Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Nisfu Syaaban. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nisfu Syaaban. Papar semua catatan

29 Mac 2021

Nisfu Syaaban | 14 hari menjelang Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Nisfu Syaaban |  14 hari menjelang Ramadhan



Alhamdulillah, hari ni 15 Syaaban 1442.  Malam tadi merupakan malam Nisfu Syaaban yang penuh dengan keberkatan.  

Semoga kita dikurniakan kesihatan yang baik untuk menempuh bulan Ramadan.


14 hari menjelang Ramadhan
14 hari menjelang Ramadhan


14 hari lagi menjelang Ramadhan.  Ada bermacam-macam rasa kan masa nie... dan hanya kita yang mampu mentafsirkan apa yang kita rasa.  Perasaan tak sabar nak berjumpa Ramadhan dan berhadapan dengan segala kemungkinan.

Seperti biasa juga setiap kali Ramadhan tiba kita akan mengharapkan Ramadhan ini adalah Ramadhan yang terbaik buat kita.


Sekian adanya, terima kasih atas perhatian yang diberikan.



  

28 Mac 2021

Salam Nisfu Syaaban

Assalamualaikum dan salam Nisfu Syaaban


Salam Nisfu Syaaban


Malam ni malam NISFU SYAABAN

Dari Muaz bin Jabal RA dari Nabi SAW baginda bersabda:

Allah mendatangi makhlukNya pada malam Nisfu Syaaban. Dia mengampuni makhluk kecuali orang musyrik (berbuat syirik) dan yang bermusuhan. (HR Tobrani No: 16639) Status: Hadis Sahih

Bulan Syaaban memiliki kelebihan tersendiri dimana merupakan bulan yang Rasulullah SAW paling banyak berpuasa sunat di dalamnya.

Nisfu Sya'ban
Nisfu Sya'ban


Malam Nisfu Syaaban juga terdapat kelebihan dan keutamaan bagi mereka yang beribadat dengan diberikan keampunan kecuali kepada mereka yang syirik dan bermusuhan sesama mereka.

Digalakkan kita memperbanyakkan ibadat dan memohon keampunan kerana  Nabi SAW bersabda:

Dari 'Aisyah RA dia berkata,
Pada suatu malam saya kehilangan Rasulullah SAW, lalu saya keluar, ternyata saya dapati baginda sedang berada di Baqi',

Baginda bersabda:
"Apakah kamu takut akan dizalimi oleh Allah dan Rasul-Nya?"

Saya berkata, wahai Rasulullah, saya mengira tuan mendatangi sebahagian isteri-isterimu,

Baginda bersabda:
"Sesungguhnya Allah ta'ala turun ke langit dunia pada malam pertengahan bulan Syaaban, lalu mengampuni manusia lebih banyak dari sejumlah bulu kambing." (HR Tirmizi No:670)

Ibnu Rajab mengatakan, berkaitan dengan malam nisfu Syaaban, para tabi’in penduduk Syam, seperti Khalid bin Ma'dan, Mak-hul, Luqman bin Amir, dan beberapa tabi'in lainnya memuliakannya dan bersungguh-sungguh dalam beribadah di malam itu. (Lathaiful Ma'arif, hlm. 247)

Ulama bersetuju tidak ada jenis ibadat yang dikhususkan pada malam tersebut seperti tidak ada solat Nisfu Syaaban 100 rakaat, doa-doa khusus atau bacaan-bacaan khusus.

Marilah kita merebut peluang memperbanyakkan ibadat dengan solat sunat, zikir, membaca al-Quran, selawat, doa dan memohon keampunan setiap waktu dan masa.

sumber: @quotephotovideo 

#page87of365
#Ahad
#14Syaaban1442
#28Mac2021
#15harimenjelangRamadhan
#Sysfelconsultant
#sysfelmasuktv

16 Julai 2011

Baca Yasin malam ini | Esok Nisfu Syaaban

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Dalam kita baru saja melepasi hari Isra' Wa Mikraj, esok kita pula bakal menyambut Nisfu Syaaban.

Berikut adalah amalan yang biasanya dilakukan pada malam menjelang Nisfu Syaaban iaitu membaca Surah Yasin sebanyak 3 kali.  Aturan yang biasanya dilakukan adalah seperti berikut:

1.  Pada bacaan Yasin pertama, niatkan memohon dipanjangkan umur untuk mentaati segala perintah dan menjauhi larangan-larangan Allah.  Kemudian diikuti dengan doa tertentu.

2.  Pada bacaan Yasin kedua, niatkan memohon keluasan rezeki yang halal serta diberkati.  Kemudian diikuti dengan doa tertentu.

3.  Pada bacaan Yasin ketiga, niatkan memohon ditetapkan iman yang sempurna sehingga meninggal dunia kelak dan diikuti dengan doa yang tertentu.

Selain daripada membaca Yasin, pada malam Nisfu Syaaban juga digalakkan mendirikan Solat Sunat Malam, beristghfar, berselawat dan berzikir.

Keterangan di atas dikutip daripada buku keluaran Darul Nu'man iaitu "Kelebihan Amalan Bulan Rejab Sya'ban Ramadhan", ditulis oleh Tuan Haji Johari Haji Alias.

Pada pendapat aye, tidak semestinya amalan berkenaan berhenti atau dilakukan pada malam nisfu Syaaban sahaja tetapi adalah baik kiranya dapat dilaksanakan juga pada malam-malam yang lain.  Semoga diizinkan.

Sekian adanya.