebagai peserta pertama.  Buat pertama kami rasanya, blog ini tersenarai sebagai peserta pertama untuk segmen 24 jam bloglist Mialiana.



Menang Segmen 24 Jam Bloglist #37 Blog Mialiana

Pemenang Segmen 24 Jam Bloglist #37 Blog Mialiana


Alhamdulillah, blog salatulzarida telah terpilih sebagai salah satu daripada 10 blog.  Senarai pemenang diumumkan di SINI.  Untuk itu, blog ini akan berada dalam bloglist mialiana.com sepanjang bulan Julai, Ogos dan September 2020.  Satu penghargaan dan permulaan yang baik bagi blog salatulzarida setelah sekian lama menyepi dari alam blog.

Terima kepada rakan blogger Mialiana.com atas penganjuran segmen 24 jam Bloglist.  Tahniah juga kepada semua rakan blogger yang menyertai terutama kepada yang turut terpilih sebagai pemenang.


Terima kasih kepada semua yang membaca entri ini, Menang Segmen 24 Jam Bloglist #37 Blog Mialiana.

11 Jun 2020

Pemenang cabutan bertuah 'Segmen Hari Raya by Ummi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pemenang cabutan bertuah 'Segmen Hari Raya by Ummi



Alhamdulillah, berkat penyertaan pertama pada tahun 2020.



penerima cabutan bertuah


Terima kasih kepada rakan blogger Ummi selaku penganjur segmen dan juga kepada rakan2 yang mendoakan.

Tahniah juga kepada semua rakan2 peserta yang menyertai segmen ini.



💟

08 Disember 2017

Pemenang SPM Fever Giveaway

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pemenang SPM Fever Giveaway



Alhamdulillah.  sekali lagi blog SZ termasuk dalam senarai Pemenang SPM Fever Giveaway.  Rezeki blog pada hari Jumaat.  Terima kasih kepada Abam Kie dan rakan-rakan blogger yang menjadi penganjur bersama SPM Fever Giveaway.  Untuk rekod, SPM Fever Giveaway berlangsung sepanjang musim peperiksaan SPM yang lepas. Wah! memang untung jadi blogger nih, untuk apa juga acara dan isu semasa akan ada saja rakan blogger yang buat contest, segmen atau giveaway.

Tiba-tiba pula tiada idea nak berceloteh panjang...




Link penyertaan DI SINI.

Link pengumuman di blog Abam Kie... di SINI.


Tahniah kepada semua rakan blogger yang telah turut sama memeriahkan giveaway terutama kepada rakan blogger yang telah turut sama terpilih dalam senarai pemenang.


Terima kasih juga kepada anda semua atas doa dan sudi baca entri ini, Pemenang SPM Fever Giveaway.
szi 😍😍😍

07 Disember 2017

PEMENANG CONTEST POLICYSTREET BY EMAS PUTIH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


PEMENANG CONTEST POLICYSTREET BY EMAS PUTIH



Alhamdulillah.  Syukur dan terima kasih tidak terhingga kepada penganjur CONTEST MENANG WANG TUNAI RM1100 BY PH X EMAS PUTIH.  Penyertaan blog SZ dalam contest ini biarpun tidak seberapa tetapi mendapat perhatian dari pihak penganjur.  Entri penyertaan untuk contest ini bukan sekadar 'salin dan tanpal' tetapi perlu juga dibuat olahan mengikut kreativiti peserta.  Dengan sedikit pengetahuan yang tidak seberapa SZ cuba olah sedikit mengikut apa yang terlintas semasa entri berkenaan diterap.

Pada peringkat awalnya, dapat masuk dalam senarai peserta adalah sudah memadai kerana entri SZ untuk contest ini tidaklah sehebat entri peserta-peserta lain.  Namun, memang tipulah kalau tiada cita-cita nak jadi pemenang hanya kerana entri yang tidak seberapa kita perlu pasrah dengan usaha yang telah kita lakukan.

