Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Motosikal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motosikal. Papar semua catatan

22 Oktober 2013

Kisah di sebalik Topi Keledar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Topi keledar ARC hak milik persendirian.

Apalah pulak duduk tak duduk buat cerita mengenai topi keledar pulak.

Entahlah... bukannya tak biasa tetapi dah selalu sangat pakai topi keledar.  Yer lah... bila naik motor atau bila bawa motor ke tempat kerja kenalah pakai topi keledar.

Kalau korang nak tahulah.... kalau tidak tak per silalah abaikan ... hehehe.  Pernah satu hari minggu, aye ke kedai di jalan depan rumah nak kata jauh tidaklah jauh sangat tapi kalau jalan kaki memang makan masa sejam lebih.  Pergi ke kedai tu nak beli daun sop jer pun, bawa anak mombonceng di hadapan (ngeee). 

Saja lah nak dijadikan cerita bawa motor tu tak pakai topi keledar ater dah dekat sangat.  Cuma nasib baik sebab lalu kot lorong belakang kedai... elok jer sampai ka simpang... jeng jeng jeng.. ternampak kereta peronda depan kedai makan.. alamak kecut perut nasib baik tak jadi nak pecut.... tapi ketar jugaklah kepada lutut ni, rasa macam nak terduduk (walaupun dah duduk atas motor ... heee).  Cepat-cepat patah balik ke rumah tak jadi beli daun sop.  Ater hari ni buat sop kosong jer lah... tak cukup rencah.

Bukannya tak boleh pergi semula pakai topi keledar tetapi disebabkan semangat yang semakin hilang.. kusss semangat, dah malas pulak... gementar tuuu tak hilang lagi.

Dan, selepas itu setiap kali keluar dengan motor mesti nak pakai topi keledar tak kiralah walaupun sekadar beli nasi lemak di jalan depan rumah pun... 

Kira jadi pengajaran buat diri sendiri jugak kan.

Topi keledar warna hitam
Dipakai oleh nak dara jelita 
Jangan pakai baju hitam
Kelak tidak kelihatan dilanggar kereta

Boleh lah... 

suka duka pentas dunia

01 September 2013

Jamuan Eidulfitri 2013 lagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pada asal rancangan memang umi dan ayah serta adik-adik dan PR akan turut serta dalam majlis Jamuan Eidulfitri PASTI SIDEC.  Sesungguhnya penentuan dariNya lebih pantas dari perancangan manusia yang kerdil ini.


Selamat Hari Raya Aidilfitri.  Maaf Zahir dan Batin


Hampir-hampir juga umi merajuk sendiri (tanpa sebab yang munasabah) tidak mahu hadir ke majlis berkenaan.  Sekali lagi semangat untuk mengembirakan anak-anak mengatasi rajuk yang tidak berasas itu.
Pagi itu, agak mendung kelihatan pada mata kasar seperti hujan akan turun pada bila-bila masa... maka sedikit sebanyak melembapkan tindakan umi untuk bersiap.  Anak-anak (Dina dan Inas) dah lama bersiap, sementera tunggu umi siap... mereka bermain di luar... gembira ria hendak menyambut hari raya...

"Umi dah siap ke?  Tiba-tiba soalan itu mengejutkan umi dari lamunan.  Terhenti seketika hasrat hati yang membatu tadi... terus saja menyiapkan diri dengan gaya yang sepatutnya....

Maka kesunyian pagi itu (dah jam 9.00 pagi pun), dipecahkan dengan derungan enjin motor Yamaha EGO. Dua kali berangkut dari rumah ke PASTI SIDEC, mula-mula bawa Dina kemudian bawa Inas pula.  Tak berani umi nak bawa dua-dua sekali.  Bila difikirkan semual memang betulkan ego seorang umi sedikit sebanyak pasti terlerai dengan suara pujukan anak-anak.  Tiada guna mengeraskan hati dan membatukan diri hanya kerana perkara kecil.

