Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Ogos. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ogos. Papar semua catatan

01 Ogos 2022

PERMULAAN HARI BULAN OGOS PADA HARI ISNIN

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


PERMULAAN HARI BULAN OGOS PADA HARI ISNIN



اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya.

Alhamdulillah, hari ini Isnin 1 Ogos 2022 bersamaan 3 Muharram 1444.

Sekadar peringatan buat diri sendiri.


Cinta pada dunia
Dunia akan pergi

Cinta pada manusia
Manusia akan mati

Cinta pada Allah
Cintalah pada Allah kerana Dialah yang kekal abadi.

Semoga kebaikan senantiasa mengiringi setiap langkah dan kehidupan kita.


01 Ogos 2018

Selamat datang Ogos | Bulan Kemerdekaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Selamat datang Ogos | Bulan Kemerdekaan


Ogos bulan ke-8 dalam kalendar Masihi.  Memberi makna kita sudahpun melepasi 7 bulan dan berbaki lagi 5 bulan untuk menghabiskan tahun ini.  Semoga diberikan kesempatan dan kemudahan dalam menguruskan kehidupan harian.





"Jadilah seperti bunga yang memberikan keharumannya, bahkan kepada tangan yang telah menghancurkan keindahannya".  Sayyidina Ali Bin Abi Thalib


Terima kasih atas kesudian terus setia bersama blog ini dan singgah baca entri ini, Selamat datang Ogos | Bulan Kemerdekaan.

💝

01 Ogos 2017

Selamat Pagi | Ogos datang lagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Selamat Pagi |  Ogos datang lagi


Hari pertama bulan Ogos 2017.  Semoga bulan Ogos ini hadirnya membawa kebaikan dan kebahagiaann.  Hari-hari yang lepas biarkan berlalu, yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan.  Setiap yang berlaku jadikan sebagai peringatan kepada diri agar terus berhati-hati dalam setiap tindakan dan percakapan.


Selamat Pagi |  Ogos datang lagi

Selamat Pagi |  Ogos datang lagi


Pastinya banyak pengajaran dan pengalaman pahit manis sepanjang hari yang berlalu.  Jadikan semua itu sebagai pedoman untuk meneruskan hari-hari mendatang dengan lebih keceriaan dan kebahagiaan.


Terima kasih.  Selamat Pagi |  Ogos datang lagi


szi 💖

01 Ogos 2016

Ogos Bulan Kemerdekaan

Ogos Bulan Kemerdekaan



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Ogos Bulan Kemerdekaan kerana pada 31 Ogos 1957 dengan rasminya Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.  Pada tahun ini, masuk tahun ke-59 Malaysia mencapai kemerdekaan.  Biarpun umur sebahagian daripada kita belum lagi mencecah angka keramat itu, tetapi kita harus sematkan jiwa bangsa Malaysia yang merdeka.

Jadi, sebagai anak Malaysia kita semestinya bangga dengan kemerdekaan tanah air yang tercinta. Tanah tumpahnya darahku.  Kita buat entri patriotik sikit bersempena dengan bulan kemerdekaan.

Hari ini Isnin, 1 Ogos.  Hari pertama pada minggu pertama di bulan Ogos.


Logo Merdeka Hari Kebangsaan 2016
Malaysia #sehatisejiwa

Ogos datang lagi bersama rentetan sejarah kemerdekaan negara yang bakal membawa jiwa patriotik di setiap jiwa rakyatnya.


Terima kasih baca entri ini Ogos Bulan Kemerdekaan.


.

31 Julai 2013

Giveaway | Perancangan bulan Ogos 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


header yang pernah bertakhta seketika cuma...

Alhamdulillah blog #yangbaik sudahpun berusia 5 tahun pada tahun ini.  Tarikh yang lengkap tidak dapat diingati kerana beberapa entry awal sekadar percubaan telahpun terpadam... bukan sengaja tetapi dalam proses pembelajaran.  Walaupun demikian blog #yangbaik bukanlah blog pertama aye tetapi blog yang kedua dan ada lagi blog lain yang tidak berapa aktif.

Dipendekkan cerita... ehh panjang sangat ker intro kat atas tu.  Sekadar satu perenggan yang tidak beberapa patah perkataan... tidaklah panjang sangat.

Insya Allah, bersempena usia blog #yangbaik mencecah 5 lima tahun, beberapa perancangan sedang dan sentiasa bermain di kotak akal ini.

Antaranya adalah hendak mengadakan giveaway secara tetap setiap bulan.  Giveaway ini mudah saja dan tidak akan menyusahkan.  Hadiahnya tertakluk kepada budi bicara dan sumber.

Dan berikut adalah antara contoh hadiah giveaway yang bakal diterima.  Ada sesiapa yang berminat?



selendang atau shawl


alas meja kait

Buku.  gambar hiasan

cuba teka...gambar apakah ini.

Gambar-gambar di atas atas adalah tertakluk kepada pindaan dan stok semasa atau stok baru.  Atau ada cadangan hadiah lain... akan aye pertimbangkan. :D

Dan yang pasti setiap hadiah bukanlah bahan kitar semula atau barang terpakai sebaliknya didatangkan khusus untuk setiap giveaway. :)

Semoga saya dikuatkan semangat dan dapat melaksanakan perancangan ini dengan teratur dan cantik.

