Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Pandangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pandangan. Papar semua catatan

18 April 2014

Perlu ke jadi hipokrit

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hipokrit.  Satu ketika dulu, ketika zaman sekolah selalu juga isi buku biodata koleksi kawan-kawan.  Seronok suka-suka, siapa yang dapat banyak biodata dia kira macam popular, kalau sekarang ni dah boleh kira macam artis... gitu lah.


Antara pengisian dalam buku biodata itu adalah 'Perkara/Orang yang paling dibenci'.

17 April 2014

Pertama kali tonton Romi Cinta Julia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tonton Romi Cinta Juli Full Episode
Sumber gambar

Pertama kali menonton drama Romi Cinta Julia melalui slot Lestary di TV9.  Tak pasti pula episod ke berapa yang ditonton pada kali ini.  Agak menarik juga kerana sebelum ini tidak pernah menontoh sepenuhnya kerana berebut siaran tv dengan anak-anak (skema je kan).

Drama ini sebetulnya boleh dijadikan panduan bagi sesiapa juga yang menontonnya.  Walaupun sekadar drama tetapi mempunyai mesejnya yang tersendiri.

Namun berlainan pula dengan encik suami...

03 Januari 2014

Majalah Nur Januari 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Nur Januari 2014

Sudah beberapa bulan terlepas membaca Majalah Nur, majalah keluaran Karangkraf.  Pada awal tahun kemunculannya aye tidak terlepas mendapatkan majalah yang berunsurkan muslimah berkerjaya anggun aktif.  Alasan skema kenapa terlepas mendapatkan Majalah Nur adalah kerana kehabisan stok.  Dan... alasan yang paling pelik adalah bila terjumpa belek-belek sikit nampak isi seperti tidak menarik lalu diletakkan semula.  Kadang-kadang majalah ini keluarnya di hujung bulan untuk bulan berikutnya.  Okey... itu pengelaman YB dengan majalah Nur.


24 Julai 2013

Wordless Wednesday : Texture vs Tecture

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Lihat, Sentuh, Bina











Mengisi kekosongan idea di hari Rabu tanpa bicara

:D

Sekian.

22 Jun 2013

Mutiara hikmah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Tinggalkanlah pandangan-pandangan mata yang tidak bermanfaat, niscaya Allah akan memberikan kekhusyu'an ke dalam hatimu! Dan tinggalkanlah perkataan-perkataan yang tidak bermanfaat, niscaya Allah akan memberikan mutiara hikmah kepada Anda.

(Ibnul Mubarak)

17 April 2013

Perhatikan keadaan diri sendiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


corak motif hiasan warna biru untuk hari Rabu

Perhatikanlah diri Anda dalam tiga keadaan. 
(1) Jika Anda beramal, maka ingatlah pandangan Allah kepadamu, 
(2) jika Anda berbicara, maka perhatikanlah pendengaran Allah atas ucapanmu dan 
(3) jika Anda diam, maka perhatikanlah pengetahuan Allah tentang dirimu.

(Hatim al-Asham)



Sekian.  Semoga bermanfaat buat semua.

19 Februari 2012

Ringkasan cerita dari RTC Gopeng

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,




Seperti entri yang baru lepas, yangbaik ada laa buat cerita sikit berkenaan RTC Gopeng.



Meriah sungguh, cuma satu kurangnya yangbaik memang bukan kaki 'gambar' tak pandai nak 'capture' gambar hatta gambar sendiri pun takder harapkan kamera dari 'cameraman' yang entah dari mana datangnya tiba-tiba 'klip klap' cahaya lampu kamera, tak tau pula gambar mana yang diambilnya.


saat ketibaan PM ... sepintas lalu... nampak?

