Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Muslimah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muslimah. Papar semua catatan

10 April 2013

Doodle Blogger Muslimah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Wah! Bukan main lagi rasa nak lompat-lompat sambil tepuk tangan macam kanak-kanak riang.  Bukan Tepok Amai-Amai tau.

06 Januari 2012

Bukan salah fesyen

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



(walla... baru semalam keluar gambar nih... hari ini keluar semula.  sebab dikeluarkan semula adalah kerana pada gambar ni tertera perkataan fesyen)
update: gambar sebelah telah ditukar bagi mengelakkan kecelaruan atau salah anggap mengenai kaitan antara gambar dan cerita.  Walau apapun gambar di atas sekadar hiasan dan tiada kaitan dengan isi cerita.
 
Memang terasa terpanggil (entah sapa yang panggil tak tau ler) untuk menulis mengenai fesyen.  Sayangnya Yangbaik bukanlah penulis atau kolumnis fesyen di mana-mana majalah kerana tulisan Yangbaik tidaklah sebagus mana pun.  Nak menulis tentang fesyen sedangkan Yangbaik sendiri tidak pandai berfesyen tetapi minat terhadap fesyen tetap ada terutama fesyen muslimah.

Sejak dua menjak (ayat apa nie) ni fesyen muslimah dah jadi seperti satu keperluan dalam mana-mana majalah fesyen sehinggakan kita sebagai pembaca kadang keliru adakah ianya benar-benar muslimah atau sekadar perniagaan yang bertopengkan muslimah tetapi penghayatan muslimah tidak sejati.  Ini adalah kerana rata-rata pengeluar fesyen lebih mementing keuntungan dan mengambil kesempatan di atas lonjakan fesyen muslimah dan mula mencipta trend sendiri sehingga mengadaikan keperluan dan kehendak Muslimah. 

Fesyen muslimah sendiri yang diberi nama menjadikan wanita muslimah sebagai perangkap untuk melariskan jualan.  Sebagai muslimah pula, tidak seharusnya terpengaruh secara total terhadap longgokan fesyen muslimah.  Tidak dinafikan terdapat fesyen muslimah yang benar-benar diperjuangkan untuk wanita muslimah.  Oleh kerana dengan adanya lambakan fesyen muslimah tiruan yang berleluasa di pasaran maka secara tidak langsung fesyen muslimah sejati tidak berapa menonjol sebaliknya kelihatan seperti melukut di tepi gantang.

Wanita terutamanya yang muslimah seharusnya bijak dalam menilai fesyen yang terdapat di pasaran.  Keperluan berfesyen itu seharusnya disulami dengan kehendak syariah dan kehidupan beragama bukan semata-mata kerana keinginan untuk menunjuk-nunjuk.

Semoga fesyen muslimah tidak disalah ertikan.  Berilah maksud yang betul ke atas fesyen muslimah, bukan semata-mata mencari untung dunia sehingga mengabaikan keperluan 'di sana'.

Sekian.




09 Disember 2011

Cabaran berfesyen dalam dunia



Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Cabaran berfesyen dalam dunia sekarang dan dunia dahulu mempunyai ruang yang berbeza.  Jika dahulu kita terutamanya muslimah berhadapan dengan pemikiran prejudis terhadap cara berpakaian. 

Prejudis ini sebenarnya pada pandangan Yangbaik pada mulanya mungkin datang dari rasa saja-saja nak mengusik dan usikan itu sebenarnya satu cabaran dan ujian untuk menguji sejauh mana kekuatan jiwa dan naluri seorang muslimah untuk menutup aurat. 


Dalam perkara ini boleh kita katakan biarkan apa orang nak kata asalkan kita menutup aurat dan mengikut kehendak Islam.  Betul?  Dan kita tidak boleh kata apa orang nak kata bila kita buat kerja salah... kerana kata-kata itu tidak menepati keperluannya.  Betul?  Contoh... bila seorang wanita memakai pakaian yang tidak cukup benang, dia akan kata "ahhhh! biarkan, apa peduli orang nak kata apa bukan boleh ambil pun" dan bandingkan pula dengan ayat ini "pedulikan apa orang nak kata saya nak pakai tudung dan baju labuh, ini kan suruhan agama!" Lihat! ada bezanya kan?




Citarasa fesyen kita tidak sepatutnya dipengaruhi oleh keinginan atau kehendak pereka fesyen dan dunia fesyen semata.  Sebaliknya kita yang harus bahkan wajib bila berfesyen itu mengikut sunnah dan suruhan Islam, kerana hidup dan mati kita adalah untuk Islam.

Cerita di atas adalah sebahagian daripada realiti hidup kita seharian dan jika dicungkil mungkin banyak lagi cabaran-cabaran yang harus ditempuhi untuk mendapat keredhaan Allah dalam kehidupan.

Apa pula cabaran kalian dalam berfesyen?  Boleh kongsikan di sini.

20 Februari 2011

Apa yang ditutup mampu mendatangkan faedah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,


(koleksi gambar peribadi)

Apa yang ditutup? Mampu mendatangkan faedah kepada ramai orang dan juga kepada diri sendiri.  Antaranya aurat, bagi seorang wanita Islam auratnya dari sehelai rambut sehinggalah ke hujung kaki... huraiannya... bagi setiap wanita Islam mampu mengetahuinya dan sedia memahaminya kerana kita belajar mengenai itu di sekolah dulu...

