Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Dapur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dapur. Papar semua catatan

11 Mac 2013

Aktiviti sebelum tidur

As salam,

Malam-malam ni sebelum tidur periksa dulu pintu dan tingkap dah betul-betul tutup rapat dan berkunci.  Pastikan juga pagar sudah ditutup dan dikunci.  Sesiapa yang balik lambat pastikan juga bawa kunci ganti... jika tidak tidur di luar la malam ni...

Selepas pastikan semua di atas, periksa pula anggota keluarga yang lain adakah semua yang sepatutnya ada dalam rumah berada di tempat tidur masing-masing.

Tidak lupa juga sebelum tidur pastikan rumah kemas supaya bangun pagi esok tidak berserabut kepala.  Lihatlah contoh pengemas dapur yang amat rajin ini... tak habis-habis lagi mengemas dapur!


Tengoklah sendiri apa yang dibuatnya

bayu cinta luna... konon!




orang dah tidur semunya... tinggal dia lagi 'tung' 'tang' kat dapur sorang2.  Nampak jer kumbang kecil... jerit!!!  takut...


Pastikan aktiviti mengemas dapur di waktu malam ni tidak mengganggu jiran tetangga.  Al maklum sajalah waktu malam ni selalunya sunyi bunyi kentut pun boleh dengar... hehehe


17 Mac 2012

Pengalaman Mengemas Dapur Bersama Baby

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Alkisah seorang baby yang sangat rajin mengemas rumah, terutama bila dah dapat 'kaki'.  Dari depan sampai ke dapur semuanya di kemas, tak cukup dengan bibik yang mengemas dia pun nak juga mengemas.

Catatan ni memang teramat ringkas kerana penulisnya kekeringan ayat dan kata-kata.  Idea nak menulis pun tak berapa nak keluar.  Entahlah mengapa begini jadinya.  Ehhh... dah lari tajuk pulak.

Anak-anak memang lah kalau dari kecil tidak diajar mengemas atau buat kerja rumah sampai besar pun tak pandai.  Tambahan bila dah ada bibik semuanya ditanggung.  Tetapi sesekali minta juga bibik tunjukkan anak-anak buat kerja sendiri ketika umi dan ayah pergi kerja.  Supaya nanti mereka tak manja.

Meh... kita tengok apa pula yang dibuat oleh baby ketika bibik sedang membasuh singki.

berada berdekatan dengan bibik beg dan lain-lain peralatan yang disusun rapi... masuh tak cukup kemas lagi.  Jadi... marilah kita menyisihnya supaya dapat disusun semula... hahaha


ada saja yang tidak kena dengan tudung saji ni... tiba-tiba terletak atas lantai pula.... angkat cepat!!!


dah kemas barang-barang kat atas lantai ... tengok pula dalam laci... la... penuh dengan barang plastik.  Memanglah tak boleh boleh letak barangan berunsur kaca dan berat-berat... bahaya


okey! laci dah siap kemas.  Mana lagi yang tak kemas... bagi tau sama baby.  Baby memang rajin mengemas.

Sekian... adanya.