Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Online Shopping. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Online Shopping. Papar semua catatan

15 Jun 2016

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016 oleh online shopping Malaysia yang dipercayai dan paling femes emes abad ini, iaitu www.nile.com.my datang lagi.  Nile.com nak bagi duit raya kepada blogger yang turut serta dalam Raya Giveaway: Jualan Raya Meletop 2016.  Jadi ini semua peluang buat rakan blogger untuk join dan hadiah yang ditawarkan adalah wang tunai sehingga RM1000. Lumayan tu.  Siapa tak cuba rugi.  Mana tahu rezeki dan berkat bulan Ramadan tahun ni.

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016 ini dibawakan oleh Lyssa Faizureen melalui blognya Lyssasecret.com.  

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016
Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016

Klik banner di atas untuk dapatkan pilihan barang yang disukai.  Sebelum tu untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai giveaway ini kenalah klik SINI dulu, jika tidak nanti terpinga-pinga pula di nile.com tidak tahu apa nak buat.

5 Item pilihan 


Nak dijadikan cerita berikut adalah antara 5 item yang menjadi pilihan YB.  Item-item hebat dan menarik ini boleh didapati daripada "Jualan Raya Meletop 2016" di nile.com.my.

1. Casual 3-in-1 Women Bag. YB memilih beg ini kerana terpengaruh dan tergoda dengan warnanya serta harga yang ditawarkan.  Nampaknya sesuai untuk ke pejabat.  Nampak seperti besar tetapi okey juga boleh masukkan notebook yang comel, amat sesuai untuk ke mesyuarat atau kursus. Memandangkan tahun 2016 YB telah dan akan menghadiri banyak kursus luar dan dalam.  Tak kiralah nama beg Casual tetapi nampak okey juga untuk majlis rasmi.

JLM2016 Sales price: RM33.30
Date: 16/06/2016
Time Start: 3.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 300 units only



2. Luggage Organizer Bag. Item ini menjadi pilihan bagi memudahkan pengasingan item yang perlu dimasukkan dalam luggage.  Tersusun dan terurus sikit... eh banyak lah... barang-barang comel yang perlu dibawa semasa menghadiri kursus di luar.  Tidaklah berselerak luggage nanti.  Boleh juga kalau nak diagihkan kepada anak-anak untuk kegunaan balik kampung masa cuti hari raya kelak.

JLM2016 Sales price: RM13.70
Date: 16/06/2016
Time Start: 4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 400 units only



3. Women's Small Square Shoulder Bag. Entahlah kenapa nak beli beg lagi. Nampak beg ni memang menarik dan sesuai juga untuk keluar santai-santai bersama keluarga. Anak-anak pun dah besar sikit, rasanya tak perlu dah nak isi lampin atau botol susu. Jadi maknye boleh leh bergaya sikit... ala-ala remaja gitu... huhuhu

JLM2016 Sales price: RM7.90
Date: 22/06/2016
Time Start:2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 300 units only



4.  Drawstring bucket bag. Ha ha ha... beg lagi.  Memang penuh dengan beg.  Apa nak buat anak-anak dah besar sikit, untuk perjalanan singkat satu hari boleh guna beg ini untuk mengisi sepasang baju anak-anak mana tahu ada yang nak bertukar pakaian.  Cuaca panas tak selesa juga bila pakai baju yang sama sepanjang hari.  Paling tidak boleh juga ibu atau ayah gunakan ketika keluar pejabat untuk satu hari.  Harga pun sangatlah berbaloi dan berpatutan.

JLM2016 Sales price: RM8.60
Date: 28/06/2016
Time Start:11.00am
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 500 units only



5. Shinny Surface Woman Flats. Baru jumpa kasut yang diidamkan. Kasut flat macam ni sesuai sangat dengan jiwa akak nie. Senang nak bergerak, nak berjalan laju-laju pun boleh tak bimbang dah kaki terpelecok atau terseliuh. Untuk wanita berkerjaya dan sentiasa mengejar masa kasut flat sebegini memangnya cocok bangat deh. Shinny surface woman flats ini bukan sahaja ringkas tetapi nampak cantik dan bergaya juga. Ada banyak pilihan warna yang ada... boleh tengok sendiri dan pilih mana yang berkenan di hati.

JLM2016 Sales price: RM11.90
Date: 29/06/2016
Time Start:11.00am
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 400 units only


Pilihan terbaik hanya di Nile.com


Di atas adalah antara pilihan hati YB.  Banyak versi dan pilihan yang ada bukan sahaja beg dan kasut tetapi termasuk juga fitness quipment dan pakaian dengan gaya semasa.  Buatlah pilihan yang bijak dan terbaik sementara peluang masih ada.  

Sekiranya berminat dengan item yang disediakan klik saja pada gambar dan link yang disediakan. Jangan lupa jualan meletop setiap item itu diadakan mengikut tarikh seperti yang tertera pada bawah gambar.

Tindakan bijak


Akhir sekali, selepas buat entri, email terus kepada give_away@nile.com.my beserta dengan detail seperti berikut:

Tajuk:  Raya Giveaway: Jualan Raya Meletop 2016
Link blog :
Nama penuh :
No. Telefon :

Semak entri dan keputusan giveaway >> DI SINI << 
Tarikh tutup untuk update blog adalah pada :30/06/2016 , 11.59 pm



Terima kasih atas kesudian singgah baca dan sokongan anda untuk entri Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016.