Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Hidup Untuk Memberi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hidup Untuk Memberi. Papar semua catatan

15 Februari 2014

Hadiah untuk saling mencintai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bekas yang cantik untuk meletakkan 'hadiah' perkahwinan.  Gambar hiasan


Hadiah untuk saling mencintai.  Memang biasa kita dengar.  Dengan cara pemberian hadiah kepada seseorang dapat mengeratkan tali silaturrahim.  Tetapi lihat juga hadiah yang bagaimana.  Kita juga sebenarnya tidaklah sepatutnya sentiasa mengharapkan hadiah daripada orang lain untuk kita sayang atau cinta padanya.

12 September 2011

Hidup bukan sekadar pilihan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Hidup bukan sekadar pilihan sebaliknya apa yang terjadi adalah telah tersurat.  Hanya kita yang perlu bijak meneliti apa yang tersirat di sebalik setiap kejadian.  Dalam kitaran hidup dan kejadian siang dan malam, kita sering diberi pilihan untuk berbuat baik atau sebaliknya.  Maka setelah diberi pilihan, pilihlah dengan bijak dan akal yang bestari untuk membuat baik.  Mengapa mesti memilih untuk membuat yang lain yang tidak baik yang kita tidak suka sebenarnya. 

Sesuatu yang terjadi sama ada kita sedar atau tidak kadang-kadang itu bukan pilihan kita tetapi kita telah terpilih untuk melakukan itu.

Tanpa kita sedari apa yang kita lakukan telah mendatangkan kesusahan kepada hati kita sebenarnya kerana terpaksa memikirkan hati dan perasaan orang lain.  Tetapi dalam kesedaran itu adakah kita akan insaf dan berfikir untuk tidak melakukan sesuatu yang di luar kotak pemikiran yang positif. 

Kita sering disogokkan dengan istilah 'lakukan sesuatu yang di kotak pemikiran anda'.  Adakah kita sedar kadang-kadang yang berada di luar kotak pemikiran kita boleh juga mendatangkan mudarat kepada hidup kita dan hidup orang di sekeliling kita terutama orang yang kita sayang.

Apa yang ada di luar kotak pemikiran anda adakala di luar kawalan perasaan dan naluri kita sebagai manusia biasa.  Berfikir dengan waras sebelum melakukan sesuatu yang berada di luar kotak pemikiran.  Dikhuatiri apabila berfikir di luar kotak pemikiran akan mendatangkan sesuatu yang diluar kawalan akal yang waras.

Apa sebenarnya yang berada di luar kotak pemikiran. 
Walaupun kita berfikir dalam kotak pemikiran tidak semestinya kita seperti katak di bawah tempurung.

Kita adalah apa yang kita pilih dan pilihlah untuk membuat kebaikan dan kebajikan kepada orang yang memerlukan bukan sekadar untuk kepentingan diri sendiri.

Sekian.

*.*




14 Disember 2010

Hidup Untuk Memberi

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia buat 1Dunia maya,

Hidup Untuk Memberi
Suatu ungkapan yang senang disebut dan senang dibaca

Hidup Untuk Memberi
Dalam setiap diri manusia pasti ada semangat itu
...semangat untuk memberi
tidak kira miskin atau kaya
hanya cara dan kaedah saja yang berbeza

Mengapa?
adakah miskin tidak boleh memberi
bukankan senyuman juga suatu pemberian

Bukan hanya yang kaya saja mampu memberi
namun ada ketikanya sang kaya raya tidak mampu untuk memberi apa
apatah lagi untuk membantu

Kita biasa memberi
tidak kira sekecil mana pun
kita mampu memberi

fikir sejenak...
apakah  makna pemberian itu
untuk apa memberi
untuk siapa
mengapa memberi

Hidup Untuk Memberi
Memberi perlu ikhlas
datangnya dari niat dan hati yang kudus
bukan kerana nama
bukan juga kerana darjat
bukan kerana harta atau pangkat

Hidup Untuk Memberi
Mengapa memberi kalau tidak ikhlas
bagaimana nak ikhlas
jika pemberian itu diungkit2
hanya menambah luka dan perit
lukanya hati yang menerima
walau yang terima hanya sedikit

waspadalah dengan pemberian itu...
jangan sampai buruk di siku...

jangan sampai yang terluka
jangan sampai makan tercekik...