Antara senarai peserta contest

Link entri penyertaan DI SINI
Link pengumuman pemenang contest DI SINI



Senarai pemenang contest

Akhir kata, terima kasih kepada UZU @ Emas Putih atas penganjuran contest ini.  Paling tidak SZ dapat mengenali lebih dekat siapa Prof Hariz.  Sebetulnya menjadi inspirasi atas kegigihan beliau dalam dunia pemasaran atas talian.  Semangat beliau sewajarnya menjadi ikut kepada ramai blogger muda.  Tahniah juga kepada rakan blogger yang telah turut terpilih sebagai pemenang.  Rezeki tidak pernah salah alamat.


Terima kasih kepada semua atas ucapan penghargaan dan kesudian singgah baca entri ini, PEMENANG CONTEST POLICYSTREET BY EMAS PUTIH

szi 💞💞💞

23 November 2017

KEJAYAAN DALAM GA TAK NAK SUNYI SEPI LAGI GIVEAWAY BY ASTRAVELER

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


KEJAYAAN DALAM GA TAK NAK SUNYI SEPI LAGI GIVEAWAY BY ASTRAVELER


Jenuh akak fikirkan tajuk yang sesuai untuk buat entri ni.  Kononnya nak cari kelainan sebab tak nak menunjukkan sangat apa yang dimaksudkan.  Akak tahu mungkin ada yang kurang selesa atau pelik dengan tajuk yang diberikan.  Tetapi untuk memberikan kelainan kita kena berani... sikit jer.  Sebab ingat juga pesan Encik Suami, kalau nak buat kelainan janganlah nampak sangat lainnya, nanti nampak pelik pulak.  

Korang rasa tajuk ni pelik tak?  Biasa-biasa je kan?  Ok

Sebenarnya nak diceritakan blogh akak telah terpilih sebagai pemenang bagi GA TAK NAK SUNYI SEPI LAGI GIVEAWAY BY ASTRAVELER.  Entri Giveaway di SINI.



Senarai pemenang


Keputusan pemenang ada di SINI.  Blog SZ di No. 7, Peserta no. 58.  Apalah agaknya buku yang terpilih itu?  

Tahniah juga kepada semua rakan blogger yang sama-sama turut terpilih sebagai pemenang.  Juga terima kasih tidak terhingga kepada penganjur GA juga owner blog ASTRAVELER iaitu sis Julia Tarmidi.


Terima kasih juga kepada awak semua yang sudi singgah baca entri ini, KEJAYAAN DALAM GA TAK NAK SUNYI SEPI LAGI GIVEAWAY BY ASTRAVELER




28 September 2017

Pemenang Segmen Bloglist Ombak Bergigi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pemenang Segmen Bloglist Ombak Bergigi


Alhamdulillah, kali ini blog SZ telah terpilih antara pemenang segmen bloglist anjuran Ombak Bergigi.  Agak lewat sikit SZ keluarkan entri penghargaan ini.  Atas apapun alasannya, ucapan terima kasih dirakamkan kepada owner Ombak Bergigi atas pemilihan ini.  Juga tahniah kepada semua rakan blogger yang telah terpilih.

Pemenang Segmen Bloglist Ombak Bergigi

Pemenang Segmen Bloglist Ombak Bergigi

Seperti yang dijanjikan, blog SZ akan berada dalam bloglist Om untuk bulan Oct & Nov.  

Entri penyertaan di SINI

Entri pengumuman pemenang di SANA 


Terima kasih. 😍

21 September 2016

Pemenang Komentor Ngetop Minggu 1 di Blog House Husband

Pemenang Komentor Ngetop Minggu 1 di Blog House Husband


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota: Wordless Wednesday, hari di mana blogger seluruh dunia membuat entri Wordless Wednesday. Apa itu Wordless Wednesday (WW) ini? Ia merupakan entri dari blogger seluruh dunia tanpa sebarang ayat atau keterangan, hanya semata gambar, dan pengunjung boleh interprestasi dengan pandangan masing-masing menerusi ruangan komen entri tersebut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Pemenang Komentor Ngetop Minggu 1
Pemenang Komentor Ngetop Minggu 1 di Blog House Husband



02 September 2016

Pemenang Giveaway Pertama by Farah Sanusi

Pemenang Giveaway Pertama by Farah Sanusi


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pemenang Giveaway Pertama by Farah Sanusi.  Alhamdulillah rezeki blogging pada bulan Ogos yang dibawa ke bulan September.  Pemilihan kemenangan ini adalah berkat daripada doa rakan-rakan semua yang tidak jemu mendoakan kejayaan.  Semoga kejayaan ini akan melimpah kepada rakan-rakan semua terutama kepada penganjur giveaway ini Farah Sanusi.


