Pageviews

Memaparkan catatan dengan label KL Sogo Trendsetter. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KL Sogo Trendsetter. Papar semua catatan

06 Oktober 2013

KL Sogo Trendsetter telah dikredit

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari ini 6 Oktober 2013, CPUV ke lima September 2013 iaitu KL Sogo Trendsetter Online telah dikreditkan.


Kira-kira 11 hari beriklan di blog yangbaik, iaitu mulai 25 September 2013 hingga 5 Oktober 2013.

Daripada pengamatan aye, tidak banyak iklan itu berjalan di blog ini.  Mungkin juga kerana aye kurang bercerita mengenai fesyen atau juga mungkin kerana komen yang diberikan pada catatan berkenaan.

Walau apapun tempoh iklan sudah tamat dan dapatlah sedikit sumbangan dari pengiklan.

Kepada Nuffnang dan KL Sogo, aye ungkapkan begini:
Kalau ada sumur di ladang boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang bolehlah anda beriklan lagi (di blog ini)
Kepada anda semua pengunjung blog ini, terima kasih atas kesudian dan keringanan tangan untuk klik pada iklan ini.

Semoga dimurahkan rezeki buat semua dan diberkati.

suka duka pentas dunia



27 September 2013

CPUV ke lima September 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sesekali terasa seperti hendak berhenti dari menayangkan cerita-cerita sebegini kerana dikhuatiri akan menimbulkan riak dan boleh menyebabkan orang lain iri hati.  Ada ke yang iri hati?  Tak perlulah... kerana rezeki masing-masing telah ditentukan.

Aye sendiri pun tidak pasti bagaiman Nuffnang boleh memberi kepercayaan kepada blog picisan ini untuk meletakkan iklan CPUV.  Memang sukar dipercayai dalam bulan September walaupun sudah hampir ke penghujungnya iklan CPUV masih menjelma.


CPUV ke-5 September 2013, KL SOGO TRENDSETTER ONLINE

Tak sempat nak captuer gambar iklan. Bukan tak pernah jumpa tapi tak perasan pula iklan tu dah masuk dalam CPUV.



Iklan itu adalah mengenai fesyen wanita untuk musim luruh... dari beg tangan, kasut dan pakaian wanita hasil rekaan Gabriella Robinson.  Walaupun begitu fesyen itu agak tidak berapa berkenan di mata dan di hati... Kan ke bagus ditayangkan juga fesyen untuk wanita muslimah...sedap mata memandang...

Komplen banyak-banyak nanti Nuffnang tarik balik CPUV.  Eh.. tak kan Nuffnang nak marah kot... iu sekadar pandangan dan berkongsi idea.  Mana lah tau esok lusa masuk pula iklan CPUV mengenai fesyen muslimah kan...

Apa-apapun terima kasih jugalah kepada Nuffnang di atas kesudian menempekkan iklan CPUV. Bertambah lagi ...

Sekian adanya.

^-^