Pageviews

Memaparkan catatan dengan label MaMom Milk Booster. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MaMom Milk Booster. Papar semua catatan

12 Mei 2016

MaMom Milk Booster Pilihan Terbaik Untuk Ibu dan Bayi

MaMom Milk Booster Pilihan Terbaik Untuk Ibu dan Bayi



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Menjadi ibu merupakan satu detik terindah dalam hidup seorang wanita.  Tiada siapa boleh meragui akan perasaan indah yang dialami oleh ibu ketika pertama kali menatap wajah cahaya mata yang dikendongnya selama 9 bulan.  Saat-saat indah menjadi ibu pastinya lebih bermakna apabila dapat menyusukan bayinya sepenuh masa.

Namun tidak semua ibu dapat merasai keindahan itu hanya kerana kekurangan yang ada pada dirinya. Jangan pula kekurangan itu menjatuhkan semangatnya untuk terus menjadi ibu yang bertuah dan beruntung di atas muka bumi ini.  Pengorbanan ibu melahirkan anaknya dan membesarkan anaknya dengan caranya yang tersendiri tidak perlu dipertikai oleh orang lain.

Setiap wanita ada keistimewaannya yang tersendiri.  Semoga semua ibu-ibu diluar sana terus menjadi ibu yang gigih dan tabah dalam apa juga keadaan.  Berusaha untuk menjadi ibu yang terbaik dalam apa jua keadaan.  Terima seadanya kelebihan dan kekurangan diri tanpa mengurangi kasih dan sayang kepada ahli keluarga terutama anak-anak.




Jenama Milk Booster Pilihan


Bagi ibu-ibu yang berkeupayaan untuk menyusukan bayinya, pasti ada peluang dan ruang untuk menambah baik kualiti dan kandungan susu badan.  Mesti ramai ibu-ibu di luar sana pening bila nak beli milk booster sebab banyak sangat lambakkan jenama-jenama milk booster di pasaran.

Bila survey punya survey study kelebihan dan kekurangan. Akhirnya tak jadi beli sebab pening kepala nak pilih yang mana satu.

Bila tak jadi beli atau tangguh, susu badan mulai kurang. Ini sangat serius. Tambahan pula stress nak pilih jenama yang mana satu pun salah satu faktor menyumbang susu kurang.


Jadi macam mana cara banyakkan susu ibu dengan memilih milk booster yang berkesan?


Di pasaran ada pelbagai jenis milk booster seperti dalam bentuk tablet, serbuk, pil, perisa susu, perisa coklat dan pelbagai lagi.  Ibu-ibu perlu bijak membuat pilihan yang terbaik untuk kesejahteraan diri sendiri dan juga bayi yang disusu.

Dalam artikel ini saya kongsikan satu jenama yang sangat top dikalangan ibu-ibu menyusu. Iaitu jenama MaMom.

Kalau anda jenis yang sangat sibuk dan tiada masa. Saya sarankan anda menggunakan produk MaMom Milk Booster.  Sebab produk MaMom Milk Booster ini dalam bentuk tablet.  Botolnya juga tidak besar. Anda boleh bawa kemana-mana sahaja. Mudahkan?


Ciri-Ciri MaMom Milk Booster


Terdapat beberapa ciri-ciri menarik pada MaMom Milk Booster yang sudah pasti memberi banyak kelebihan dan kemudahan kepada ibu yang sentiasa bergerak pantas dan yang berkerjaya.  Antara ciri-ciri hebat MaMom Milk Booster adalah :-
  • Tablet kunyah yang mudah!
  • Susu melimpah-limpah
  • Berkesan seawal 24 jam ( *berdasarkan ribuan testimoni diterima)
  • Ada sijil Halal JAKIM, KKM dan lulus lab test SIRIM
  • Digunakan di hospital dan farmasi
  • Produk Malaysia, kini dieksport keluar negara
  • Produk tambah susu PALING DIPERCAYAI ibu menyusu di Malaysia dan Indonesia


MaMom Milk Booster boleh didapati secara online melalui The Baby Store.


Apa Kata Ibu Yang Pernah Guna MaMom Milk Booster.


Ibu 1

"Alhamdullilah.. rasa susu dah banyak. Pagi ini dapat 8oz.. syukur sangat-sangat... rezeki anak"

Ibu 2

"Alhamdullilah.. selepas 2 minggu susu bertambah-tambah meriah.. ini baru pusingan pertama pump.. 3 hari pertama makin dah nampak susu makin bertambah.. inshaAllah akan repeat order"

Ibu 3

"Saya baru makan semalam.. pagi tadi breast sudah bengkak.. saya terus pam, sebelah sahaja boleh dapat 1 botol penuh.. biasanya 3oz pun payah.. Alhamdullilah seronok sangat."

Ibu 4

"Salam sis.. ada berita gembira! Susu dah banyak tau sis.. Hari tu kan saya beritahu hari 1st consume MaMom susu tiba-tiba drop.. tapi saya nekad teruskan jugak amik MaMom.. dan hari ini bila pump sebelah sahaja dapat 7-8oz. Total kedua belah dapat 15oz. Sangat terkejut sis sebab sebelum ini belum pernah dapat banyak ini."

Ibu 5

"Ada perubahan. Alhamdullilah increase, officemates pun try. Now semua nak order. Nak repeat order 4 kotak"


Ini hanya sebahagian kecil sahaja feedback mengenai produk ini. Ada banyak lagi sebenarnya.


Ikuti video mengenai pengalaman ibu ini dalam penggunaan MaMom Milk Booster.


Dimana Hendak Dapatkan Produk Ini?


Anda boleh dapatkan terus melalui The Baby Store. Hanya order online sahaja ... terus sampai ke rumah anda.

Kenapa saya sarankan beli melalui The Baby Store? Ini kerana setiap belian anda membeli di website ini, anda dapat kumpul mata ganjaran dimana anda dapat tebus pada belian seterusnya. Memang menjimatkan.

Oppss lupa... setiap pendaftaran baru. Anda dapat 200 mata ganjaran yang boleh ditebus untuk belian pertama. Wow....

Selain itu, website yang boleh dipercayai... kalau anda risau bab-bab kene tipu dengan seller online. Kalau di website ini anda tidak perlu risau. Konfiden 100% selamat. Website pun cun!

Klik link ini ---> http://thebabystore.com.my/MaMom-Milk-Booster




Sudah pasti setiap ibu mahukan yang terbaik buat anak-anaknya.  Biar apapun kekurangan yang ada pada diri jangan dijadikan itu sebagai penghalang kepada anda untuk menjadi ibu yang terbaik. Sokongan keluarga dan rakan-rakan juga penting dalam memastikan semangat ibu-ibu ini tidak jatuh.

Sudahkah anda membuat pilihan?  Buatlah pilihan yang terbaik untuk anda dan keluarga.