Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Pekerja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pekerja. Papar semua catatan

01 Mei 2013

Selamat Menyambut Hari Pekerja

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia




1 Mei 2013.  Hari Pekerja.  
Tema:  Pekerja Pemangkin Transformasi Negara

Bersempena dengan Hari Pekerja kali ini, aye ingin kongsikan cebisan artikel yang dipinjam dari Majalah Nur keluaran Mei 2011.  Ianya adalah berkaitan semangat di tempat kerja.

sumber

Tips Bersemangat di Tempat Kerja

1.  Ingat, kerja adalah ibadah.
Kita bekerja bukan sahaja untuk diri sendiri, keluarga dan organisasi tetapi yang lebih penting adalah kerana Allah.  Rezeki yang berkat itu datangnya daripada kerja yang dilakukan dengan ikhlas dan tekun.  Harus diingat bahawa kita yang mencari kerja itu dan tiada siapa memaksa kita memohon jawatan sesuatu jawatan itu.

2.  Kenal dan faham penyebab.
Semangat yang merudum pasti ada penyebabnya.  Ianya adalah mudah untuk diatasi sekiranya kita mengetahui sebabnya dengan jelas.  Mungkin juga kita boleh mengubah posisi meja atau ruang kerja.  Susunan meja dan atau ruang kerja yang kurang sesuai mungkin boleh menyebabkan timbunan kerja.  Cara yang terbaik adalah dengan mengemas dan menyusun atur semula kedudukan ruang kerja agar lebih lapang dan rasa lebih selesa.

3.  Susun keutamaan.
Adalah lebih baik kita mempunyau pelan kerja dan perancangan tersusun dengan mendahulukan kerja yang paling penting dikehendaki organisasi.  Menyiapkan kerja yang paling penting mampu meringankan beban dan mempengaruhi tindakan ke atas tugas-tugas berikutnya.

4.  Disiplin.
Menentukan dan mengenalpasti dateline sesuatu tugasan.  Pastikan deadline kita tidak bercanggah dengan ketetapan yang telah dibuat oleh organisasi.  Kesegeraan menyiapkan sesuatu tugasan akan dapat mengelakkan kerja daripada bertimbun atau 'hilang dalam perhatian'.

5.  Letakkan foto orang atau pemandangan yang kita suka.
Seringkali ketika melihat orang yang kita cintai atau pemandangan yang indah perasaan sedih dan tidak bersemangat akan pudar dan boleh diubah, kerana hal ini dapat merangsang semangat untuk bekerja dengan lebih tekun.


meja kerja di pejabat terdahulu

Sekian adanya.  Semoga tips di atas dapat memberikan manfaat dan sedikit sebanyak dapat memberikan semangat baru dalam meneruskan kerjaya untuk kebaikan di dunia dan di akhirat.

Selamat Hari Pekerja dan Selamat Bercuti.

11 Januari 2013

10 perkara berkaitan semangat di tempat kerja.

As salam,




siku kelawar?? 

1.  Mulakan tugas dengan mood atau semangat yang baik dan ceria.

2.  Tugas akan jadi tidak menyeronokkan andainya ada masalah seperti masalah rumahtangga, masalah keluarga atau masalah peribadi.

3.  Jangan jadikan masalah sendiri membelenggu semangat orang lain.

4.  Kerana masalah boleh mengganggu perancangan tugas dan banyak urusan akan tergendala.

5.  Orang akan kata tiada tindakan yang diambil kerana mereka tidak nampak tindakan yang telah diambil.  Lagipun buat apa heboh sekampung macam ayam bertelur sebiji.  Diam-diam sudahlah.

6.  Orang tidak tahu ada tindakan yang telah diambil kerana masalah yang sama berulang dan terus berulang seolah tiada kesudahan.

7.  Letakkan diri anda ke tempat orang lain, tempat orang yang bermasalah atau tempat orang yang tiada masalah atau tempat orang yang menegur anda.  Bagaimana rasanya terpaksa selalu memberi teguran.

