Pageviews

Memaparkan catatan dengan label HAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HAT. Papar semua catatan

20 November 2011

Ada apa dengan 20112011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Ada apa dengan 20 November 2011?  Yang pastinya ia adalah bersamaan dengan 20112011 iaitu 20 hb 11 tahun 2011.  Sungguh tiada yang istimewanya dengan tarikh ini... sehingga catatan ini ditulis.

Yang pastinya juga catatan ini ditulis kerana nombor 20112011 itu sendiri memang unik dan hanya berlaku sekali seumur hidup.

Pada masa yang sama kalau nak diceritakan aktiviti pada 20112011 adalah pada hari ini, sekali lagi Yangbaik berkampung di HAT Lumut.  Bukan dengan semua ahli keluarga tetapi dengan suami dan Alif. 

Kesihan juga kepada Irdina Huda dan Inas Insyirah kerana terpaksa ditinggalkan dirumah bawah jagaan 'ain'.  Apa pun kehidupan mesti diteruskan.  Ada sesetengah perkara kita terpaksa lepaskan salah satu untuk mendapatkan yang lagi satu, kalau tidak ia akan jadi seperti kata-kata orang lama "Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran". 

Apapun yang ditulis pada hari ini atau apa juga peristiwa pada hari ini tetap menjadi ingatan dan catatan kisah perjalanan hidup secara peribadi.

sekian

catatan dari HAT Lumut.

>_<
.

15 November 2011

11.11.11 | Seharian berkampung di HAT Lumut

Assalamualaikum


Cerita ini bermula hanya setelah baru saja sembuh dari demam.  Satu keluarga Yangbaik telah dihujani dengan demam panas bermula dengan suami, anak2 dan akhirnya Yangbaik sendiri.  Pada Hari Raya Qurban yang lepas, tidak lemang ketupat atau nasi impit menghiasi meja di pagi raya ataupun juadah untuk tetamu.  Semuanya tidak sihat.  Alhamdulillah setelah bertarung dengan ujian itu, kami berjaya harunginya. 

Memang tidak diduga dalam kekalutan mengejar dateline bajet perjawatan 2013 dan dokumentasi untuk audit serta macam2 lagi, tiba-tiba ujian yang hebat ini menimpa.  Sungguh tidak diduga, mujur juga tugasan sempat disiapkan walaupun tidaklah berapa sempurna.  Tetapi bersyukur juga kehadrat Ilahi kerana ujian yang diturunkan itu adalah bersamaan dengan kudrat dan kesanggupan kita menerimanya.  Rasanya tidak lebih dari itu, manakah tidak ada insan lain yang menerima ujian lebih hebat lagi dan rasanya tak tertanggung.

Pada awal pagi 11.11.11, kami dikejutkan dengan panggilan dari Yeop yang berada di HAT Lumut.  Maka kami berdua telah bergegas ke sana pada awal pagi tersebut meninggalkan anak2 dengan bibik di rumah.  Mudah-mudahan mereka selamat.  Tiba di HAT seawal jam 4.30 pagi kami terus ke wad kecemasan melihat ibu mertua yang diserang lelah.  Sehingga jam 9.00 pagi dimasukkan ke wad biasa.  Kami masih di HAT untuk mengikuti perkembangannya.... sehingga ke hari Ahad kami berulang dari Seri Iskandar ke HAT untuk mengikuti perkembangan... dan pada hari Isnin  suami seorang ke sana Yangbaik perlu menguruskan anak2 dirumah...

Begitulah kisah bermula pada 11.11.11, sehingga masa untuk blog ini juga telah terbiar....akhirnya pada hari ini diberikan kekuatan dan semangat baru untuk menulis semula.  Namun tiada catatan yang istimewa atau semeriah dulu... kerana mungkin juga angin telah beralih arah...


....>-<
......

Tidak lupa... terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan kami sekeluarga... terutama Inas Isnyirah... demam nak tumbuh gigi plus nak berjalan gak kot...

.