Lainnya adalah seperti berikut:
Siapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.  (HR Muslim)

Huraian:
Faedah 1 - menutup aurat dapat pahala untuk diri sendiri dan juga kepada ibubapa atau suami.
Faedah 2 - tidak mendedahkan rahsia (aib) orang lain dapat pahala juga di mana rahsia kita akan terpelihara.



Sekian.  Semoga mendapat manfaat.

.

21 Mei 2010

Soal Kerja atau Soal Hati? Teguhkan iman

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat seluruh muslimin dan muslimat.  Semoga di hari yang penuh keberkatan ini kita berupaya perolehi seribu rahmat dari Ilahi.


Soal Kerja atau Soal Hati?

Setiap kerja yang dipohon sudah tentu menjadi idaman hati atau paling kurang kerana kita mempunyai kelayakan untuk kerja itu... mungkin juga ada kerja yang terpaksa dipohon kerana tiada pilihan lain. Namun setiap kerja yang ditawar dan kita terima harusnya menjadi satu titik tolak kepada satu kehidupan atau suasana baru yang harus kita terima dengan seadanya dan berusaha untuk melaksanakan yang terbaik.

Bergelar staf baru di sesuatu organisasi, sememangnya kita diperhatikan. Dari segi apa?... Kebiasaannya selain dari aspek kebolehan, kecekapan dan kualiti kerja yang sentiasa dipantau oleh bos atau staf yang senior anda juga mungkin diperhatikan oleh lelaki bujang hatta suami orang juga.

Sebagai seorang muslimah, anda harus sentiasa ingat kepada batas-batas agama dalam apa jua perkara yang anda lakukan seperti tatacara berpakaian dan penampilan diri. Sebagai staf baru, soal hati seharusnya ditolak ke tepi sebaliknya berikan tumpuan dan fokus kepada soal kerja dan tanggungjawab bagi memahirkan diri dalam tugas yang telah diterima.

Apa yang penting berikan masa untuk memahami bidang kerja dan menyesuaikan diri dengan suasana kerja yang baru. Harus bijak menilai mana yang positif dan negatif. Seorang muslimah sewajibnya memelihara peribadi bagi mengelakkan sebarang fitnah yang boleh membawa kerosakan.

Perkara utama yang harus diberi perhatian pada bila-bila masa adalah:

1. Meningkatkan keyakinan diri. Tidak bermakna hingga menimbulkan riak dan bangga dengan kebolehan diri sebaliknya bersyukur di atas bakat dan akal yang telah Allah kurniakan. Dalam masa yang sama harus juga ada rasa rendah diri dan bersederhanalah dalam setiap perlakuan.

2. Penjenamaan diri. Menjaga penampilan dan imej diri disamping mempunyai nilai peribadi yang unggul seperti rajin, amanah, jujur, bertanggungjawab, bekerjasama dan berdisiplin. Selain dari itu dengan adanya prinsip diri yang jelas akan menjelaskan lagi jati diri seorang Muslimah yang sejati.

3. Menjana semangat diri. Niat utama melangkahkan kaki ke tempat kerja adalah untuk mendapatkan rezeki yang halal dan kerana Allah. Dari sini akan menimbulkan keikhlasan untuk bekerja disamping meneguhkan minat dan mengelak daripada merungut terhadap kerja yang diamanahkan.

4. Meminta bantuan. Sebagai staf baru sudah tentu tidak banyak yang kita ketahui tentang sesuatu perkara. Adalah tidak menjadi kesalahan kalau bertanya kepada staf yang lebih senior asalkan tatasusila sebagai muslimah tetap terpelihara. Dalam masa yang sama elakkan diri dari menjadi bahan fitnah terutama apabila berurusan dengan staf lelaki.

5. Prestasi kerja. Adalah tidak mustahil prestasi kerja akan merosot apabila soal hati mula diberi perhatian dan melupakan niat asal semasa memperolehi kerja. Kawal perasaan kerana tidak mustahil ada ketika hal-hal peribadi akan bercampur dengan urusan kerja, seperti melayan panggilan telefon, sms atau keluar makan.

6. Perkembangan kerjaya. Semasa melangkah kaki ke dunia pekerjaan, sudah pasti setiap dari kita mempunyai perancangan tersendiri untuk memajukan diri dalam kerjaya. Apabila soal hati dan perasaan dicampur adukkan, tidak mustahil akan timbul rasa cemburu dikalangan staf yang lain. Secara tidak langsung akan menjejaskan tumpuan dalam pekerjaan dan akan menyekat peluang untuk meningkatkan diri dalam kerjaya.

Walau apapun situasi yang timbul, sebagai muslimah yang sejati janganlah mudah terpengaruh dengan hasutan duniawi yang akan menjerumuskan diri ke lembah yang hina. Sebaliknya sentiasalah berwaspada dan mohonlah bantuan dari Allah apabila menghadapi kesukaran dalam membuat pilihan.

Sumber: Hari Pertama – Fokus kerja berbanding soal hati; Majalah Nur, Mei 2010.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Catatan:  sebagai motivasi dan ingatan buat diri yang sering alpa