Pageviews

Memaparkan catatan dengan label CPUV Oktober 2013. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CPUV Oktober 2013. Papar semua catatan

08 November 2013

Kembali semula

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Semalam dah buat cerita mengenai CPUV ketujuh bulan Oktober 2013 yang tiba-tiba menjadi CPUV pertama bulan November 2013.



Petang semalam sebenarnya ia telah bertukar semula kepada keadaan asal.  Bermakna CPUV untuk bulan November 2013 masih belum ada lagi.

Tidak tahulah apa kesan sampingannya kepada kredit dan lain-lain peluang untuk mendapat iklan CPUV.

Tidak takut sebenarnya.  Kita bercakap (menulis) atas bukti yang kita ada.  Sekiranya ada perubahan dan kesilapan di mana-mana memang patut diperbetulkan semula.  Kemungkinan ada kesilapan pada masa lepas kita memang tidak tahu atau tidak perasan.



Terima kasih Nuffnang dan kumpulannya atas tindakan segera.  Semoga tidak berulang lagi kesilapan teknikal pada masa akan datang.

Selamat berblogging buat semua.

*p/s:  masih menunggu CPUV pertama bagi bulan November, sekarang ni dah masuk 8hb belum timbul2 lagi CPUV untuk bulan November. =)


suka duka pentas dunia


07 November 2013

CPUV ke tujuh Oktober 2013 vs Pertama November 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segan ada malu pun ada CPUV ke tujuh untuk bulan Oktober 2013 telahpun bermula pada 30 Oktober 2013 tetapi hanya hari ini baru berkesempatan nak buat entry.


CPUV ke tujuh Oktober 2013 |  Sony Xperia Z1

Tiba- tiba.....

Hari ini dah jadi CPUV Pertama November 2013


Apa dah jadi ni encik nuffnang?  Kelmarin lain hari ini dah jadi lain... tukar fikiran ker?  Nak kata bulan Oktober punya dah kredit... tak nampak pulak... Adakah kerana saya terlewat buat entry? atau kerana suka suka jer buat perubahan... bukti ada tu ha...

Walau apapun entry penghargaan tetap juga dikeluarkan sebagai menghargai kerjasama antara Nuffnang dan Sony Xperia Z1.


Untuk rekod, Sony Xperia Z1 atau Sony Xperience Z1 adalah gajet terkini dalam dunia telekomunikasi keluaran Sony.

Terima kasih kepada Nuffnang dan Sony atas kepercayaan dan kesudian menempatkan iklan CPUV di blog ini.  Ayat skema memang tak boleh 'blahhh' tetapi macam terpaksa sebab nak bodek nuffnang kannnn

'Last buat not least' terima kasih tidak terhingga kepada anda semua yang terus memberi sokongan kepada blog ini.


suka duka pentas dunia


Senarai Kredit CPUV Oktober 2013

Assalamualaikum dan sejahtera


Orang kata barang yang lepas jangan dikenang jika dikenang tentu menangis.

Tetapi entry ini dikeluarkan bukanlah untuk mengenang barang yang lepas tetapi lebih kepada rekod untuk blog ini.

Barang yang dimaksudkan itu adalah beberapa CPUV bulan Oktober telah dikreditkan.  Menunjukkan tempoh kempen iklan CPUV barangan berkenaan telahpun berakhir.  Sayangnya tarikh berakhirnya kempen berkenaan tidak dapat direkodkan di sini kerana telah terlepas.  Jadi, sebagai penutupnya YB keluarkan entry ini sebagai tanda kempen berkenaan telah berakhir.




Berikut adalah antara iklan CPUV bulan Oktober yang telah dikreditkan:

  1. Guess Watches Q4
  2. Project Durian - iklan ni memanglah 'magic' sebabnya sampai sekarang tak tahu rupa bentuknya dan bila masa berjoget kat blog nie.. :P
  3. Sony Nex 5-T 
  4. Transitions Optical
Terima kasih kepada semua pengiklan di atas yang sudi beriklan di blog ini.  Jangan segan-segan lain kali bagi lah projek baik punya... kot-kot tambah bersemangat lagi nak berblogging... (alasan!!!)