Pemenang Giveaway Pertama by Farah Sanusi

Pemenang Giveaway Pertama by Farah Sanusi


Tidak sangka juga boleh terpilih untuk memenangi hadiah shawl.  Maklumat yang diperlukan telahpun diemailkan kepada penganjur.  Berdebar pula tunggu ketibaan hadiah.

Entri penyertaan di sini.
Entri pengumuman di sini.


Tahniah juga diucapkan kepada semua rakan blogger yang terpilih serta penganjur.  Semoga giveaway seperti ini dapat diteruskan lagi... untuk memberi peluang kepada rakan blogger yang lain pula.

Sekian adanya.  Terima kasih sudi baca entri ini, Pemenang Giveaway Pertama by Farah Sanusi

06 Ogos 2016

Terpilih masuk ke Bloglist MyiDEAKiNi.com

Terpilih masuk ke Bloglist MyiDEAKiNi.com


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Terpilih masuk ke Bloglist MyiDEAKiNi.com.  Alhamdulillah, antara rezeki dan hadiah blogging pada bulan Ogos.  Entri ini pada awalnya telah lama tersimpan dalam kotak draf.  Disimpan sementara menunggu masa untuk diterbitkan.

Blog YangBaik kini telah berada dalam bloglist blog MyiDEAKini.com.  Seronoknya bila terpilih.  Pemilihan ini adalah bersempena juga dengan penyertaan blog YangBaik dalam siri pencarian yang telah berlangsung pada bulan Julai.




Terima kasih admin MyiDEAKiNi.com dan tahniah juga kepada rakan blogger yang telah terpilih.

Terima kasih sudi baca entri ini, Terpilih masuk ke Bloglist MyiDEAKiNi.com.

13 Jun 2016

Antara Pemenang Blog Untuk di Review

Antara Pemenang Blog Untuk di Review



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Antara Pemenang Blog Untuk di Review.  Alhamdulillah blog YB antara blog yang telah terpilih antara blog untuk direview oleh rakan blogge Beeha.  Pemilihan ini berdasarkan penyertaan blog YB dalam segmen Pencarian Bloglist Jun 2016 By Beeha Azman.  Segmen berkenaan telah tamat pada 4 Jun 2016.  Tak sangka boleh terpilih memandangkan rakan blogger


Pemenang Blog Untuk di Review

Terdapat 5 blog yang turut sama terpilih untuk direview oleh Beeha. Selain dari hadiah blog review Beeha turut menawarkan hadiah berupa Senarai Bloglist.  Namapun segmen pencarian bloglist kan... Untuk melihat senarai penuh pemenang dan hadiah yang ditawarkan boleh klik sini.

Terima kasih Beeha dan rakan-rakan semua atas doa kalian. Inilah rezeki blogging pada bulan Ramadan.


Terima kasih juga kepada anda semua atas kesudian singgan baca entri Antara Pemenang Blog Untuk di Review.

20 April 2016

Peserta Bertuah Segmen Pencarian Bloglist TengkuButang.com 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Peserta Bertuah Segmen Pencarian Bloglist TengkuButang.com 2016


Alhamdulillah.  Rezeki berblogging lagi.  Rajin-rajin turut serta dalam segmen dan contest atau giveaway.  Kemenangan merupakan satu bonus atas usaha yang telah dilakukan.  Jika tidak berjayapun kita sudah beroleh manfaat dalam penyertaan; antaranya dalam link dari penganjur dan juga kunjungan dari rakan blogger yang turut sama memeriahkan segmen.