Tiba di majlis... belum lagi bermula.  Ambil tempat duduk yang masih lagi kosong walaupun berhimpit tetapi selesa kerana anak-anak pun tak kisah sangat dengan suasana riuh ... dan yang pastinya Inas Insyirah merupakan anak yang paling teruja dengan situasi itu tanpa menyedari bahawa usianya belum lagi layak untuk didaftarkan di PASTI hanya badannya sahaja yang mendahului usia.


Inas Insyirah, seperti biasa tidak suka dirakam wajahnya.


Muram kerana tak dapat belon atau kena tolak?


Inas tak kisah walaupun kena tolak... yang dikisahkannya adalah belon!!!


belon idaman yang menjadi rebutan.  Syukur masih makan pujuk...
janji nanti ayah belikan belon banyak2 yer... 


Majlis Jamuan Eidulfitri berkenaan juga dipenuhi dengan acara pemberian hadiah kepada anak-anak PASTI yang berpuasa penuh sepanjang Ramadhan (29 hari).  Tiga orang semuanya.  Tak dapat nak rakam gambar mereka sebab pemberian hadiah di ruang depan... umi pula duduk makan di dalam.

Sementara itu, majlis berkenaan juga dihiasi dengan acara cabutan nombor bertuah.  Suka kan?

Tiba masa untuk pulang.. Inas dah buat projek senyap-senyap.  Makan sudah, minum pun sudah apa lagi. Sementara mencari selipar Inas dan kasut umi yang terpelanting entah ke mana... tiba-tiba terdengar panggilan 019... antara sedar dengan tidak Dina menunjukkan nombor pada kertasnya kepada pengacara... eh..... betullah, hadiah tu untuk Dina.

Okey... tinggal dulu Dina pada ustazah kat PASTI, masih ramai lagi orang.  Umi nak hantar Inas balik.

Dah hantar Inas balik rumah... datang semula ke PASTI untuk ambil Dina.  Ustaz Ismi sedang memberi ceramah/tazkirah ringkas mengenai keperluan pendidikan anak-anak.  Pesanan ringkas yang padat dan bernas sekali.


Irdina Huda bergambar bersama HUDA (maskot PASTI) dan hadiah cabutan bertuah.  Eh... ada gangguan pulak.


sampai senget-senget mata dan mulut Dina menahan panas.


Irdina Huda, umurnya bakal mencecah 6 tahun pada Disember nanti...lambat lagi.  Nak buat majlis hari jadi kat PASTI memang tak dapatlah sebab musim cuti sekolah... tapi tak per nanti umi dan ayah usahakan juga ... demimu wahai anakku.


Sekian adanya...untuk renungan dan ingatan diri ini... "apa yang kita tidak suka ada kebaikan disebaliknya"... ikhtiar dan tawakkal semoga bergembira dengan ketentuan dariNya.

Terima kasih.

13 Disember 2011

Kehidupan di jalan raya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Sebuah kisah kehidupan di jalan raya
bukan kisah orang gelandangan
mahupun kisah penunggu jalan
Kisah pengguna jalan raya
memang ramai pengguna jalan raya
namun tidak semuanya perihatin dengan pengguna yang lain
kerana...

jika pernah terdengar suatu masa dahulu orang akan mengherdik
"Hoi! jalan bapak kau yang buat ker nih?
Lalu orang yang diherdik akan terasa malu alah... mengalah la...

Bukan sekarang...
cuba kau herdik dia..
pasti jawapannya bukan yang diingini

Untuk itu, kita semua sebagai pengguna hormatilah hak pengguna lain yang sama-sama membayar cukai jalan dan juga hak sebagai rakyat Malaysia yang merdeka

Jalan raya bukan tempat untuk berdua-duaan
Jalan raya juga bukan tempat untuk bersantai dan bersiar-siar 'makan angin'
Tolong lah... kalau yer pun nak bersiar-siar... silakan ketepi, sikit jer bagi laluan kepada makcik nie... yang baru nak belajar 'merempit' di pagi hari mengejar masa untuk 'thumb-print'..