8.  Kita dah cukup dewasa untuk selalu diberi teguran atas perkara yang remeh temeh dan sama sering berulang. 

9.  Bukan tidak boleh ditegur tetapi seharusnya teguran itu bukanlah kerana peribadi kita yang tidak disenangi atau tingkahlaku kita yang menjengkelkan banyak pihak.

10.  Kesimpulan, jadilah diri kita yang sebenar dan ikutlah contoh teladan yang baik semoga dapat mengubah presepsi buruk orang lain terhadap kita.


26 November 2012

Sedar atau tidak

As salam,






1.  ramai orang suka berkawan dan bercerita.  maka dengan itu facebook adalah medan yang popular untuk melaksanakan hobi itu.

2.  ramai orang juga ada facebook dan twitter dan tak kurang juga blog.  semua itu medan untuk bercerita dan mencari kawan juga dengan agenda yang tersendiri sama ada untuk popular atau sekadar meluahkan rasa hati dan perasaan yang tersimpan.

3.  gangguan pada notebook ini menyekat hasrat hati yang terpendam... tengok...

4.  kembali ke jalan cerita asal...  ada juga dikalangan orang ramai yang bekerja... dan hobi serta minatnya itu mengganggu masa kerja... aye?  tidak lah sebab sekarang ni sedang bercuti... ganggu juga sebab tujuan cuti adalah untuk berehat tapi online pulak...hmmm

5.  sedar atau tidak semasa kita online kita sebenarnya sedang dipantau... jika tidak oleh bos oleh kawan bos atau gundik bos (gundik?  ... orang suruhan atau orang harapan bos). 

6.  online semasa waktu kerja adalah sangat tidak sesuai jika ianya untuk tujuan peribadi dan bukan kerana urusan rasmi...


aduss... pedasnya...

07 Mac 2011

Hari Isnin yang indah | Permulaan tahun 2011?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,

Gambar hiasan - Koleksi peribadi yangbaik

Hari Isnin yang indah
Indahnya Isnin ini kerana ia berwarna biru
atau juga Monday Blues...

Hari Isnin pertama bagi tahun 2011...
bermakna dah mula kerja lah nih...
Maka dengan itu bermulala sesi sibuk menyibuk...

Bahang iPad 2 sudah terasa...
tidak mungkin juga kerana kesibukan kerja pasti mengatasi masa untuk mengemaskini blog...

Lepas ni, mungkin tidaklah dapat selalu atau hari-hari kemaskini blog...

Namun, masa dan ruang pasti di cari... semoga berjumpa

Akhir kalam, ucapan selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan semangat waja yang membara untuk diri sendiri dan negara... amin.


01 Mei 2010

Selamat hari Buruh aka Pekerja

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sempena hari yang penuh sejarah ini
(macam hari ini dalam sejarah la plak)
Aye nak ucapkan selamat hari pekerja kepada seluruh rakyat Malaysia
tak kiralah kepada sesiapa saja
yang bekerja kat rumah (isteri dan pembantu rumah)
yang bekerja kat ofis (swasta dan kerajaan)
yang bekerja kat kebun dan ladang
yang bekerja kat kilang dan kedai
.... hatta yang bekerja bawah 'pokok anggur' sekalipun

apa juga yang kita lakukan adalah bekerja ... kan???
cuma yang membezakan kita adalah upah dan masa bekerja serta cara kita bekerja
kalau nak tebal 'wallet' kena kerja lebih
dan yang penting tingkatkan integriti dan kurangkan kontroversi

sudah-sudah lah minta duit kopi ke... duit teh ke ... duit apa-apa jer lah...
utamakan yang halal kerana itulah yang akan diberikan kepada keluarga kita

macam pak menteri pulak...hehehehe
bukan apa cuma sekadar ingat mengingati...sesama manusia, selaku rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kesejahteraan....
~~~~~~~~~~