YB telah menyertai segmen Pencarian Bloglist Blog Tengkubutang.com 2016. Segmen berkenaan telahpun tamat pada 15 April 2016. Pengumuman PEMENANG SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST TENGKUBUTANG.COM 2016 telah dilakukan oleh penganjur pada 20 April 2016. Seperti biasa berdebar jugak menunggu keputusan.  Tak tahu sama ada tuah ayam, tuah sabut atau tuah batu.... ini tuah manusia lah..

Senarai Pemenang Segmen

Kiranya, kemenangan ini adalah kemenangan berganda kerana selain daripada terpilih ke bloglist penganjur, blog YB merupakan antara 5 daripada 15 blog yang terpilih untuk menerima keychain. Sungguh--sungguh terharu dengan pemilihan ini.  

Terima kasih kepada penganjur dan semua rakan blogger atas sokongan dan doa.  

Untuk melihat senarai penuh Peserta Bertuah Segmen Pencarian Bloglist TengkuButang.com 2016, boleh klik pada banner di atas.  




13 April 2016

Peserta & Pemenang Segmen Blogwalking + Bloglist #3

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Peserta & Pemenang Segmen Blogwalking + Bloglist #3


Agak lewat YB keluarkan entri penghargaan untuk pemilihan ini.  

Sebagai sokongan kepada rakan blogger, YB telah menyertai Segmen Blogwalking + Bloglist #3 yang dianjurkan oleh rakan blogger Mohd Noor Shawal pada 25 Mac 2016.

Penyertaan yang cukup mudah dimana peserta hanya perlu salin dan tampal template html yang disediakan oleh penganjur.  



Penganjur telahpun memaklumkan senarai peserta. Atas kemurahan hati penganjur, semua peserta segmen telah dimasukkan dalam senarai blog yang diberi nama "The Best".  Terasa best sangat bila diberi penghargaan begitu.  Apa tidaknya ini merupakan kali kedua blog YB termasuk dalam senarai blog di blog Mohd Noor Shawal.  Entri penuh mengenai senarai berkenaan boleh baca di SINI.


Terima kasih kepada rakan blogger yang sudi singgah baca entri Peserta & Pemenang Segmen Blogwalking + Bloglist #3.

11 Mac 2016

Bloglist Bulan Mac Biskut Semperit

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bloglist Bulan Mac Biskut Semperit


Biskut Semperit bukan sahaja sedap di makan ketika hari raya tetapi sudah boleh dinikmati setiap masa.  Hanya ianya menjadi nostalgia apabila dimakan pada pagi hari raya.  Entri ini bukanlah hendak bercerita mengenai keenakan biskut semperit.  Entri ini dibuat untuk menyatakan kegembiraan kerana blog YB termasuk dalam senarai bloglist di blog Biskut Semperit, bersempena dengan segmen yang pernah dianjurkan.  

Bloglist Bulan Mac Biskut Semperit
Bloglist Bulan Mac Biskut Semperit

Untung badan, penganjur mencari 15 blog untuk diletakkan dalam senarai bloglist.  Memandangkan hanya 11 orang blogger sahaja yang menyertai maka secara automatik semua blog peserta telah menang tanpa bertanding.  Tak perlu penganjur susah-susah.  

Mungkin penganjur perlu memudahkan penyertaan bagi menarik lebih ramai rakan blogger menyertai segmen atau contest yang dianjurkan.  Biar banyak penyertaan, banyak saingan, bertambah sengit. :D

Namun begitu usaha penganjur dalam menganjurkan segmen ini, YB sanjung kerana bukan mudah hendak menganjurkan segmen atau yang seangkatan dengannya.

Rezeki masing-masing kan.  Lepas ni... mungkin ada segmen dapat hadiah biskut semperit pulak kot.


Terima kasih atas kesudian singgah dan baca entri Bloglist Bulan Mac Biskut Semperit

04 Februari 2016

Menang Segmen Blogwalking

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Menang Segmen Blogwalking


Segmen pun ada pemenang ker.  Blogwalking jer.  Tak kisahlah janji YangBaik dah update cerita mengenai blog YangBaik telah tersenarai sebagai antara pemenang dalam segmen blogwalking yang telah dianjurkan oleh Aku Bukan Innocent.  Memang YangBaik tidak bersalah kerana telah kemenangan ini telah diwar-warkan oleh penganjurnya.