Sekian adanya...

Terima kasih.

01 September 2011

Suka duka Ogos 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Suka duka sebuah perjalanan blog picisan sepanjang Ogos 2011.  Bermula dengan 1422 paparan dan 752 pengunjung yang unik untuk minggu pertama merupakan satu permulaan yang amat membanggakan bagi blog picisan ini yang baru nak menapak dan mencari jalan untuk meneruskan perjalanan dalam dunia blog.  Pada pertengahan bulan Ogos jumlah paparan dan pengunjung yang unik pula mula menurun sedikit demi sedikit sehingga ke penghujung bulan Ogos 2011, paparannya telah menurun kepada 215 dan 121 pengunjung unik. 

Daripada statistik berkenaan memang dapat dirasai oleh penulis ini bahawa idea dan catatan yang telah dikeluarkan tidak menarik minat pengunjung atau terdapat beberapa isu semasa dan isu dalam serta pengurusan blog yang semakin tidak teratur. 

Penulis dalam masa yang sama sedang dan akan terus berusaha untuk menghasilkan tulisan dan karya yang terbaik yang mampu menarik minat pembaca. 

Paling kurang perlu ada info yang bermanfaat bukan sekadar catatan syok sendiri yang akhirnya memakan idea hingga kering kontang lantas melahirkan catatan merapu yang langsung tidak menarik minat. 


Daripada graf dapat juga dijelaskan di sini bahawa pengunjung yang paling ramai berkunjung ke blog ini adalah sudah tentu rakyat Malaysia.  Saya sayang Malaysia.  Diikuti dengan pengunjung dari Amerika Syarikat yang menyumbang peratusan trafik sebanyak 6.03. 

Kurang pasti pula atas dasar apa mereka singgah di blog ini memandangkan seratus peratus bahasa adalah dalam bahasa Melayu kalau ada bahasa Inggeris adalah sekali dua yang menggunakan bahasa rojak. 

Seterusnya diikuti pula dengan pengunjung dari Indonesia dan Singapura.  Pengunjung yang paling rendah adalah dari negara Poland dan Georgia yang masing-masing menyumbang trafik sebanyak 0.07%.  Terdapat juga pengunjung yang tidak dapat dikenalpasti negaranya.


Namun yang paling menarik perhatian adalah berkaitan dengan kata kunci yang turut menyumbang trafik ke blog yangbaik. 

Antara kata kunci yang paling banyak adalah berkaitan jejari runcing.  Ingin dinyatakan di sini bahawa tiada cerita peribadi atau isu-isu yang berkaitan peribadi jejari runcing tetapi semua cerita adalah meminjam istilah berkenaan sahaja. 

Biarpun tiada cerita peribadi tetapi jejari runcing atau blog jejari runcing merupakan kata kunci yang paling top di bulan Ogos.  Mungkin juga ada kaitan dengan kisah peribadi seseorang atau juga yang ada kaitan dengan hubungan seseorang.  Atau mungkin juga akan terus menjadi kata kunci pencarian utama untuk bulan-bulan yang akan datang.

Sedikit sahaja pencarian berkaitan kueh raya atau nama yang dikatakan ada kaitan dengan Makcik Hajja Sitt AlWuzara.  Sedikit juga pencarian berkaitan kebaikan iaitu maksud taqarrub.

Sehingga itu dulu sebuah cerita suka duka perjalanan blog yangbaik untuk bulan Ogos 2011.  Penulis ini dalam kekeringan idea, mungkin juga kerana dah penuh dengan ketupat, lemang, rendang rusa dan kopo O. 

Jangan lupa selepas ini untuk meneruskan amalan Puasa Enam sebaik-baiknya buatlah di awal bulan Syawal dan janganlah tunggu sehingga ke penghujung.  Semoga tidak terlewat dan tidak terlepas untuk melaksanakan puasa 6 di bulan Syawal 1432 / September 2011.

05 Ogos 2011

Target Pageview Bulan Ogos 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Pageviews bulan Julai 2011 4,892

Hajat hati nak sasarkan pageviews untuk bulan Ogos 2011 sebanyak 5,500 

Kenapa 5,500?
Sebab ini blog aye dan itu sasaran awal.  Kalau tercapai dah cukup bagus tapi kalu lebih lagi sangatlah bagusnyer... kalau tak tercapai?... Tak per tunggu sasaran bulan September 2011 pulak... amacam boleh? 

Hidup Luar Biasa.

01 Ogos 2011

1 Ramadan 1432 | 1 Ogos 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432

Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak.  Semoga dikurniakan kerahmatan dan kesejahteraan di sepanjang bulan Ramadhan ini.  Semoga Ramadhan ini bukanlah Ramadhan yang terakhir buat kita.  Semoga Ramadhan ini memberi penuh makna dalam kehidupan kita.  Semoga Ramadhan ini dapat kita lalui dengan sempurna.

#Cerita bersahur ahli keluarga pula:
Jam 4.00 pagi, semua ahli keluarga bangun, mula dari Inas Insyirah yang berusia 7 bulan sehingga lah Alif yang berusia 5 tahun.  Cukup jam 6.00 pagi, tidur semula.... Ujian pertama di bulan Ramadhan 1432...


Sekian, salam Ramadhan.