Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Isra' Mikraj. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isra' Mikraj. Papar semua catatan

11 Mac 2021

Israk Mikraj Perjalanan Agung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera |  Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.   Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya.

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.  [Surat Al-Isra' 1]


Pengajaran dari ayat di atas:
1. Allah sendiri yang memperjalankan hambaNya di malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang diberkati sekelilingnya.
2. Tujuan Israk dan Mikraj adalah untuk Allah perlihatkan pada hambaNya tanda-tanda kekuasaanNya.
3. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. 


Peristiwa Israk Mikraj


Israk dan Mikraj

Peristiwa Israk dan Mikraj adalah kiasan proses perjalanan menjadi hamba Allah yang benar (ubudiyah).  Seorang yang hendak menuju Allah (menjadi hamba Nya yang benar) wajib melalui israk dan mikraj dalam hidupnya.

Israk ialah proses menyuci nafsu dari ammarah, lawwamah, mulhamah, mutmainnah dan seterusnya mencapai makam nafsu kamilah.

Proses penyucian ini memerlukan Jibrail dan Buraq; iaitu pembimbing dan amal soleh. Penyucian mesti meliputi jasmani ( syariat ) dan rohani ( hakikat) sebagaimana RasuluLLah s.a.w diisrak dan mikrajkan dengan roh dan jasad menurut pendapat yang paling muktamad di sisi ulama'.

Sebagaimana perjalanan Israk dan mikraj bermula di Masjidil Haram maka begitu juga perjalanan rohani bermula dengan diri jasmani yang mana kiblatnya ialah hati. Diri jasmani perlu menyuci dari dosa-dosa zahir dengan taubat nasuha. Begitu juga dengan hati, wajib disucikan sifat-sifat hati yang tercela seperti ujub, riya', takbur, hasad dan selainnya.

Sebelum diperjalankan oleh Allah, Nabi didatangi Jibrail dan beberapa malaikat lalu dibelah dada dan disucikan serta diisi dengan nur dan hikmah. Justeru seorang salik yang ingin menuju Allah juga wajib "membelah dadanya" dengan melucutkan segala pakaian kebesarannya di hadapan murabbinya untuk diisi dengan nur dan hikmah tersebut.

Semoga bermanfaat. 
#nasihatkehidupan

17 Jun 2012

Isra' Mikraj dan Hari Bapa

As salam


Selamat menyambut Isra' Mikraj.  Hari ini 27 Rejab 1433 Hijrah bersamaan 17 Jun 2012.  27 Rejab adalah hari Isra' Mikraj. 

Dan, berkebetulan pula hari ini adalah 17 Jun merupakan hari bapa.  Selamat Hari Bapa. 

Cuma tidak kelihatan atau yangbaik tidak perasan, tidak kelihatan pula promo mengenai hari Isra'Mikraj di kaca TV yang ada hanyalah promo Hari Bapa.

.