Menang Segmen Blogwalking

Ketika entri ini dikeluarkan, tak dapat nak masukkan gambar kemenangan yang telah dirakam.

Update

Maaf sebab terlewat buat entri penghargaan.  Ketika entri pemakluman dikeluarkan YangBaik sempat melihat tetapi tidak sempat nak menulis dan mengarang.  Simpan dulu dalam draf.  

Entri penyertaan boleh rujuk di SINI.

Manakala entri kemenangan boleh rujuk di entri penganjurnya, di SINI.

Terima kasih atas kesudian menjejaki entri Menang Segmen Blogwalking.


01 Februari 2016

Tersenarai dalam Most VVIP Blogger

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tersenarai dalam Most VVIP Blogger


Begitulah adat dalam bersahabat dan berblogging.  Penghargaan yang diberikan oleh rakan blogger pastinya yang amat bermakna.  Namun tidak semestinya kita bersahabat untuk mendapat penghargaan tetapi kerana kita hendak bersahabat.

Secara jujurnya, YangBaik tidaklah mengharapkan sangat untuk terpilih, termasuk dalam senarai peserta sahaja sudah cukup mengharukan.  Namun apabila terpilih sebagai salah seorang daripada pemenang ianya merupakan satu bonus dan pastinya sesuatu yang amat mengembirakan.  Terasa ingin melompat setinggi langit... hehehe tapi tak mampu pulak.


VVIP Blogger
VVIP Blogger

Entri penyertaan di SINI.  

Di SINI pula adalah entri pengumuman pemilihan pemenang.  

Terima kasih kepada anda semua yang mendoakan dan juga kepada penganjur Segmen  JOM Tambah Kawan BLOGGER !!!, Munirah Mustafar.


Akhir kata, terima kasih kepada anda semua yang membaca dan meninggalkan komen di entri Tersenarai dalam Most VVIP Blogger.


Kemenangan giveaway pertama tahun 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kemenangan giveaway pertama tahun 2016


Hari ini, teruja dan gembira.  Teruja kerana pada tahun 2016, ini merupakan kemenangan pertama bagi penyertaan dalam giveaway oleh rakan blogger.  Kiranya ini adalah rezeki pertama di bulan Februari 2016.  Seperti biasa juga penyertaan di dalam giveaway yang dianjurkan oleh rakan blogger tidak semata-mata mengharapkan kemenangan tetapi yang penting adalah persahabatan.  Di samping itu dalam melalui entri giveaway jugalah kita dapat mengenali lebih ramai rakan blogger dengan niche yang berbeza.

Penyertaan YB dalam  HOODPATH Travel Blog Giveaway 1.0 boleh lihat di SINI.

Pemenang GA Hoodpath
Pemenang GA Hoodpath

Biarpun sekadar memang hadiah saguhati, ianya cukup bermakna kepada YB.  Terima kasih kepada rakan blogger yang menyokong dan mendoakan kemenangan YB. Wah.... macam menang besar. Tetapi itulah hakikatnya, besar atau kecil bukanlah ukuran tetapi yang penting persahabatan.  Biarpun sekadar di alam maya.

Entri pemakluman kemenangan oleh HOODPATH di SINI.

Terima kasih kepada semua yang sudi menjengah entri Kemenangan giveaway pertama tahun 2016.

06 November 2015

Pemenang Give Away Nurfuzie Dot Com #1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pemenang Give Away Nurfuzie Dot Com #1


Alhamdulillah. Berkat dan rezeki berbloging. Kali ini blog YangBaik telah terpilih untuk menerima hadiah istimewa yang disponsor oleh carehappytips. Penerimaan hadiah ini adalah disebabkan YangBaik salah seorang daripada pemenang Giveaway Nurfuzie Dot Com #1. Giveaway ini telah berakhir pada 30 Oktober 2015. Pemilihan pemenang telah diumumkan oleh penganjur pada 2 November 2015 melalui entri INI.