Diringkaskan cerita, setelah majlis perasmian di khemah sebelah sana selesai, PM telah melalui hadapan booth KPT... sayangnya PM tak singgah, mungkin kerana keletihan agaknya memandangkan PM baru saja tiba dari program lain di Selangor dan malamnya akan ke FELCRA Changkat Lada pula... sibuk sungguh yer...


pada hari pertama karnival sempat singgah sebentar di booth Kedai Rakyat 1Malaysia.
dari pengamatan yangbaik yang tak seberapa ni serta didokong oleh beberapa orang ahli pemasaran, 'packaging' produk 1Malaysia perlu ditambahbaik lagi bukan sekadar warna putih sahaja yang kelihatan seperti lesu... boleh? sekadar pandangan

Tak banyak booth yang dapat dilawati maklumlah bertugas kan, masa makan pun berebut bersilih ganti dengan petugas lain...  
sekian... rintihan suara dari RTC.  Beberapa rintihan suara hati terbuku di hati ... jauh di sudut hati

(^-^)
suka dengan logo di atas?...
layan..


31 Oktober 2011

Mengapa marah-marah kalau tiada sebab kukuh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Kalau sayang kenapa marah?  Bukan apa catatan lahir sepantas kilat setelah terlintas di fikiran sebab baru lepas tengok drama Gerak Khas. 

Babak pertama:  pemandu wanita yang marahkan anggota polis wanita.  Kenapa wanita suka marah-marah?  Bila tengok cerita macam tak logik pun ada juga, boleh ke marah-marah polis macam tu walaupun sama-sama wanita.  Dari cerita tu dah menunjukkan kita sekarang dalam keadaan tertekan dan stress sangat sehinggakan pihak berkuasa pun boleh dimarah-marah sesuka hati.  Atau sekadar drama jer?  Apa apa pun bawalah bersabar dan bertenang ketika berhadapan dengan apa-apa situasi yang tidak menyenangkan.

Babak kedua:  teman wanita marahkan teman lelakinya (kononnya tunang), dengan alasan mengganggu dia kerja dan terpaksa melayan kehendak tunangnya makan.  Bila dah sampai pertengahan cerita barulah faham rupa-rupanya teman wanita tadi dah ada pakwe baru la pulak... wanita wanita! 

Adakah ini contoh yang baik? Walaupun baru bertunang dan tiada ikatan yang sah, tetapi sudah sanggup menduakan tunang... entah macam mana pula bila dah ada ikatan yang sah.  Kerana kejujuran dan kesetiaan itu tidak semestinya terletak pada sesuatu ikatan tetapi terletak pada hati... Boleh?

...sesaja nak menghabiskan masa ...

26 Oktober 2011

Antara kaya dan miskin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Kaya.  Ada banyak pengertian mengenai kaya.  Kaya harta seperti wang ringgit yang berjuta-juta di bank, kaya harta seperti banglo 2 3 tingkat atau tingkat 2 3 ekar... eh kaya ker?. 

Maksud kaya bukan sahaja kepada kaya harta dunia tetapi juga kaya dengan budi pekerti dan adat sopan dan kaya jiwa seperti tidak mudah putus asa dan tidak mudah tunduk kepada kehendak nafsu.

Bukan niat nak memberi ceramah motivasi atau ceramah keagamaan tetapi sekadar berkongsi rasa dan pendapat.  Berkenaan dengan maksud kaya.  Kita sering memahami bahawa kaya itu kaya wang ringgit dan kaya itu untuk diri kita sendiri atau untuk keluarga kita. 

Aye (Saya) pernah terdengar perbualan seorang sahabat yang katanya dia dah cukup kaya.  Dia dah kaya kerana mempunyai gaji yang sudah cukup untuk keluarganya, anak-anak sudah besar dan masing-masing sudah punyai kerjaya sendiri dan mampu menyara hidup sendiri.  Beliau juga sudah kaya kerana sudah mampu ke Mekah sebanyak 4 kali.  Kita andaikan menunaikan haji sekali dan diikuti dengan umrah 3 kali.  Oleh kerana dia sudah 'cukup kaya' maka tidak perlu lagi dia mengejar wang ringgit kerana baginya masa yang ada sekarang adalah untuk beribadat dan menunggu mati.  Astaghfirullah!  Sungguh aye tidak sangka begitu sekali pandangannya mengenai kekayaan.

Memang benar dan tiada yang tidak benar bahawa harta dan kekayaan itu milik Allah dan dipinjamkan kepada kita ketika di dunia untuk menikmati hidup ini.  Tetapi bukankan kekayaan yang kita miliki itu untuk dikongsikan bersama dengan insan lain.  Bukankah 'tangan yang di atas itu lebih mulia dari tangan yang dibawah'?  Oleh itu, bukankah dengan kekayaan yang kita miliki itu boleh pula kita salurkan kepada insan-insan lain yang memerlukan. 