Hidup Untuk Memberi
Memberi biar berpada
agar dapat pahala
agar terhindar dari dosa

....

07 Oktober 2010

Tinggal dan ganti baru, dapat yang lebih baik? Apa-apa pun boleh jadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

(Gambar hiasan - diambil dari Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah, UiTM Shah Alam)
Entahlah ada ketika kita perlu meninggalkan atau melepaskan sesuatu bagi mendapatkan sesuatu yang lain.  kerana mungkin juga sesuatu yang asal milik kita itu tidak sesuai dengan kita.  tetapi boleh ke kita terima hakikat tu.  contohnya, untuk beli roti gardenia kita perlu lepaskan sebanyak RM3.15... (mahal ke?)  Ye lah kalau kita tak bayar harga roti tu mana boleh ambik jer, nak masuk lokap (hah hanya kerana RM3.15 jer)... apa-apa pun boleh jadi...

Begitu juga tak semua dalam dunia ini adalah milik kita seorang.  Perlu dikongsi kan dengan orang lain (yang satu lagi... fikir ape?.... tak semua boleh kongsi woi...).  Maksudnya bas awam atau teksi (jenis-jenis pengangkutan awam ler... apa la dok pikir).  Kalau dah tempat duduk sebelah kita tu kosong jangan pulak letak beg atau pura-pura buat tak nampak, bagi le akak kita duduk tak pun kalau kita masih sihat dan kuat... bagi jer tempat duduk kita tu... salah ke buat baik? (lu pikirlah sendiri).

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tidaklah seorang hamba meninggalkan sesuatu karena Allah, kecuali Allah akan menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya dari arah yang tidak dia sangka-sangka. Dan tidaklah seorang hamba menganggap remeh hal yang diharamkan, sehingga ia mengambil yang tidak baik, kecuali Allah akan memberinya sesuatu yang lebih berat daripadanya.
(Ubay bin Ka'ab)

28 September 2010

Promosi Qurban di Kemboja oleh eQurban.com dan Denaihati

Assalamualaikum dan salam 1Dunia,

Terima kasih kepada eQurban.com  dan tahniah juga kepada denaihati yang telah telah terpilih sebagai platform kepada eQurban.com untuk berkongsi rezeki dengan teman-teman blogger. eQurban.com  adalah sebuah syarikat Malaysia yang menyediakan khidmat qurban lembu di Kemboja sempena Hari Raya Aidiladha. Keunikan eQurban berbanding syarikat lain kerana lembu yang disediakan adalah ternakan usahasama eQurban dengan Koperasi Muslim Kemboja. Harga untuk satu bahagian qurban juga sangat kompetitif iaitu hanya RM230 untuk sebahagian. Setiap peserta qurban akan mendapat sijil setelah qurban disempurnakan dan kepada yang berminat untuk melihat proses qurban juga boleh diuruskan.

Ladang lembu usahasama eQurban dengan Koperasi Muslim Kemboja

Dengan semangat Hidup Untuk Memberi, sempena musim hari raya qurban tahun ini, eQurban.com bermurah hati menganjurkan Contest Qurban di Kemboja. Kepada blogger yang berminat mudah sahaja. Anda hanya perlu membuat satu entri Promosi Qurban di Kemboja kemudian tinggalkan link tersebut di ruangan komen dan share kan di http://www.facebook.com/pages/Denaihaticom/131306343566283. Mudahkan.

Apa hadiahnya?? Hadiah Qurban di Kemboja adalah 7 bahagian lembu bernilai RM230 untuk setiap bahagian disediakan kepada 7 pemenang makanya setiap pemenang akan mendapat 1 bahagian qurban. Blogger boleh buat entri di lebih satu blog tetapi hadiah hanya layak untuk seorang blogger untuk satu bahagian sahaja.