Pemenang GA NurFuzie
Pemenang GA NurFuzie


Antara pemenang yang disponsor oleh Farah.  Farah adalah pengedar produk Shaklee separuh masa yang sah.  Terima kasih kepada farah atas hadiah yang disponsor dan tahniah kepada rakan blogger yang terpilih.


Shaklee Zinc Complex
Shaklee Zinc Complex



Gambaran hadiah yang telah diterima. Hadiah ini telahpun diterima pada 5 November 2015. Sedikit maklumat mengenai Shaklee Zinc Complex, baik untuk penyembuhan luka.  

"Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zinc, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka".  (Care & Happy Tips)

Tahniah dan terima kasih sekali lagi kepada penganjur Giveaway dan rakan sponsor.


02 November 2015

PEMENANG GMBM 1ST ANNIVERSARRY GIVEAWAY

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


PEMENANG GMBM 1ST ANNIVERSARRY GIVEAWAY


Rezeki berbloging semuanya adalah rahsia tergantung kepada usaha dan janji dariNya. Alhamdulillah kali ini YangBaik telah terpilih sebagai salah seorang daripada pemenang dalam GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY.  Giveaway yang berlangsung selama 10 hari dari 21 hingga 31 Oktober 2015.

Pemenang GMBM

YangBaik antara blogger yang terpilih sebagai pemenang bagi kategori Pemenang duit tunai.  Senarai penuh pemenang boleh lihat di SINI.  Kategori pemenang lain adalah Kategori Top-Up dan Barangan Pos.  Tahniah kepada rakan blogger yang telah terpilih sebagai pemenang.  Kepada yang tidak terpilih, insya Allah ada ganjaran lain yang lebih baik menunggu anda.

Terima kasih tidak terhingga juga kepada rakan penganjur giveaway.  Semoga usaha seperti ini dapatlah dipanjangkan lagi pada masa akan datang.

Sekian.


06 Oktober 2015

Pemenang Mini Birthday Giveaway By Mimin Adam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pemenang Mini Birthday Giveaway By Mimin Adam


Alhamdulillah.  Dalam suka ada duka, dalam duka terselit kebahagiaan.  Hari ini rakan blogger Mimin Adam telah mengumumkan senarai pemenang bagi  Mini Birthday Giveaway by MiminAdam, yang telah dianjurkan pada 1 - 30 September 2015.  

Berikut adalah antara kategori hadiah dan rakan blogger tersenarai sebagai pemenang.

Antara Pemenang
Antara Pemenang 

Senarai pemenang telah diumumkan oleh Mimin dalam entri di SINI.  Banyak hadiah dan ramai pemenang yang terpilih menjadikan banyak kerja yang perlu dilakukan berserta komitmen yang tinggi.  Menganjurkan giveaway bukanlah satu perkara yang mudah tambahan bila dianjurkan bersama dengan rakan sponsor yang ramai.  Ada ketika tiada gangguan dan ada masa-masa tertentu bermacam-macam halangan yang datang menimpa.  Disebabkan itulah, YangBaik lebih senang menjadi penyokong rakan blogger yang menganjurkan segmen atau giveaway.

Terima kasih kepada Mimin Adam atas pemilihan ini dan tahniah kepada rakan blogger yang telah terpilih.  Hari ini ada hadiah buat kita, esok-esok hadiah untuk orang lain pula.  Begitu kitaran kehidupan kita sentiasa berubah dan tidak selamanya berada di atas.



02 Oktober 2015

Siapa Pemenang Giveaway Choose Yourself by Mdmnissa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Siapa Pemenang Giveaway Choose Yourself by Mdmnissa


Pemakluman pemenang telah dikeluarkan oleh Mdm Nissa pada 30 September 2015. Disebabkan beberapa urusan, maka tertangguh pula usaha YangBaik untuk keluarkan entri penghargaan. Jadi di kesempatan pada hari ini, YangBaik ingin merakamkan ucapan terima kepada Mdm Nissa atas pemilihan blog YangBaik sebagai antara pemenang Pemenang Giveaway Choose Yourself by Mdmnissa.



Pemilihan pemenang dibuat berdasarkan hadiah yang dipilih.



Tahniah juga kepada rakan blogger yang telah terpilih.