Disamping kita bekerja dengan hasil titik peluh sendiri kita sudah dianggap beribadah sekiranya ia dilaksanakan dengan niat yang ikhlas untuk keredhaan Allah.  Dan hasil yang kita perolehi itu, atau kekayaan yang kita miliki itu dibelanjakan untuk keperluan keluarga kita, saudara mara kita dan sahabat handai atau jiran tetangga yang terdekat kita akan dapat ganjaran pahala untuk bekalan di akhirat kelak.  Tambahan pula bila dibelanjakan atau disumbangkan pula kepada fakir miskin atau lain-lain asnaf yang memerlukan... Subhanallah! banyak sungguh ganjaran yang kita perolehi.  Ditambah lagi dengan sumbangan zakat harta dapat pula membantu dan menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara.

Dengan itu, kaya bukanlah bermakna untuk lingkungan kehidupan kita sahaja sebaliknya ia meliputi semua dan seluruhnya yang berada di sekitar kita.

"Harta jika diletakkan sebagai alat, ia akan menyelamat.  Tetapi jika ia menjadi matlamat, ia akan membawa mudarat"

Sekian.

11 Oktober 2011

Bantuan bukan cari susah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Memudahkan urusan orang lain bukan bererti mencari susah.  Memang benar bila kita bantu orang lain, kerja kita akan tergendala tetapi itu bukannya lama sekadar memudahkan kerja orang.  Mana kita tahu dengan memudahkan kerja orang lain, kelak kerja kita juga akan jadi mudah.

Kita harus sedar bahawa bukan semua orang dilahirkan boleh terus berjalan atau boleh makan sendiri.  Perlu bersuap perlu diberi peluang dan tunjuk ajar. 

Namun tidak semua orang juga bila diajar akan cepat memahami atau mudah memahami arahan.  Tambahan pula setiap orang dilahirkan dalam suasana dan latarbelakang keluarga yang berbeza. 

Kita adalah tergolong dalam hamba Allah yang bertuah kerana diberi peluang untuk memilik kefahaman yang tinggi dan kepintaran serta kepandaian dalam memahami sesuatu isu.  Sedar tak kita bahawa ilmu yang kita ada itu hanyalah tidak sampai setitik pun daripada ilmu yang terdapat di lautan luas.  Inikan pula tujuh lautan dari tujuh benua.

Kepintaran dan kepandaian yang kita miliki tidak sama dengan ilmu yang ada pada orang lain.  Hari ini kita bantu dia, ilmu kita akan bertambah lagi dan esok lusa kita pula akan dibantu walau bukan oleh orang itu tetapi orang lain dan dalam bentuk yang berbeza dan tidak sama.

Hidup kita tidak selamanya di situ dan akan sentiasa berubah.  Tidak sekarang esok, ataupun bulan depan ataupun tahun depan ataupun dalam jangkamasa yang kita sendiri tidak terfikir.

Bila memberi bantuan berusahalah sebaik mungkin dan sekuat mungkin seperti mana kepandaian yang kita miliki untuk tidak mengungkit kembali bantuan yang kita berikan.

Ilmu yang kita miliki akan hilang kehebatannya apabila diungkit-ungkit mengenai bantuan yang telah diberikan.

Semoga dalam hidup ini kita sentiasa memberi kemudahan dan bantuan kepada orang lain.  Gunalah kepandaian dan akal yang diberikan Allah untuk jalan kebaikan.  Jangan sentiasa mengharap balasan atau ganjaran dari orang yang kita bantu.  Mungkin dia tidak mampu bantu kita kerana ilmunya tidak sama dengan ilmu kita tetapi kita tidak tahu apa pula ilmu yang dimilikinya atau ilmu yang bakal dimilikinya.

Sekian.

.*.
'

04 Oktober 2011

Pengurus dan Pinggan Makan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Pengurus dan pinggan makan.

Suatu hari, seorang Profesor menghadiri satu majlis tidak rasmi di sebuah hotel.  Kehadirannya ke majlis itu menggunakan peruntukan sendiri dan harus mengambil cuti kerana syarikatnya tidak menyediakan peruntukan kepada stafnya untuk ke program seumpama itu. 

