Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Lidah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lidah. Papar semua catatan

27 Februari 2014

Dari mana datangnya dosa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Dari mana datangnya dosa.

Tanpa kita sedari, dari seketul daging di dalam mulut yang tidak bertulang turut menyumbang dosa kepada kita.  Walaupun lidah itu lembut dan tidak bertulang tetapi ia amat berat dan mampu memberi sumbangan besar kepada kita.

Sumbangan yang baik mampu mendatangkan pahala dan bakal mengiringi kita ke syurga.  Oh Tuhan! mampukah aku ke syurgamu sedangkan lidahku sering memberatkan dosaku.

Sumbangan yang jahat dari lidah mampu mengheret pemiliknya ke neraka.   Oh Tuhan! sungguh aku tidak sanggup menanggung siksa nerakamu.

Semoga apa juga yang pernah kita lakukan... mampu membawa kita ke dalam jannah kekal abadi.  Oh Tuhan! kurniakan ku taubat.  Ampunkan dosa-dosaku.  Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.

Petikan hadis yang ringkas dan pendek ini, memberi makna yang amat besar dalam kehidupan seharian kita.

Kebanyakan dosa manusia muncul dari lidahnya.  (HR Tabarani)

Oh Tuhan! yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sekian adanya.


suka duka pentas dunia
yangbaik.blogspot.com


$$$

11 September 2013

Asalnya dosa manusia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

taman bonda yang kini semakin layu dan sepi.  gambar hiasan


Kebanyakan dosa manusia muncul dari lidahnya.
(HR Tabarani)