Dan... jika ya pun nak parkir kereta di tepi jalan atau bahu jalan... silakan lah...
tetapi tolonglah... sebelum buka pintu kereta tu...
lihat-lihatlah di belakang atau depan kot-kot ada motor yang lalu...
tersilap lah makcik ni tak perasan...
terlanggar pintu kereta tu....
yang terbuka luas (seumpama ambulan menurunkan penumpang...)
kan susah... sapa juga yang susah... sama-sama susah...
makcik ni ada anak lagi kat rumah...
tanggungjawab di pejabat juga belum selesai lagi...
sungguh benar sekali... apa yang berlaku sudah takdir...
tetapi salahkah kalau beringat dan berhati-hati sikit.... sikit jer...

hari ini penunggang motosikal ini selamat sampai rumah
mudah-mudahan esok-esok dan kemudian hari juga begitulah hendaknya

amin.
.

02 September 2011

Oh! Gadis Jagalah Keselamatan di Jalan Raya | Jangan jadi mangsa fesyen!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera Wanita Hari Ini 1Malaysia


Oh! Gadis Melayu yang bermotosikal, jagalah keselamatan ketika di jalan raya.  Mengapa Gadis Melayu?  Kerana dalam gambar ini adalah Gadis Melayu yang bertudung dan menunggang serta membonceng motosikal.  Andai bukan Gadis Melayu boleh jadi mereka adalah Wanita Melayu (Isteri seseorang). 


Pesanan ini memang ditujukan khas kepada semua gadis-gadis dan sesiapa sahaja yang menunggang motosikal.  Jagalah keselamatan atau Safety First Babe...

Lihatlah pada gambar ini, tiada salahnya pada mereka yang bermotosikal tetapi waspadalah dengan apa yang anda bawa.  Mungkin kita akan kata adalah mustahil mereka membawa dadah. Betul mereka mungkin tidak membawa dadah atau mereka tidak membawa duit yang banyak.  Eh! mana tahu... hanya kerana sedikit kelalaian sahaja.  Tindakan menggalas beg itu sudah sesuai dan cantik mata memandang.  Terutamanya pada beg gadis itu... cantik!

Tetapi sedarkah, anda bahawa anda sedang diperhatikan oleh seorang blogger wanita?... Hehehe aye lah tu.  Tetapi pemerhatian aye terhadap anda tidak mendatangkan sebarang bahaya.  Hanya pandangan mata yang lain yang akan mendatangkan bahaya kepada anda, iaitu pandangan di peragut durjana.  Mereka tidak mengenali mangsa. 

Andaikata hendak berfesyen, okeh biarkan masih boleh diterima tetapi fesyen itu biarlah tidak mendatangkan mudarat kepada anda.  Mengapa?  Kerana si peragut dengan sepantasnya akan mendekati anda dan menarik beg itu memandangkan warnanya yang merah dan memang menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandangnya.  Biarpun beg itu digalas dan tidak akan tertanggal dari bahu atau tangan anda... Cuba fikirkan dan bayangkan begini.... Apabila tiba-tiba datang sebuah motosikal atau kereta pemuda yang kononnya kacak mengiringi anda ketika bermotosikal dan tertarikh dengan beg anda tanpa anda sedari... terus menarik beg itu.... beg itu tidak tertanggal dari anda tetapi beg itu juga turut menarik anda sekali untuk jatuh... kerana kekuatan tali beg itu.  Apa akan jadi?  Sungguh aye tidak sanggup membayangkan kejadian seterusnya.  Oleh itu jangan anda menjadi mangsa fesyen bukan sahaja mangsa kepada peragut.  Mengerti?  Waspadalah.

Seronok menunggang motosikal beramai-ramai.  Teringat zaman sekolah dulu, menunggang basikal jer dengan kawan-kawang sekolah rendah .... semasa hari raya ... berkonvoi juga

Sekian, keselamatan anda adalah hak anda dan anda menentukannya.   Boleh!?