Menurut Profesor itu, nama program yang dianjurkan amat menarik perhatiannya.  Dengan hasrat ingin belajar dan menambah ilmu, berbekalkan pengetahuan dan ilmu di dada beliau melaporkan diri untuk mengikuti program berkenaan yang dianjurkan oleh satu syarikat konsultan di sebuah hotel terkemuka.

Pada pandangannya program itu pasti mendapat sambutan ramai yang berjaya memberi input berguna kepada pesertanya.

Sejurus melaporkan diri, semasa makan malam profesor memerhatikan gelagat fasilitator kursus.  Selesai makan, profesor merapati sekumpulan fasilitator itu.  Pandangannya singgah di pinggan makan mereka dan terus mengamati wajah fasilitator itu satu persatu.  Mereka selamba sahaja tanpa merasa curiga, sambil tersenyum terus meninggalkan pinggan makan yang masih banyak bersisa.

Di satu sudut, Profesor mendekati mereka dan bertanya "Mengapa tidak dihabiskan makanan tadi?  Saya mengganggu ke?" 

Salah seorang dari mereka menjawab, "Kami dah biasa makan makanan macam ni, lagipun bukan kami yang bayar syarikat yang bayar kepada pihak hotel ni".   

Seorang lagi menyambung "Kalau setakat makanan macam ni, apalah sangat... bukan sedap pun".

Profesor itu dengan rasa yang sungguh kesal menjawab semula "Bukankah harga makanan itu dibayar oleh kami, peserta kursus ini.  Kalau tuan-tuan tidak mampu menghabiskan makanan dalam pinggan tu janganlah longgokkan dalam pinggan tu banyak-banyak, ambillah sekadar mampu sahaja".

Mereka saling berpandangan dan terus berlalu dari situ.  Profesor tadi terus membatalkan sahaja penyertaannya d dalam kursus itu.

Moral dan Etika cerita:
Pengurus yang berjaya pada pandangan kasar adalah orang yang mampu menguruskan pekerja dan aset organisasinya dengan baik.  Pengurus juga dilihat sebagai orang yang mampu menjadikan matlamat organisasinya tercapai.

Tetapi,  bila dilihat dari satu sudut yang lain atau dari pandangan mata halus... pengurus yang berjaya adalah pengurus yang mampu menghabiskan makanannya ... tidak bersisa.  Hairan kan?  Pandangannya begini, sebagai individu pengurus itu mempunyai pandangannya sendiri berkenaan keupayaannya untuk menghabiskan makanannya.  Andaikata makanan itu dilihat sebagai tidak enak, tidak perlulah ambil banyak, atau tak perlu ambil langsung.  Sekiranya makanan itu nampak sungguh menyelerakan, tidak perlu juga ambil banyak-banyak kerana kita belum lagi merasa makanan itu adakah ia sesuai dengan selera kita.

Pandangan ini diperolehi dari Profesor yang tersebut di atas dan sudah agak lama ingin dikongsikan dengan ramai orang.  Biarpun tak ramai yang tahu atau mungkin juga ramai yang tahu tetapi aye yang baru tahu... perkongsian ini diharap dapat memberi pengetahuan baru.

*Sesekali perhatikan pinggan kita, adakah habis makanan yang kita ambil, atau bersepah.  Jika habis, kita ada peluang untuk menjadi Pengurus yang berjaya.  Jika tidak, belajarlah dari sekarang untuk berfikir tentang selera dan nafsu makan kita...

Sekian.

04 Mei 2011

Jaga pandangan | Jangan pandang-pandang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Pandangan mata itu sering menipu
Membuatkan kita kadang-kadang leka dan alpa
Pandangan hati menjadikan kita lebih berhati-hati
...





Barangsiapa menjaga pandangannya dari hal-hal yang haram, menanah diri dari syahwat, mengisi batinnya dengan muraqabah (merasa diawasi oleh Allah), menghiasi amalan lahirnya dengan mengikuti sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan tidak memasukkan ke dalam perutnya kecuali yang halal, maka firasatnya tidak akan meleset.
(al-Kirmani)