Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Bunga Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bunga Raya. Papar semua catatan

20 Ogos 2011

ZIARAH RAYA BLOG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Ops.. tersesat sekejap tadi kat blog Bangku Kosong.  Terjumpa pula dengan segmen ziarah raya blog di Bangku Kosong... lalu terjumpa jalan pulang dan dengan segera terbuatlah catatan ini sebelum terlambat dan sementara bateri laptop ini masih banyak... kalau bateri dah habis nanti kena cas semula... sebelum cas kena off dulu... huhuhu... panjang la pulak kesahnya...

Untuk memenuhi syarat segmen, aye perkenalkan... panggilan manje di blog adalah YB (yangbaik), buat masa ni belum jumpa lagi nickname dengan nama tu, kalau dah ada... tak wujudlah blog yangbaik kan?...eh!... nama ori panjang lebar dan rasanya belum tiba lagi masa untuk introduce nama asli... alasan...


Hari Raya Tahun ni, insyaAllah tibalah giliran untuk berhari raya di rumah mak aye di Batu 45, Kampung Banjar, Beruas.  Hari Raya kedua akan ke Batu 9 1/2, Lekir rumah anak pak mertua dan mak mertua... (hehehe). 

Ucapan !?  Nak buat ucapan selamat hari raya sekarang... masih terlalu awal pulak rasanya.  Apa pun aya ucapkan terima kasih kepada Bangku Kosong kerana menganjurkan segmen ini.  Ucapan Maaf Zahir dan Batin kepada semua blogger yang singgah di blog yangbaik dan juga kepada semua pelayan maya yang tersinggah ke blog ini.... al maklum sajalah dalam dok seronok mengejar SEO dan juga konon-konon perasan top blogger Malaysia 2011, ada pula catatan yang menyinggung perasaan dan hati mana-mana pihak.  Sekian, terima kasih kerana sudi singgah dan membaca blog ini.

Sekian.

30 Ogos 2010

Buffered Earnings terkini Mr. Nuffnang [dalam Hidup seorang Blogger], Apa bunga kebanggsaan Malaysia?

Salam Ramadhan dan Salam Merdeka ke 53 buat semua

Dah banyak hari sangat tak update blog nih...
rasa macam nak merajuk pun ada jugak bila BE dah hampir seminggu tak menjengak kat blog nih...
tapi apa kena mengena pulak...
bukan ke hidup seorang blogger ... bukannya semata-mata kerana BE .. kan?
tu la... kekadang hidup seorang blogger juga adakalanya terbabas dari tujuan asalnya...
kalau dulu tujuan berblogging ni hanyalah untuk berkongsi maklumat dan memeriahkan dunia blogging... kononnya....
tapi bila dah mula blog... dah kenal dunia blog... macam-macam ada...sedikit juga terbabas dari landasan...
rasa macam tak berbaloi pulak hanya kerana BE tak der atau iklan nuffnang tak berapa nak hidup ... dah merajuk... ngeee... apa kes...

walau apa pun dalam hidup seorang blogger ... tak perlu cepat melatah dan tak perlu juga cepat mengalah... yang penting dalam hidup seorang blogger adalah ... blognya perlu sentiasa dikemaskini ... untuk 'peminat' juga... kalau lama sangat tak update... nanti peminat lari... oh tidakkkk...

inilah BE yang diperolehi setelah sekian lama menghilangkan diri...

hidup ini tak selalunya indah... namun keindahan yang ada janganlah dipersiakan dengan perkara yang boleh memudaratkan diri sendiri mahupun negara....

~~~~~~~~
Terkesima seketiak.... seketika
apabila terdapat sebilangan rakyat Malaysia tidak mengetahui apa bunga kebangsaan Malaysia - BUNGA RAYA

Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan. (sumber: ms wiki)

Bunga Raya

Selamat Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-53.
"1 Malaysia Menjana Tranformasi"

MERDEKA!