Dan sudah semestinya terima kasih kepada anda semua yang sudi singgah dan memeriahkan blog ini.



suka duka pentas dunia



01 November 2013

CPUV ke enam Oktober 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sekarang ni memang musim orang menjadi pusat pengajian untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Sudah tentunya pusat pengajian yang menjadi pilihan adalah yang menawarkan sistem program pengajian yang memenuhi cita-cita termasuk juga kadar bayaran dam


INTI Rebranding Campaign - CPUV ke enam Oktober 2013


Lama sungguh catatan ini terperap dalam peti draf, dari 24 Oktober 2013 hingga sekarang baru berkesempatan nak publish.


Walaupun sebenarnya masih belum sempat nak buat catatan panjang-panjang... digagahkan juga untuk menerbitkan entri ini sebelum ianya dipanggil pulang oleh Nuffnang dan INTI International University.  Dah jadi universiti dahulunya hanya sebuah kolej... penambahbaikan dan perubahan kan


Terima kasih kepada Nuffnang dan INTI College atas kepercayaan meletakkn iklan CPUV dalam blog ini.


suka duka pentas dunia

18 Oktober 2013

CPUV ke lima Oktober 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sekali lagi ... cepat-cepat siapa sedang mencari jam canggih dan menarik yang super sangat-sangat.  Wah wah!! gaya bahasa nampak sungguh caca marba.


Bukan apa dah tak tahu nak tulis macam mana nak buat entry mengenai CPUV ke lima bagi bulan Oktober 2013 iaitu Guess Watches Q4.  

Boleh dikatakan sudah lama juga aye mengikut perkembangan Guess terutamanya jamnya memang dasyat.. tak kiralah harga atau rekabentuk... memang menarik sangat.  Kononya ikuti perkembangan tetapi tidaklah tahu sangat mengenai asal-usul Guess nie... :P



aye suka jam ini nampak cantik bergaya.  Trendy juga :D

Sila klik pada gambar di atas untuk melihat lebih banyak jam dan lokasi yang berdekatan.

Terima kasih Nuffnang dan GUESS.

OH.... ya sudah tentu terima kasih juga kepada anda semua yang sentiasa memberi sokongan.


suka duka pentas dunia


17 Oktober 2013

CPUV ketiga dan keempat Oktober 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Sekali lagi terlewat pun tak mengapa.  Biar terlewat dari tidak berbuat apa-apa langsung kan?

Okeylah sekali lagi terlewat mewar-warkan mengenai CPUV bagi bulan Oktober.  Harap-harap Nuffnang dan pengiklan tidak berkecil hati.


Pengiklan kali ini yang memberi ruang iklan dalam CPUV di Nuffnang adalah Project Durian bagi CPUV ketiga dan Nestle Drumstick CPUV keempat.  Masing-masing masih lagi berlangsung (on going).


Berkenaan iklan Project Durian yang mula beroperasi mulai 11 Oktober 2013, aye belum jumpa lagi iklannya menari-nari di blog ini... tetapi point dah bertambah.  Terima kasih kepada kalian yang memberi sokongan... sangat-sangat menghargainya.  Pernah juga cari di Google perkataan Project Durian... dah jumpa tetapi tidak pasti pula adakah projek durian berkenaan yang dimaksudkan.  Okey ... aye rasa perlu tunggu iklan itu menari dan bergedik-gedik dulu di blog ini baru boleh buat cerita... cepatlah timbul!!!

Kembali kepada iklan Nestle Drumstick.  Iklan ini mula beroperasi pada 12 Oktober 2013, ... suka sangat-sangat baru jer menikmatinya bersama anak-anak pada hujung minggu lepas.

Nestle Drumstick - Most Adventurous Challenge.  Iklan dah jumpa di dua tempat... tak sempat nak copy link.  Bila jumpa nanti akan cepat-cepat copy... sabar yer.

Sehingga di sini dulu, terima kasih kepada Nuffnang, Projek Durian dan Nestle Drumstick.  Tidak lupa juga kepada kalian semua yang terus menerus memberi sokongan kepada blog picisan ini...

Selamat maju jaya buat semua.  Terima kasih.


suka duka pentas dunia