Bagaimana pemenang dikira tu?? 7 blogger yang mendapat klik LIKE tertinggi di http://www.facebook.com/pages/Denaihaticom/131306343566283 akan dikira sebagai pemenang contest Qurban di Kemboja.

Siapa yang layak untuk join?? Semua blogger Islam yang berada di atas muka bumi Allah.

Tarikh tutup : Contest Qurban di Kemboja akan ditutup secara rasmi pada 11.59pm 19/10/2010.

Pertanyaan : Boleh bertanya terus melalui ruang komen, http://twitter.com/denaihati http://facebook.com/denaihati atau tinggalkan pesan di contact. Jangan lupa untuk lawat blog ini (Denaihati) untuk melihat update terbaru. Kepada yang hendak terus menempah qurban sila terus ke eQurban.com. Infaq baju terpakai juga diterima.

Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu.”(Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

~~~~~
note:  artikel disalin bulat-bulat dari blog Denaihati.
andai tak tersenarai sebagai peserta pun tidak mengapa, yang penting dan pastinya aye tolong promosikan entri dan artikel berkaitan Qurban di Kemboja...ada sesiapa yang nak join bolehlah berhubung terus dengan Denaihati.com

23 September 2010

Denaihati umumkan senarai penuh hadiah Hidup Untuk Memberi

Assalamualaikum
eh... apasal gambar durian... hehehehe... carik gambar acer aspire 1 tak jumpa... letak jer la gambar ni... okeh juga...sebab durian kan jadi rebutan ramai...kalau nak tengok gambar acer dan join contest nih... klik jer kat gambar acer kat side bar ... sila lah

nak lari jap... sambil lompat-lompat (eh eh tak buleh la pulak... kang ada yang jadik bidan terjun kat sini)...suka sangat sebab baru jer jelajah kat blog Denaihati sehingga entri ini ditulis, seramai 97 orang blogger telah sertai contest Hidup Untuk Memberi
dan hari ni, Denaihati umumkan senarai hadiah... lumayan...

Top Link Referrer 2010
Hadiah pertama : 1 x Notebook Acer Aspire One
Hadiah kedua : 1 x RM500.00
Hadiah ketiga : 1 x RM250.00
Hadiah Saguhati : 7 x RM100.00

Pengomen Terbanyak 2010
Hadiah pertama : 1 x Notebook Acer Aspire One
Hadiah kedua : 1 x RM500.00
Hadiah ketiga : 1 x RM250.00
Hadiah Saguhati : 7 x RM100.00
Hadiah Referral : RM20 x Jumlah blog yang ikut serta contest

kepada semua yang masih berminat sila lah sertai contest ni... masih lagi dibuka sehingga 11.59 pm 31/12/2010


20 April 2010

Hidup Untuk Memberi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Selawat serta salam buat junjungan mulia  Nabi Muhammad S.A.W
Hidup Untuk Memberi.  Dalam hidup kita sudah pastinya ada ruang untuk memberi selagi masih hidup... hatta kiranya kita sudah meninggalkan dunia yang fana ini... kita masih memberi... ??? Kenapa tak percaya? Bukankah ilmu yang manfaat yang kita tinggalkan itu adalah suatu pemberian kepada insan yang masih hidup...

Dari pengamatan aye, macam-macam kaedah dan cara untuk memberi... cuma sebutan dan pemahaman yang membezakan.  Sebagai contoh menunaikan janji juga boleh dikatakan sebagai memberi.  Kerana apabila kita berjanji kita telah membuka ruang untuk memberi, dan ruang itu hanya akan terisi setelah kita menunaikan janji dan secara tidak langsung janji yang telah kita tunaikan itu mampu memberi kesenangan kepada orang yang telah dijanjikan...

Memberi atau Pemberian itu tidaklah bermakna hanya dengan wang ringgit sahaja, ia mampu merangkumi senyuman, tenaga (usaha), doa dan ucapan yang baik-baik ... dan banyak lagi.

Ada Acer Aspire One percuma di sini