Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Hari Asyura. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Asyura. Papar semua catatan

01 Oktober 2017

Amalan Sunat pada Hari Asyura

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Amalan Sunat pada Hari Asyura

Alhamdulillah hari ini hari pertama bulan Oktober 2017. Berkebetulan pula hari ini merupakan hari ke-10 pada bulan Muharram 1439. Juga dikenali dengan Hari Asyura.

Jom kita tengok apakah amalan Sunat yang boleh dilakukan pada hari ini. Jika tidak semua pasti ada satu atau dua yang kita buat.



Antara amalan yang digalakkan pada Hari Asyura untuk kita amalkan termasuklah:

* Melakukan sembahyang sunat
* Berpuasa sunat
* Menghubungkan silaturrahim
* Bersedekah
* Membersihkan diri (mandi sunat)
* Memakai celak (bagi lelaki)
* Menziarahi orang-orang alim
* Menziarahi orang-orang sakit
* Menyapu kepala anak-anak yatim
* Meluaskan makanan kepada ahli keluarga
* Memotong kuku
* Membaca surah al-Ikhlas sebanyak 1000 kali

Melalui hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah ibn Amru ibn al-As RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang berpuasa pada Hari Asyura, maka seolah-olah dia berpuasa setahun dan sesiapa yang bersedekah pada Hari Asyura, seolah-olah dia bersedekah selama setahun."

Selain berpuasa pada Hari Asyura, umat Islam juga digalakkan juga berpuasa sehari sebelum hari Asyura iaitu hari Tasu'a (hari kesembilan).

Bahkan kita juga digalakkan berpuasa 3 hari iaitu pada Hari Asyura, sehari sebelum Asyura dan selepasnya sebagaimana yang dinaskan oleh Imam Syafi'e RA di dalam kitab al-Umm dan al-Imla.

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad RA, Rasulullah SAW bersabda:

"Berpuasalah kamu pada Hari Asyura dan hendaklah kamu membezakannya dengan orang Yahudi, berpuasalah kamu sebelumnya (Hari Asyura) sehari dan selepasnya sehari."

Malah Allah SWT juga memberi ganjaran yang amat besar bagi orang yang memperluaskan makanan ke atas ahli keluarganya pada Hari Asyura.

Melalui hadith yang diriwayatkan daripada Jabir RA, beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang meluaskan makanan ke atas diri dan keluarganya pada Hari Asyura, maka diperluaskan oleh Allah rezekinya sepanjang tahun tersebut."

Petikan dari kitab Amalan Awal Muharram dan Hari Asyura yang dikeluarkan oleh Dato' Hj Muhammad Fuad bin Kamaludin.

Selamat beramal pada Hari Asyura. Moga sedikit amal kita mendapat pandangan dan rahmat Allah hendaknya. Aminnn...

@quotephotovideo 👍👍👍

posted from Bloggeroid

24 November 2012

Asyura datang lagi

As salam,


gambar hiasan
Hari Asyura datang lagi.  Hari ini 10 Muharam 1433 merupakan hari Asyura.  Selamat menyambut Hari Asyura.

Terdapat berbagai acara dan sambutan oleh umat Islam bagi meraikan hari Asyura.  Selamat berpuasa juga. 

Tak kurang juga hari ini hari memasak bubur Asyura.  Terdapat berbagai versi bubur Asyura, antaranya bubur manis campuran berbagai jenis kekacang, bubur manis berempah terdapat di Kg Alor Sipol, Besut Terengganu (ha... bubur terbaik yang pernah dimakan pada zaman budak-budak dulu) dan disesetengah tempat bubur asyura seperti bubur lambuk iaitu campuran beras dan kekacang serta udang dan daging atau ayam seperti yang terdapat di Kampung Makmur Sungai Galah, Tanjung Tualang.


Bubur Asyura Terbaik dari Kg Makmur Sungai Galah.  Terima kasih kepada Kak Teh.  Belum berani mencuba untuk makannya kerana larangan belum berakhir...

Durian Crepe in the making?... oh belum lagi... ini adalah persediaan untuk membuat pengat durian.  juga masih belum berani mencuba kerana tidak tahu akan kesan sampingannya kerana larangan yang tidak diketahui.  Sabar lah hati...

Sekian.

16 Disember 2010

Hari Asyura - antara bida'ah dan realiti

Assalamualaikum dan salam Muharram (boleh ker?),

Hari ini 10 Muharram 1432 Hijrah bersamaan 16 Disember 2010.  Pagi tadi dalam program tanyalah Ustaz di TV9 dengan tajuk Hari Asyura... Banyak pengetahuan baru yang aye peroleh.  Cuma untuk mengulas lanjut apa yang ustaz cerita tu... rasanya tak dapatlah sebabnye aye bukanlah handal sangat nak berhujah, kalau setakat ulang balik boleh le... tu pun tak dapat juga sebab tak sempat juga sebab tak sempat salin, cuma ingat jer apa yang ustaz cakap... rasanya boleh leh untuk ingatan diri sendiri kot...

Berbalik pada Hari Asyura, teringat aye masa zaman bebudak dulu... masa tu dalam group sedara mara dan sepupu sepapat aye sorang jer perempuan yang besar sikit, lain2 adik2 tu masih baby... so dah takder geng lain ikut jer abang2 dan sepupu sepapat tu panjat pokok kelapa... hehehhe... tak der la panjat tunggu kat bawah tolong kutip daun jer... sementara tunggu bubur masak.  ha nak cerita juga bab masak bubur asyura ni gotong royong oleh pak pak sedara dan tok2 sedara pangkat nyang pun ader... bila bubur (manis & berempah) masak jer... kami le jadi tukang rasa dulu... tak payah guna mangkuk ... guna tempurung kelapa... Oit... kami bebudak ni buat pertandingan tau, sementara tunggu bubur masak kami basuh dan kikis sabut2 dan apa2 yang ada kat tempurung tu... gosok sampai berkilat.... wauuuuu.... bila makan ramai2 sambil duduk atas batang pokok kelapa yang dah tumbang ... seronok nye... masa bebudakkk bukan kira nak malu dengan budak lelaki... ace sekarang.... idak ler...

Lupa lak nak citer lagi... kenduri asyura tu buat kat laman rumah Nyang (tapi kami panggil Tok sebab terikut-ikut ngan Paksu yang masa tu lebih kurang sebaya jer kami) eh... masa tu Nyut pun ada lagi.. kampung di dalam kawasan Tembila, Kg Raja, Besut, Terengganu.... meriah nye...

Bila tiba hari Asyura setiap tahun memang terkenang juga peristiwa tu... zaman kanak2, mana nak kutip lagi... gambor pun takder... kat kampung mana le ada semua tu ... cuma simpan dalam kotak memori jer... yang semakin lamasemakin luput dan terhakis... nak jumpa sepupu sepapat tu pun dah payah sekarang nih... ye lah semua dah berkeluarga....

Sori yek... gambor tak der...