Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan

23 September 2010

Belum pasti hitam dan putihnya

Assalamualaikum dan salam sejahtera hingga akhir masa,

(gambar hiasan)

banyak perkara dalam dunia ni yang belum lagi pasti
tapi dah heboh satu kampung
bukan macam ayam yang baru bertelor sebiji riuh sekampung
tapi ayam tu baru nampak sarang jer ... nak bertelor
ntah sarang tu boleh pakai ke idak entah ler..
hehehe.... nak merapu jap...

dua tiga hari ni ada perkhabaran yang kurang pasti
tapi hari ni dah macam heboh la pulak...
apa berita dan ceritanya?
nanti dah confirm hitam atau putih baru cerita...



20 Ogos 2010

Betul ke McDonald tidak halal?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

beberapa ketika yang lepas... tak lah lama sangat, cuma semalam kot aye ada keluarkan entri yang dipetik dari jejaktrend.

hari ni aye nak buat pengumuman baru pulak berkaitan tajuk yang sama...
cerita ni aye dapat dari jardness, bertajuk jawapan JAKIM terhadap isu McDonald...

so ... kepada sesiapa yang dah terusik dan terasa hati... jangan lah makan hati... jom ke McDonald... sendiri bayarlah.... aye tak sampai sana... hari ini nak buka puasa kat istana Hinggap di Seri Iskandar (SIDEC)... Seri Iskandar belum ada McD lagi... kalo takat KFC tu ada lah..

okey... selamatlah menghayati semua maksud yang tersirat dan tersurat...

~~~~~~~~~~~~~~~~
entri terdahulu...

Sebentar tadi, merayap-rayap kat blog JEJAKTREND,
aye terjumpa artikel nih....
huh.... macam tak percaya pulak...
sapa nak bertanggungjawab kalo semua ni betul...

apa-apapun layan artikel ni, yang dipetik dari JEJAKTREND...

dan apa kaitannya Uruguay Islamic Centre dengan Sijil Halal JAKIM dan daging Mcdonald tidak halal.... macam-macam
~~~~~~~~~~~~
oleh kerana artikel berkaitan kat jejaktrend dah tak der... makanya entri ini juga akan di'selamatkan' juga.   maaf kepada semua andainya artikel ini mengganggu ketenteraman anda semua terutama peminat McD...

03 Ogos 2010

BlackBerry jamin tidak ancam keselamatan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
hari ni nak berkongsi entry tentang berita terkini dari Utusan Online
~~~~~~~~~~~
03/08/2010 3:08am


WASHINGTON 3 Ogos - Syarikat pengeluar telefon bimbit pintar BlackBerry, Research In Motion (RIM) memberi jaminan bahawa, produknya itu tidak akan memberi sebarang ancaman kepada keselamatan mana-mana negara.

“RIM berjanji untuk terus mengamalkan integriti yang cemerlang dan BlackBerry tidak akan mengancam keselamatan sesiapa sahaja,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan awal pagi ini.

Kenyataan itu dibuat selepas beberapa negara Timur Tengah seperti Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi menyatakan hasrat untuk menyekat penggunaan telefon bimbit pintar itu di negara mereka atas alasan keselamatan. - AFP

sumber:  Utusan Online
~~~~~~~~~~~~
Catatan aye:
baru nak cuba berjinak-jinak dengan Blackberry, best ker..